Thursday, March 22, 2007

Cerita Si Sang Semut...

Semut...

Entry ni tak ada kena mengena dengan kawan kita jetjetsemut. Cuma ceritanya je yang sama nama. Hahahaha...

Sejak balik dari gi kenduri kawin ngan kawan aku n bakal akak ipar aku (wakakakakaka... jgn marah nik). Aku teruja nak taip novel. Kengkononnya. Tapi aku tahu la. BM aku ni fail. Apetah lagi English aku! But, idea sentiasa terbang begentayangan dlm kepala otak aku. So ni kire prektis la ni... Prektis make perfect, kan? (Tapi... ntah bile le aku nak jadi tuh ek...)




"Hi Tijah. Lama kau tunggu aku?". Karim menyapa Tijah yang sedang duduk di bawah pokok di tepi pantai.

Pantai Lagun Biru tidak seperti biasa. Mungkin kejadian yang berlaku pada minggu lepas masih lagi menghantui bakal pengunjung. Setakat ini hampir 200 ribu penduduk Aceh dilapurkan hilang akibat kejadian tsunami yang melanda wilayah berkenaan.

"Hei, kenapa ni? Kenapa kau senyap saja? Aku ada buat salah ke?" Karim memecah kesunyian. Tapi Tijah hanya menggelengkan kepalanya. Kemudiannya dia memandang jauh kehadapan. Melihat laut yang terbentang luas. Seakan-akan ada sesuatu yang ingin dia katakan tapi tersekat di kerongkongnya.

"Kalau kau nak cerita something. Bagitahu aku je. Kau bukan tak kenal aku. Ok? Kan kita dah janji. Nak datang sini nak happy-happy. Isk kau ni..." Sekali lagi Karim cuba untuk buat Tijah berkata sesuatu.

"Hei... look at me. Look at my eyes. Kenapa?" Mata Karim memandang tepat ke wajah Tijah. Dia tidak perduli kalau-kalau ada orang lain yang memandang kearah mereka.

"Karim..." Tijah bersuara.

"Aku tak marah kau. Kau tak buat salah. Entahlah. Aku rasa diri aku ni macam dah tak berguna. Semua yg aku buat macam tak berjaya" Tijah bangun dah mengelap belakangnya. Kemudian berjalan perlahan menuju ke arah butiran pasir dihadapannya. Kelihatan ketam kecik bekeliaran di batuan pada ketika air surut.

"Laa... Itu je ke. Mati-mati aku ingat apa tadi. Apa yang kau nak fikirkan sangat? Walaupun kau tak mati sekarang. Cuba kau mengucap" Karim terperanjat dengan kata-kata Tijah. Dia tidak sangka kalau Tijah boleh berfikiran sebegitu sekali. Terasa geram dihatinya. Namun dia mententeramkan keadaan dengan gurauan pedasnya.

"Cuba kau kata pada aku Tijah. Kenapa kau fikir macam tu?"

"Entahlah Karim. Aku rasa macam apa yang aku cuba takkan berjaya. Ada saja halangannya. Sekarang ni aku rasa fed-up pada diri sendiri. Bosan. Entahlah..." Tijah mengeluh. Mengenangkan dirinya yang tidak seberapa.

Tijah berasal dari keluarga yang biasa. Tapi tuhan mengurniakan dirinya kawan-kawan yang berada di kalangan orang yang berada. Namun tidak pernah sesekali kawan-kawannya berniat untuk menyentuh perasaannya. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pangkat dan darjat.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau kecewa dengan diri kau? Aku pun kecewa jugak dengan diri aku. Tapi aku tak pernah berhenti mencuba. Tak salah kan kita mengharap sesuatu yang baik untuk diri kita. Tapi tak boleh jugak setakat kita letakkan harapan dan cuba macam tu saja. Kita kena cuba. Kalau tak berjaya, cuba lagi. Minta bantuan kawan-kawan. Aku kan ada. Man, Jibam semua yang lain. Kita semua kan satu pasukan. Cuma..." Karim memulakan bicaranya sebelum kata-katanya di celah oleh Tijah.

"Cuma... aku tak sebaik kau Karim" Tijah tunduk melihat ke bumi. Merasakan dirinya tidak sebaik Karim. Karim adalah salah seorang anak orang kaya di kampung mereka.

