Mungkin ada sebab dia macam tu. Kita tak tahu apa yg kita tak nampak apis.. Lagipun, apa yg dia buat tu tak salah kan? Akak tengok pun, apa yg dia buat tu baik utk future dia.
Betul jugak tu kak...
Tu apa yg akak aku kata. As seorang akak, seorang perempuan.
Ada baca di mastika bulan 6. Salah satu cerita pasal macam mana seorang lelaki dah bersara kene tipu 2 kali oleh sebab nak jadi jutawan. Kali pertama dier kena tipu dek kambing hitam (negro) pasal black money. Yg kali kedua tak pula aku ingat. But yg pentingnya, dia duit persaraan dier hampir abis dalam tempoh yg singkat disebabkan ditipu walaupun pada awalnya bini dier tak setuju.
Di akhir cerita tadi. Lelaki ni kata... Percayalah pada isteri. Sebab orang perempuan ni lebih pandai menjaga duit berbanding lelaki.
Betul!
Tak tahu le. Sama ada mereka memang pandai jaga duit, berjimat, cermat atau apa pun alasan lain. But rasanya, duit kita di tangan perempuan ni memang akan lebih selamat. Cuma, ada masanya tak boleh gak jalan. Sebab skang ni ada gak yg pisau cukur. But tak semua kan?
Aku di ajar oleh mak aku untuk berjimat. Walaupun takboleh tapi ada masa aku memang jimat skek la. Then aku di ajar kawan aku untuk berjimat. Ada certain perkara aku memang boleh jimat. But, yg lain tu tak lah. Lelebih lagi pasal makan, pasal komputer. Kureng skek...
Bab lain aku tak sangat borosnya. Org dah tukar handphone berkali2. Aku ni masih lagi guna hp lama. Ada bunyi, ada sms... Dah cukup. Maybe kena tunggu hp ni jatuh dari motor berderai 3 baru la kena tukar kot?
Pakcik aku kata. "Berjimat jangan sampai kedekut. Pemurah jangan sampai boros". Aku lebih kepada yg kedua berbanding yg pertama. Aku jarang berjimat and aku tak kedekut. But aku ni kengkadang pemurah sampai aku boros.
Aku ada duit.. Nak makan? Jom! Aku suka tgk org lain sedawa kekenyangan sebab aku belanja. Seronok. Coz, apa yg kita makan tu boleh buat kita happy. Bukan saja kenyang. But sambil makan kita borak, ketawa, berbincang, silaturrahim n etc. Walaupun takde cukup duit, takpe... Duit boleh cari... Masa macam ni bukan selalu dtg kan?
Tu la masalahnya. Aku mungkin perlukan 'trainer' yg boleh train aku jadi seorang yg boleh kontrol duit. Mak aku? Dah berbuih mulut tu sound aku. Ada la kesannya skek.
Ouh ya, cuma satu je komen aku. Ada masa, perempuan ni kengkadang bile dier berjimat dier tersalah caranya. Betul, simpan duit. But kalau dier kena caranya, duit yg dier simpan tu boleh berkali ganda jadinya. Atok aku, 2 org. Yg suka cara lama untuk simpan duit. Sama ada bawah tilam atau pun kat celah2 bilik. Tapi, rasanya pernah gak aku tgk org tua perempuan kat kampung aku yg simpan duit dlm coli. Geli lak aku nak ambik bile dier kasik sebab dtg rumah perempuan ni masa raya. :p Ceh... panas...
Pada aku, duit biarlah perempuan yg jaga. But, bab merancang, rancanglah bersama. Manalah tahu, dengan rancangan kamu tu, laki bini atau pakwe makwe boleh bawa keuntungan. Bukan saja utk anak2 atau kahwin. But utk kebaikkan. Bukan saja harap dividen, but juga utk bisnis. Siapa tahu kan. Yg secupak takkan jadi segantang kalau tak dicuba.
Bacalah Rich Dad Poor Dad. Buku yg mengajar kita untuk 'gagah' dalam mencari kebahagiaan. Duit tak mungkin bawa ketenangan. Kereta tak mungkin bawa kemegahan. Rumah tak hasilkan mimpi yg indah. Dan pangkat tak bawa keuntungan. Yg penting kita gembira.... Right? Ouh ya, perempuan bile jaga duit laki. Jgn terlalu kontrol. Nanti lelaki bosan. Dier cari lain...
*Ape aku merepek ni? Tu la, org belanja makan daun pisang buat aku lalok semacam dah!
1 comments:
kenapakah makan daun pisang?memang boleh makan ke?anda pelik~
Post a Comment