Bunyinya pelik bukan?
Ada antara kita yg bila orang lain buat silap pada diri kita, kita akan marah dan memaki sekuatnya. "Nyah kau", "Berambus" dan... "Babi... Sial punya manusia". Tapi ramai juga yg lebih baik.. Ramai juga yg pemaaf. Adakah kita di antaranya?
Walaupun golongan kedua tadi, menyepikan diri, sama ada sedar atau tidak, adakalanya mereka akan tetap menyimpan perasaan sukar tadi di dalam hati mereka. Dan perasaan tadi akan menjadi dendam dan kemarahan jika ia tidak dapat dikawal dengan baik.
Senyap belum tentu sepi selamanya.
Yg menjadi masalah ialah, bila orang lain yg membuat silap. Atau memulakan sesuatu yg telah menyalakan api. Tidak pula meminta atau menghulurkan salam tanda maaf? Kenapa? Adakah dengan sebab satu pihak menyepikan diri dan tunduk seperti mengalah akan mengesahkan yg mereka itu kalah? Adakah kerana pihak lain tertunduk maka kita katakan. Tak perlu kita buat apa-apa dan miliki apa yg si bisu tinggalkan?
Jangan ego. Jangan keras kepala. Mungkin insan yg menyepikan diri tadi lebih keras hatinya dan lebih sadis kata-katanya bila dia menyuarakan perasaannya. Dan ini, pastinya akan memalukan dan menyakitkan hati orang yg telah menyakitkan hatinya. Dan pastinya, letusan perasaan yg berlaku lebih menyulitkan keadaan.
Biar aku bagi contoh. Contoh mudah yg mudah untuk diterima akal dan pemikiran manusia yg senteng. Maaf kalau contohnya sangat panjang...
M, meninggalkan A. Untuk pergi kepada O. Mungkin sebab O lebih bulat dan lebih dengan dengan M. So mereka mesra. So A, duduk terkontang-kanteng (betulkan ejaan aku), memikirkan kesedihan. Tak selera makan. Tiada mood dan sebagainya. Tapi, tak pula A memaki O atas alasan merampas M darinya. Mungkin, kononnya, A taknak M terasa hati. Dan masih berharap pada M untuk kembali padanya (Jaga saham la ni).
A sedih. Nangis-nangis.. M bergelak ketawa. "O o... you hensem. You pandai jaga I. You tahu nak bukak pintu kereta untuk I. Tapi dulu, A tak pandai bukak pintu kereta untuk I.". Si O tersenyum bangga. A masih lagi memendam perasaan. Tak pernah pula dia maki. Bukan pada M atau pada O. Dia hanya tertunduk menahan perasaan sedih dan mendoakan orang yg tersayang bahagia.
Tapi berakhir dengan O meninggalkan M. Dan M masih lagi membenci A. Klimaksnya... A mengenyuarakan perasaannya. Pada M dan pada O. Kemudian...
Hal ini juga melibatkan orang lain. Kawan-kawan mereka. Mungkin atas alasan tertentu. Ye lah, mungkin kawan A sakit hati atas tindakan M. Tak salah juga kalau kawan M dan O (sebab ni kes kawan rampas awek kawan la ni), pun turut sakit hati. Jadi, atas dasar kesian dekat kawan. Mereka, yg sakit hati dan terasa dengan tindakan M dan O atas apa alasan mereka pun, hanya berdiam diri. Cukup untuk meluahkan sekali. Tapi tak pernah lagi. Alasan mereka. Biarlah persahabatan yg sekian lama ini kekal abadi.
Pinjam kata-kata kawan aku...
Kadang kala, perasaan dan dendam akan tersimpan macam kentut. Semakin disimpan semakin membusut perutnya. Dah la tu. Yg di simpan adalah kentut busuk yg tak menyenangkan.
Tapi siapa boleh tahan kentut sepanjang hari bukan? So kita lepaskan. Mungkin, ramai yg memilih untuk kentut dengan perlahan. Masih lagi baunya menusuk hidung. Ada pula yg kentutnya kuat, bergegar kerusi, tapi tidak berbau.
Tapi, kalau dah perasaan dan dendam yang di simpan. Tak syak lagi. Yg keluar ialah gas yang berbau dan bunyi yg kuat sekali. Dan orang yg pernah membuat dirinya menyendiri tadi (M dan O), pasti akan terkena habuannya.
Jadi...
Jadi jika kita jadi M dan O, adakah logik kita nak salahkan A atas gas yg dilepaskan? Atau nak salahkan kawan-kawan mereka juga atas tindakan mereka? Adakah terlalu bijak bagi mereka untuk menyalahkan orang lain yg pernah mereka sakitkan hati semata-mata orang lain tadi menyatakan kekecewaan mereka sebelum ini. Mungkin, sudah sampai giliran mereka pula yg terpalit dengan lumpur dibadan.
Maaf. Perlukah org yg di tinggalkan dan ditipu ini yg meminta maaf dari org yg menipu? Mana logiknya?
Apakah logik juga kalau si perampas kekasih orang tadi memaki-maki org yg dirampas kekasihnya tadi sebab dia merampas kekasih jejaka malang? Apa kepala otaknya sudah ada dilutut? Sekali lagi. Mana logiknya?
Jadi kawan. Lawan. Jika kita yakin pada diri kita. Kita pernah lakukan kesalahan. Pada orang lain. Tak susah kalau kita minta maaf. Katakan dengan ikhlas. Dan semua kekeliruan dan kekesalan akan hilang. Mungkin, kesannya tetap ada. Kita tidak boleh lupakannya. Tapi, sekurangnya, ikatan yang pernah terjalin di antara kawan-kawan, tidak akan luntur.
Selagi kita mendabik dada. Mengatakan diri kita ini betul dari segala segi. Maka, kita akan tetap kalah. Kalah pada diri kita sendiri. Sesungguhnya, tuhan lebih mengetahui, siapa yang benar siapa yang salah. Dan sebenarnya tak susah kalau kita merendahkan diri untuk meminta maaf atas kesalahan kita.
Buat kawan yang lain. Adakalanya, seseorang yg kita kenal tak mungkin akan kenal kita selamanya. Ia menyakitkan. Ia memeritkan. Tapi, jangan risau. Mutiara yg akan tetap berharga biar di berada di dalam laut mati. Namun, kaca yang digilap tetap akan diketahui harganya suatu masa nanti.
Sekian...
Sarcastic ?
You Have Your Sarcastic Moments
While you're not sarcastic at all times, you definitely have a cynical edge.
In your opinion, not all people are annoying. Some are dead!
And although you do have your genuine moments, you can't help getting your zingers in.
Some people might be a little hurt by your sarcasm, but it's more likely they think you're hilarious.
0 comments:
Post a Comment