Tadi, aku berborak dengan kawan aku. Pasal - Kasihan -. Tapi, yg aku borak2kan tu cuma pasal satu topik. Pasal - cinta. So nak memperluaskan lagi topik tu. Aku cerita lagi pasal - "KASIHAN" - ni dalam isu yg lebih besar. Hidup kita.
But, biar la aku cete pasal cete tadi dulu. Sebab kalau cete last, sah2 la aku dah lupe nak cete mende tu. Siri dua... tiga... akan menyusul kemudian... Hehehehe...
~Cinta~
Kengkadang, aku dengar. "Aku terima dia sebab aku kesian. Bukan sebab aku suka dia. Actually, aku suka orang lain. Tapi sebab orang lain tu buat tak tahu. So aku terimalah dia. Kesian... Dia pun dah minta banyak kali. Entahlah. Aku pun tak pasti sama ada aku akan kekal ke tak ngan yg ni".
Kesian... Kesian kat org yg dikesiani tadi. Kalau awek terima lelaki sebab kesian or sebaliknya. Apa yg akan jadi? Yup, maybe orang akan kata, lelama nanti sayang la tu. Cuma... Cam aku borak2 malam tadi. Apa kata, kalau perempuan tu jumpe lelaki lain yg lagi baik. Or, maybe yg dier bebetul suka sebelum dier kenal pakwe kesian dia nih. Apa akan jadi? Garu kepala kejap... "Apa akan jadi ek?" - Well... bak kata kawan akan... Ramai perempuan... bile dah dier suka n sayang org tu... Dia akan buat apa saja. Tak kita apa jadi. (tu yg jadi murtad, tukar agama macam lina joy tuh - tahap bodoh macam cipan)
Lelaki. Maybe lebih straightfoward... "Saya dah jumpa org lain. Yg saya suka. Itu suratan takdir (macam lagu gersang pulak!)." Malangnya, pemikiran seorang manusia bernama perempuan. Pelik. Berbelit2 kengkadang rasanya. Kengkadang, hati kata lain, mulut kata lain. Walaupun lelaki ada macam tu. Tapi, tak sekompleks perempuan... Betul la kata org dulu2. Jaga seorang perempuan ni macam jaga sekandang lembu. Susah... Masalahnya ini bukan lembu. Mereka ini perempuan. Dan ramai dari dia org tu, sangat pandai! (zaman dah terbalik)
Contoh cerita...
Ok, balik pada cete aku. Aku tanya kau org. Katakan kau org seorang perempuan. Kau suka akan seorg ni... then kau tunjuk kau suka. Tapi dia wat toyer, muka seposen... Nak tunjuk lelebih, nanti org kata perigi cari timba. So kau buat yg sesuai. Lelama... kau macam dah putus harapan.... Fed-up gak... "Apa mamat ni bodoh ke ape? Terus la... kau tu bukan ada awek..."
Tetiba... Datang seorang lelaki. Ok la.. Walaupun tak macam yg kita harap dalam mimpi2 siang hari kita.. Tapi dier baik. Baik ngan kita. Tapi... hati kita masih lagi tak boleh terima org lain. Masih teragak2... "Ye ke ni? Ye ke ni. Tapi, lelaki ni masih lagi nak gak aku" (contoh la!)... "Saya memang suka awak. Memang saya nak jadikan awak sebagai... Saya harap awak terima saya...." (Aku tak pernah ckp macam nih!). So kita fikir... senyap. Then dah berapa kali dia tanya.
So malas nak fikir. Kita... "Ok lah..." Tapi kita terima lelaki tadi bukan disebabkan kita suka apa yg lelaki ni buat. But more tu kesian... Kesian dia dah minta berapa kali. Aku cuba lah. Aku harap dia boleh treat aku baik... Boleh aku lupakan org lain. Mungkin, ada gak yg terima sebab asik mintak je.. sampai datang perasaan menjengkelkan. Bosan asik tanya. Ye lah... aku terimalah...
