Monday, February 12, 2007

~The Holiday~

~The Holiday~

Atau dalam bahasa Melayu nya, Percutian.

Tak, ini bukan la nak cete pergi jalan. Naik genting, naik Kinabalu, gi perth atau gi Bali. Tak. Ini cete ni. Cete mat saleh. Pelakonnya, Cameron Diaz, Kate Winslet, Jack Black ngan Jude Law (yg berbulu dada lebat).

Romantic Comedy. Tapi, masuk ke arah lebih pada romantic sadistic comedy. I guess so lah. Cete pasal 4 org (actually 6 org) yg sadis kisah percintaannya.
Amanda, sorang yg tak romantik. Keje, keje keje dan susah gila feelnya nak datang. Tak nangis kalau break ke ape. Cuba menangis, tapi tak kuar air mata. Ni jenis hati keras. Kenal org macam ni?

Iris (Rasanya la namanya macam ni) ni lak gembeng. Kuat nangis. Terbalik ngan Amanda. Dier lak asik-asik nangis. Tak boleh nak get over ngan org yg dier sayang. Saper namanya hah? Bukan aku la yg penting.

So sebab masalah amanda yg baru break tapi tak menyedihkan ni. Dan cerita Iris yg org yg dier sayang tu baru je umumkan pertunangan. Dia org try cara baru. Utk lupakan masalah dia org. Caranya, pergi bercuti. Tu yg jadi The Holiday. Dia org switch rumah. Amanda dari rumah beso ngan modern. Tukar gi rumah kampungan Iris. Iris lak, macam orang jakun sebab gi umah Amanda yg superb. Tekan sana kuar ini. Tekan ini kuar itu.

Dlm dia org bertukar ni. Amanda berjumpa abg Iris. Jatuh cinta. Sama gak ngan Iris jumpe kawan Amanda. Jack Black.

Jack black (Aku lupe nama lelaki la) ni lak cam loser pun ada sesikit. Asik kenal perempuan yg tak baik. Yg tak setia. Ouhh, bukan cam aku. Abg Iris (Jude Law) lak jenis yg (maybe) sesikit kaki perempuan. Kaki minum. Sebab masih teringatkan kat 'arwah' bini dier. Ye lah, arwah la... sebab dah berambus gi mana. Tinggalkan dier ngan anak2.

So dlm cete-cete tu. Amanda, yg tak pernah ada rasa cinta ni. Jeles, sebab tengah melepak2... tetiba ada nama perempuan2 call Jude Law. Jeles la tuh. Siap tgk2 kat tingkap. Selama ni jeles gak tapi jenis marah... Kali ni lain skek. Yg si Iris lak. Tak pernah dpt org yg boleh treat dier baik (bukan tak baik, just cara sayang tu) sekali dpt kat Jack ni.. Jenis yg romantic lawak. Alah, biasa la kan. Kalau dah Jack black. CAm dier gak la...

Tapi yg menjadi masalah Iris ngan Amanda... Ialah... Jack Black ada awek. Walaupun awek dier tak setia, tak baik. Tapi Jack black ni jenis org yg setia n pandai. Tak pandai lak tu nak cari org yg sebaik Iris (yg pandai n hormat org yg lagi tua). Amanda lak... Masalah. Sebab Jude law ni ada ramai perempuan. Jeles. Ye lah, nak ada commitment pun susah. Jauh. LA ngan kampung kat England.

Tapi sebenarnya...

Perempuan yg selalu call Jude law adalah anak2 jude law. Sweet... And comel... EeeeEEeee... Amanda tak percaya. Tanya itu ini kenapa tak bagitahu. Yg Jack black lak... Baru dapat get over aweknya yg tak setia tu. Maybe dier gi sembahyang ishtiharah la before that. Ntah, aku tak tahu le. Yg Iris lak, yg gembeng ni, baru dapat keyakinan yg dier dpt get over ex (ye ker?) dier tuh. For good... Amanda lak akhirnya, menangis sebab terfikirkan apa yg berlaku pada dirinya. Dan sure le pada mamat berbulu dada lebat tu. Hahahaha... Cool...