"Hei. Kau ingat aku ni baik mana? Aku sama saja macam kau. Sama saja macam kawan kita yang lain. Kau tengok saja ayah aku tu kaya. Tapi kau tak tahu cerita keluarga kami sepenuhnya" Karim bersuara.

"Tijah, aku takkan jadi macam ni kalau ayah aku pernah berhenti dari berusaha. Aku pun datang dari kampung. Aku rasa, apa yang ayah aku alami lebih teruk dari apa yang kau alami. Kami berasal dari kampung yang jauh. Dulu, masa ayah masih budak-budak. Ayah aku pernah cerita. Atuk aku orang miskin. Bukan macam kita sekarang. Dia orang nak makan pun susah. Untungnya kalau dapat makan ayam. Selalunya, dapat makan nasi dengan pucuk ubi dan ikan kering." Karim menceritakan pengalaman ayahnya sebelum menjadi kaya.

Ayahnya datang dari keluarga yang miskin. Datuknya menoreh getah di kebun orang lain. Upahnya sangat kecil. Ayah Karim adalah anak pertama dari tujuh orang adik beradik. Nenek Karim pula selalu sakit sejak melahirkan pakciknya yang masih kecik. Jadi, mereka mengharapkan ayah Karim untuk untuk menjaga adik-adiknya jika datuk Karim keluar menoreh.

"Tapi Karim. Itu zaman dulu. Kita zaman lain. Zaman dulu walaupun susah untuk hidup. Peluang kita masih lagi senang... Tak macam sekarang. Kerja pun susah nak dapat. Aku ni, harap saja ada diploma. Tapi masih lagi jadi budak kilang. Aku teringin jugak nak bantu mak aku. Nak dapat gaji lebih. Nak belikan mak aku... "

"Dah dah... Aku taknak dengar kau mengeluh. Kalau kita asyik menyalahkan diri kita. Kalau kita asyik mengeluh. Sampai bila pun kita tak berjaya. Macam ni la Tijah. Kau tengok semut-semut tu. Apa yang kau nampak?" Karim menunjuk ke arah semut-semut sedang memanjat pokok disebelahnya.

"Entah. Biasa je. Tak ada apa yang pelik" Tijah kehairanan dengan tingkah laku Karim. Tijah perasan dari tadi Karim memandang kearah kumpulan semut yang sibuk membawa lebihan makanan manusia ke sarangnya.

"Tijah. Dulu ayah aku pernah kata. Kalau nak berjaya. Jadilah semut. Aku tak paham. Tapi sekarang baru aku paham." Sambil menganggukkan kepalanya.

"Hah?" Tijah kehairanan.

"Aku ingatkan. Maksud ayah aku. Untuk berjaya kita mesti ada kumpulan yang baik. Kita perlu ada tenaga yang besar untuk terus hidup. Tidak. Sebenarnya kita tak boleh berputus asa. Jom ikut aku" Karim menarik tangan Tijah untuk mendekati pokok disebelahnya. Dia memandang tepat kearah kumpulan semut tadi. Lalu dikeluarkan lighter dari koceknya. Dibakar sekumpulan kecil semut tadi. Kumpulan besar yang lain melarikan diri. Ada yang turun kebawah semula bila jalannya terhalang.

"Wei Karim. Apa kau buat ni? Tak ada kerja lain dah?" Tijah menjerkah tindakan Karim yang membakar semut kecil tadi.

"Sabarlah. Kau tengok. Aku dah bakar sikit. Kawannya dah lari. Cuba kau tengok sekejap lagi." Karim mematikan lighternya. Terus memandang kearah kumpulan semut tadi.

"Kau tengok tu. Kawannya dah mati. Dia orang check kejap kawannya. Tahu, memang dah tak boleh buat apa-apa dah. But, dia orang tak pernah berhenti nak balik sarangkan? Terus buat kerja macam biasa. Tak risau kalau aku bakar lagi." Kemudian Karim pergi ke gerai di sebelahnya. Dia menyuruh Tijah melihat semut-semut tadi dengan teliti. Kalau-kalau ada tanda semut tadi akan berhenti dari bekerja.