Tapi.. dalam hati kita... tak pernah kita terfikir or terasa nak sayang org ni. Even, masa dah couple pun, sikit punya susah untuk terasa yg kita ni betul2 yakin... Masih blur (like sotong...). Dia baik. Tapi dia bukan yg terbaik. Dia mungkin org yg kita nak hidup bersama. Tapi bukan orang yg kita tak boleh hidup tanpanya... (perghhh jiwang siot ayat aku!)
So kita tanya diri kita. Aku kesian ke kat dier? Or memang sebab aku suka?
Hahahaha... Tu baru cete situasinya. Ini soalannya kalau kita menjadi perempuan tadi...
= Kalaulah kita ini seorang perempuan. Apa yg kita rasa? Kenapa kita terima? Apa yg kita harapkan dari org tadi. Berikan komen anda...
= Situasi kedua. Tetiba... lelaki yg dier suka awal2 nya ni datang. Layan dia baik. But... Dier just layan je. Tak pulak ckp dier suka... Berikan komen anda...
= Situasi ketiga. Tetiba... Lelaki yg dier suka tu. Datang. Layan baik. Hati gembira... Berbunga. Dan kata... "Ya saya suka awak..."... Apa yg kita akan fikirkan masa tu... Apa yg akan kita buat pada lelaki yg kita suka ni dan apa pula pada pakwe yg sah di sisi undang2 percouplelan tapi kita tak berapa minat ni... Berikan komen anda...
Komen aku sendiri...
=S1 - Aku... tak kira sama ada aku jadi perempuan di atas atau pun aku yg masih lelaki ni. Aku takkan terima org sebab aku kasihan. Alasan KASIHAN tu tak boleh pakai sama sekali. Sebab, aku takut situasi kat atas terjadi.
Dan aku sebolehnya, tanak tahu yg org lain terima aku sebab kesian. Sebab aku tahu, kemungkinan akan berlaku..... situasi awek kita ni pergi kat org yg dier suka tu besar. RASAnya, aku pernah mengalaminya. Sekali.. Just sekali. Mungkin keputusannya terlalu cepat. So... relationship aku tu sgt cepat jugalah... 2 bulan. But, alhamdullillah... aku tahu. Aku patut terima kasih. Sebab dia cepat bagitahu. Dan aku pun taklah sakit. Kalaulah ia semakin lama... wow... sakit... Gile... So... kalau aku takleh terima org sebab aku takut aku kesian, org tu patut ucap terima kasih. Sebab aku cuba utk tak sakitkan hati dier pada waktu akan datang...
= S2 - Aku akan make sure sama ada org tu bebetul suka or just kawan je. Takut nanti, yg di ada melepas. Yg dikejar tak dapat... Byk cara boleh cari jawapan tadi. Salah satu... tanya... Alah... ape salahnya tanya. Kita bukan hidup zaman tok kaduk naik junjung...
= S3 - Depend on kenapa aku suka dia dulu... Sebab fikizal? Hensem nak mampos... or sebab dia ni memang ada kecharmingan yg tak berbelah bagi. Yalah... Dah la baik, hensem sikit2, pandai layan, hormat org etc... Kalau sebab fizikal... Kena fikir panjang kot? Sebab, kot pakwe aku tu ada sikit spoiler... tapi yg kita suka ni pun kita tak kenal camne perangainya, susah gak. Pakwe kita dah kenal sesikit. Kang, tinggal pakwe, tapi yg kita suka ni pulak tak dpt treat bebaik.... So better kenal bebetul sebelum ambik keputusan tu.
Tapi kalau sebab... Memang dah org yg kita suka tu baik... Sebab itulah kita terpikat. Dan semasa dia nak tekel kita pun dia memang macam tu. Aku rasa... aku prefer org yg aku suka. Pakwe kita mungkin sakit. But, tak sesakit kalau kita biarkan lebih lama. Tak sakit sgt kot?
Lagipun, bila lagi kita nak treat diri kita yg terbaik? