Wednesday, April 18, 2007

Are you Vista?

Lepas 2 hari aku install windows Vista Ultimate. Menggunakan pc yg agak baru. Dengan semua hardware support windows vista. Dan baru malam tadi aku update bios... Install itu ini... Buat itu ini. Setting itu ini. But, tak sempat lagi aku nak test, berapa pc aku boleh pergi bile overclock. Since aku tak gune cpu dan yg bagus... But target aku boleh cecah 2.7 gig (lebih kurang amd x2 5600+).

Ini apa yg aku buat kat pc aku setakat pukul 1145 mlm tadi.
  • Install Windows Vista
  • Install Driver yg diberi (Vista Support)
  • Transfer data dari pc harddisk lama ke baru
  • Install winamp, powerdvd, adobe cs2, norton 360, flash 9 player & plugin, office 07, macromedia flash 8, partition magic, nero 7+, corel paintshop pro XI, Corel Paint 8, asus pc probe, Epson C63 printer driver, asus cpu dan beberapa software lain
  • Update bios / Optimize bios
  • Try mutitasking (unzip, photoshop, transfer file, scan hdd) - not so bad with this pc. :p

Ini review No 1 aku... (Yg bagus)
  1. Vista cantik dan menarik. Terutamanya bila support 3D Aero.
  2. Vista Ultimate byk kegunaannya... Cuma ada masa kita tak tahu kat mana letaknya function tadi. Utk org yg hanya guna, main game. Home premium dah mencukupi.
  3. Menu disusun ikut group. Kalau tak suka, boleh set balik macam windows xp. Cuma link tu ada masanya kena bebetul cari. Kalau tak jumpe. Klik la sana sini.
  4. Utk belajar kenal Vista semula tak berapa susah. Since HELP dier agak bagus berbanding yg lama.
  5. 1 gig ram dah cukup utk guna vista. But hdd at least kena ada 20 gig utk C: Utk guna aero. At least graphic card support directX 9. Semua lengkap? Tapi aero takde? Gi test pc performance. Nanti dier kuar sendri kalau semuanya ok.
  6. Nak off pc ada byk cara. Nak sleep, restart, complete shutdown...
  7. Readyboost boleh lajukan lagi pc. But in my case. Tak perlu dulu since. Kalau memory aku ada 2 gig, aku kena ada lebih kurang 3gig punya thumbdrive kalau aku nak guna function ni. But yg mana cuma ada 512mb ram, boleh la guna 1 gig punya thumbdrive. Maybe sesuai utk notbook.
  8. Media centre... Kalau ada tv card, kabel belit2 pergi tv, astro, dvr, camcoder, radio, network... Memang baik... Simple. Tak perlu beli software yg lain. Ala2 xbox 360 gitu...
  9. Wallpaper cantik!
  10. Search function. Tak sebodoh dulu. Dulu cari nama file je. Yg sekarang dier index apa yg ada dlm file tadi. So... jadi la macam google desktop. But... (tunggu esok)
  11. Kalau kita 'trust' windows. Tak perlu lagi guna antivirus. Guna windows defender je. Tapi kena la selalu update @ beli yg ori.
  12. Photo/slideshow function jauh baik berbanding photo viewer kat win xp.
  13. Vista ultimate @ office boleh guna function backup, sync and win restore. Windows restorer lebih baik dari win xp. But aku tak jumpe. Manale aku nak set berapa space yg aku bagi kat win restorer ni. Hampeh (home premium/basic tak support pc backup),
  14. Boleh access pc rumah dari luar. (utk ultimate & office ed)
  15. Vista lain dari XP dan sama je lebih kurang XP.
  16. BSOD? cete sok sok...

Itu setakat ini yg aku perasan... Yg lenlain aku tak sempat test. Nantilah... Review 2... yg tak baik pasal vista. Yg membuat aku macam nak format n install XP je lagi bagus... Review 3... maybe la.. aku letak gambo je senang... Hehehehe...

Ok le gi wat keje... Jgn menmain tgk awek/pakwe kat depan. Yg belajar, jgn ponteng2... taking care... bye...

ps - Jom... aku nak gi sogo. Beli baju. cari yin.

1 comments:

jetjetsemot said...

sy vista gak..vista komanwel..bukit jalil,kl..

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...