Wednesday, February 21, 2007

Kesamaran...

Ada masa sesuatu yg didepan mata kita masih lagi tidak jelas kelihatan bayangnya. Apatah lagi wajahnya. Kekiri tidak. Kekanan pun tidak. Apatah lagi kedepan dan kebelakang. Masih lagi statik. Cuma gegeran dirasai.

Ungkapan demi ungkapan di tuturkan. Kadangkala ia menjadikan sesuatu itu semakin keliru. Adakah ia sebagai tersurat atau ia tersirat. Yang tersirat membuat kita duduk termangu menggaru kepala. Penat memikirkan. Apa maksudnya?

Ada masanya, kita perlu jelas dengan apa yang kita inginkan. Kerana dengan jelas kelihatan, ia menyakinkan kita. Dan ini membawa lebih banyak kebaikkan dari keadaan yang samar. Kesamaran juga akan menyebabkan kita gagal mengawal untuk menuju destinasi kita. Adakah kita akan selamat?

Kesamaran memerlukan bantuan. Cermin mata untuk lebih jelas dan papan tanda untuk lebih yakin. Dengan bantuan ini, kita akan dapat mencapai destinasi kita dengan lebih ceria. Cuma jangan lalu di laluan kecemasan. Kelak, anak dibelakang pula yang bagi pesanan! Biar lambat, asalkan selamat sampai ke kampung halaman.

Adakah kita semua akan mencapai destinasi kita sepertimana yang kita semua harapkan? Senyuman di awal perjalanan belum bermaksud kita akan sampai ke destinasi dengan senyuman. Adakalanya, ia masih lagi berakhir dengan kuntuman senyuman di bibir, namun, jalan yang ditempuhi dipenuhi dengan ranjau dan duri.

Adakah kita memilih untuk sampai ke destinasi yang ceria tidak kira sama ada perjalanan kita penuh onak dan ranjau. Atau kita memilih perjalanan yang ceria tanpa terlalu memikirkan sama ada kesudahannya sama ada kesudahannya jauh lebih baik dari yang diharapkan. Yang mana jadi impian? Tujuan atau perjalanan?

Kesamaran menyukarkan kita mengharungi lorong-lorong kecil. Tiada lampu dan tiada tanda. Tapi janganlah hingga meraba. Kita masih mengharapkan satu sinar pelita menerangi jalan yang akan kita tempuhi. Memudahkan setiap perjalanan dan bawah sinar kekelaman. Mungkin dengan berkat dan ketawakkalan kita. Akan terang jalan yang kita harapkan


Ps - Aku pun tak paham ape yg aku cete nih. Hahahaha...

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...