No keramat? Takde lah. Takde keramatnyeh... Makin bertambah no tu setiap waktu tu adalah. But... aku tak kisah. 29 ke 24 ke 23 ke 25 ke ape nombor sekalipun... Aku tak kisah. It's just a no...
Well no 28. Agak flat. Ada la meningkat sikit... Menurun sikit... Depend pada keadaan. But, takde le mengalami kegawatan macam 27. No 27 tu agak suwey skek. Maybe aku tak mandrem abis2an kot? Overall about 28... Not bad! Suke...
Wish?
Aku tak tahu apa yg aku wishkan malam tadi. Maybe just wish yg 1 year from now... utk habiskan no '2' di depan tu. Aku happy. And... kalau boleh. dipanjangkan umur. Manalah tahu, umur aku nanti mencapai 3 digit ke kan? Siapa tahu?
For my bday... Aku tak wish yg susah2... Just doa macam biasa. Minta murah rezeki Minta maaf. Doakan kegembiraan. Doakan family, kengkawan n org2 yg disayangi. Korang pun aku sayang gak. Kan? Cis... aku kata. orang-orang.... bukan 'orang'... So all of you... Tak kire... Sayang bukan utk seorang... Cinta tu ia la...
Nak diringkaskan... A few things nak cuba di buat dan dicapai sebelum digit pertama berganti 3 dari 2... But... tak mengharap yg tinggi...
Karear? (betul ke aku eja ni? Wahahahaha)
- Tak pergi mana la karear. Dok statik stakat tu. Maybe bile dah berubah no didepan tu nanti aku dpt la naikkan lagi karear aku. Tapi, buat masa ni. Biar aku kerja. Plus ngan business pc ngan semua ni. N aku nak cuba utk buat business lain lak. Tgh plan n kira bajet... Doakan aku berjaya.
Kewangan?
- Duit tak bertambah. Unless saham maybank naik RM20, so masa tu bertambah banget la. Hutang piutang semakin kurang sesikit. Tapi ada part lain yg agak yg bertambah. Insya-allah... kalau ada rezeki, duit aku bertambah. Maybe tak kaya. Cukuplah bertambah sikit. Utk diri aku dan kengkawan aku. Nanti boleh makan satey lagi! N boleh la bagi kat org yg lebih memerlukan. Kata pakcik aku... Pemurah, jangan sampai boros. So tanak la smpi boros...
Masalah?
Hopefully masalah aku selesai dengan cepat. Tanak tangguh2. Apa masalah pun. Masalah family, kewangan, kengkawan, kekasih dutdut, blog, it, pc, kerja dan sbg. Tanak ada masalah sampai muka aku berkerut. Nanti next year aku dah makin tua. So... tanak ada masalah. Problem, problem go away... problem-problem go away...
Maybe, b4 this, aku tak amek kisah pada problem... So bak kata kak norleeza tadi... "Takpe... muka awak tak nampak tua. Kawin lambat pun takpe. Takde saper boleh agak umur awak berapa." Really ke kak? So lepas ni saya tanak ada masalah lagi la...
Kesihatan?
Semoga aku sihat sepanjang 29 ni. Tanak sakit2. Tanak mc. At least thn lepas cuma 2 hari je mc. Aku dpt mc 4 hari. Tapi aku malas mc and terus wat keje. So tahun ni lebih sihat lagi harapnya. Kekalkan kemajuan dan kekerasan diri aku. Muhahahahaha...
Cinta?
Ermm... aku takde masalah. Just aku doakan kawan2 aku... Semoga cepat sampai jodoh. Yg mana nak dpt baby... bersalinlah dengan senyuman. Mana yg nak menikah... Jgn gugup, jgn kibut. Mana yg bercinta, bercintalah dengan jujur dan setia. Dan yg mana still single... Jgn risau... Bila dia datang... terima seadanya... Asalkan korang bahagia. Right? Aku... semmpooiii...
Technology?
Ouhh ada wish technology ke? Ada... harapan aku... barang pc turun selalu. So aku boleh jual pc ngan lebih senang hati. N boleh upgrade pc aku kasi lagi laju. Ps... Wimax tu kasik la murah skek... Aku nak ada internet gak kat umah... Bukan semua org mampu kuarkan 100 tetiap bulan utk 1mb. And kes aku... aku kene bayo tm dulu. ciss!
Esos?
Fuh fuh... by end of this year... cecah jadi macam harga digi. Berkat al-ghazali paklah... khehehehe....
Arrears?
Katanya 24 ni miting... Harap2... dapat la 30% increment yg dia org mintak. So balik pada wish pasal kewangan. Walaupun 20% + 10% cola... itu dah cukup baik! Dah boleh kawin 4 tu! Macam ye. Sorang pun takleh... :p
... Kawin?
Humm... how about this... Disember? Or awal tahun? Ok? Insya-allah... Date tak sure... but around that la kot?
In the End? Aku berdoa...
Ya-Allah.. Hanya kau yang maha pengampun maka
Ampunilah dosa ku... keluargaku dan orang-orang yang kusayangi
Ya-Allah.. Hanya kau yang memberi petunjuk maka
Kau kurniakanlah petunjukmu pada diriku... keluargaku dan orang-orang yang kusayangi
Ya-Allah, hanya kau tuhan yang kami sembah
Maka kau berikanlah keimanan kepada diriku... keluargaku dan orang-orang yang aku sayangi
Ya-Allah.. Kaulah tuhan yang memberikan dan menarik semula rezeki kami, maka
Murahkanlah rezeki ku... keluargaku dan orang-orang yang kusayangi agar kami mampu untuk membantu yang lain
Ya-allah... Berikanlah kekuatan, kecekalan, ketabahan dan kejayaan di dalam hidupku, keluargaku, dan juga kepada N,F,R,D,A, orang-orang yg kusayangi dan kawan-kawanku yang lain...
Amin~
How much do you change in 10 years?
You've Changed 60% in 10 Years
You've done a good job changing with the times, but deep down, you're still the same person. - yeah... you're really right!
You're clothes, job, and friends may have changed some - but it hasn't changed you.
4 comments:
Aminn...
=)
waa..byknye doa..insyaAllah..Amiinn juak..all the best in ur future undertakings..
selamat hari menjadi. may god bless you. boleh lah start kumpul duit. tak baik biar kan dia tunggu lama-lama. okay, enough. i sound like my aunty. yosh.
hyunck
- Amin
jetjetsemot
- Doanya memang byk. Ada masa lagi panjang dari ini. But this is normal one la... Tq juga kat awak..
Anis
- Tq anis.. God bless you too... Aunty? Sesikit ada la macam mak org kau nih... :p
Post a Comment