Karim membeli gula-gula getah. Dikunyahnya. Kemudian dia mengeluarkan gula-gula getah tadi dari mulutnya dan ditempekkan ke di tempat dimana semut-semut tadi lalu. Melintang menghalang laluan semut tadi.

"Kau tengok semut tu. Dia orang tahu. gula-gula getah ni melekit. Bahaya kalau lalu. Kau tengok yang tu. Dah melekat. Tapi yang lain patah balik. Tengok, tengok. Dia org ketepi. Cari jalan lain... Haa... Kan dia org dapat juga pergi balik sarang." Karim gembira bila lihat kumpulan semut tadi dapat mencari jalan yang lain. dia tersenyum bila usahanya untuk memaksa semut tadi mencari jalan lain berjaya.

"Ok Tijah. Ini yang last." Lantas karim mengambil ranting-ranting kecil. Dilekatkan ranting kecil tadi pada atas gula getahnya.

"Apa yang kau nak tunjuk pada aku ni Karim?" Tijah kehairanan.

"Kau tengok. Semut-semut tu sekarang tahu. Ada shortcut selain melalui jalan yang sedia ada. Walaupun susah. Mereka cuba untuk menaiki ranting ni. Tak tahu la kalau dia orang fikir ini jalan shortcut. Mungkin macam kita. Susah sikit bayar tol. Tapi kita sampai cepat." Karim menerangkan apa yang hendak dia sampaikan pada Tijah sambil menunjukkan gelagat sang semut mula menaiki ranting kecil tadi.

"Tijah, dalam hidup kita. Jangan berhenti berusaha. Jangan berhenti untuk mencuba. Mungkin banyak halangannya untuk kita berjaya mendapatkan apa yang kita nak. Tapi, kalau kita berhenti mencuba setiap kali hadapi masalah. Kita tak akan dapat apa yang kita hajati tadi. Kalau macam tu, semuanya takkan berjaya. Kita yang tetapkan diri kita untuk berhenti. Mungkin jalan untuk berjaya itu sangat susah. Perlukan pengorbanan. Tapi setiap kesusahan yang kita hadapi, kita akan pelajari darinya. Semut tadi takkan dapat ke sarangnya kalau dia orang tak cari jalan lain. Semut tadi takkan dapat bantu keluarganya kalau dia berhenti berharap. Sekarang dia orang tahu. Mana jalan yang terbaik untuk dirinya. Lain kali, kalau ada halangan. Mereka mesti berjaya."

"Destinasi hidup kita adalah satu tujuan yang kita tetapkan sendiri. Setiap apa yang kita buat mesti ada tujuan dan matlamat. Hanya kita yang tahu bagaimana kita boleh menuju ke destinasi kita. Takkan ada orang lain yang dapat ubah diri kita. Bukan aku yang mampu ubah diri kau. Kau kena hadapi rintangan dan cabaran untuk sampai kesana. Jangan putus asa sebab suatu masa nanti mungkin kau akan dapat menuju destinasi yang lebih baik dari apa yang kau impikan. Bukan hanya ada satu jalan untuk bahagia. Itu yang terjadi pada ayah aku. Dia tak pernah putus asa. Setiap yang berlaku di dalam dirinya, dia akan tetap berusaha. Hilang satu, pasti dia akan cuba yang lain. Akhirnya, ayah aku jadi seseorang yang kita lihat sekarang" Karim menerangkan dengan panjang lebar.

"Terimah kasih Karim..." Tijah mengejamkan matanya. Mendalami apa yang telah Karim tunjukkan. Betapa dia sedar. Sebenarnya setiap makhluk yang tuhan jadikan ada tujuannya. Mungkin semut tadi kecil. Tapi apa yang mereka tunjukkan sangat besar kesannya pada hidup Tijah. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk kenal Karim.




Tak best kan cete aku... hahahaha... Takpe... cuba dan cuba.
How much life experience do you have?

You've Experienced 60% of Life

You have a good deal of life experience, about as much as someone in their late 20s.
You've seen and done enough to be quite wise, but you still have a lot of life to look forward to.


3 comments:

Anonymous said...

Nice story! :)

bzz said...

Tq

jetjetsemot said...

nih ape hal bakar semot nih?adehh..

mak sy kate, 'eley, ape makan ikan masin miskin lak..dolu2 orang kaye je yg dpt makan ikan masin'~

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...