Yg jadi kat bekas boipren Iris (kot?). Iris dah kasik tahu ape yg tersimpan dalam hatinya. Iris baru berani nak luahkan bile mamat tu dtg LA utk celeb walaupun dier masih lagi bertunang.. Baru lega hati dier. Yg Jack black lak, baru berani nak kasik tahu apa yg dier rasa kat aweknya yg tak setia, yg cari lelaki lain kejap-kejap (padan muke... tu le tak setia). So akhirnya... baru berani nak kata pada memasing. Jack black cakap dier suke Iris. Iris dpt teruskan ngan Jack black. Chewaahh... Macam nak berlaku je...

Last2, dia org gembira. Happy... Amanda + Jude Law (Buy 1 free 2 - Anak Jude law 2 org). Jack Black + Iris... SO...

Apa kesimpulannya....

Tersimpul aku nak terangkan. Aku... Cerita aku lak. Boleh jadi semua org... Aku boleh jadi Amanda... org yg tak berperasaan walaupun pakwenya treat dier baik (Takde le baik mana, tapi baik la...). Aku boleh jadi Iris. Yg asik teringat pakwenya je... Boleh jadi Jude law, yg fikir pasal anak2 (aku tak fikir pasal anak, tapi fikir pasal kawan). Aku boleh jadi Jack black yg jatuh cinta kat org yg salah. Maybe aku boleh gak jadi pakwe Iris yg err... susah nak terangkan. Aku boleh gak sesikit jadi awek Jack black yg tak setia.

Yg aku heran... Apsal aku takleh jadi anak2 jude law? Maksud aku, apsal aku takleh jadi kiut2 cam dia org? Hummm...

Cetenya sedap... bess... Boleh tgk 2-3 kali. But depend pada diri kita. Kalau kita tak kuat. Kot ada terkena ngan cete2 di atas. Mahu panas gak la kelopak mata. Walaupun aku ni tak berperasaan. Tapi smlm aku terharu. Bile tgk org tua tu naik pentas.... Why? Sbb, kengkadang diri kita ni rasa. Kita dah buat yg terbaik. Tak mengharapkan balasan. Tapi, tetiba, datang org yg tak kita kenal (Iris) utk bantu kita. Bagi semangat. Then, bile kita ingat yg diri kita ni tak berguna. Ingatkan orang nak permainkan kita. Sebenarnya. Semua org sayang kita. Semua org hargai kita.

Tu lah, sebelum kita cuba, kita tak tahu lagi apa resultnya. Maybe, kita terlalu memandang rendah pada apa yg ada dlm diri kita. Bangun, dah terima apa yg org lain lakukan. Mungkin, ada kebaikkan dari yg berlaku. Tu buat aku terharu. Sebab, kengkadang, org yg kita tak sangka la yg akan bantu kita. Right? Kita tak boleh ubah semua org. Tapi kita boleh ubah diri kita kan?

Ok le... Weekend ni cuti panjang. Yeaaaaa... Cuti 4 hari! Happy Holiday all!!!


Ps - Wyda... Next time turn wyda lak kan? Hehehehe...

Tickle.com

bZz, You just love to love, don't you? We can tell that you're a die-hard romantic who appreciates the deep sentiment that loving, meaningful words and actions bring to life. Love and romance go hand-in-hand for you, so you adore pouring on the terms of endearment, the hopeful promises, and the doting acts you think your gal deserves. Whether you're in an idealistic and caring mood or being sweet, playful, and impulsive, you're a giving partner who's eager to express how excited you are about your relationship. For you, love is all about sharing your feelings and making your significant other feel cherished. After all, the more often you reassure her of the strength of your emotions, the better, right? And you love tapping your creative side to express how much she means to you and how important you think her needs are. Congratulations, fella, you really know how to celebrate your love.

3 comments:

Miss Anis said...

ulasan movie ko aneh. dan apsal ofis aku tetiba bau bihun segera mamee biru ni?

Anonymous said...

"It doesn't matter how many new haircuts you get, or gyms you join, or how many glasses of chardonnay you drink with your girlfriends... you still go to bed every night going over every detail and wonder what you did wrong or how you could have misunderstood. and how in the hell for that brief moment you could think that you were that happy. And sometimes you can even convince yourself that he'll see the light and show up at your door. And after all that, however long all that may be, you'll go somewhere new. and you'll meet people who make you feel worthwhile again. And little pieces of your soul will finally come back. And all that fuzzy stuff, those years of your life that you wasted, that will eventually begin to fade." ~ Iris

bzz said...

Entah... aku pun tak paham kenapa... Hummm... Nak bihun... aku lapar...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...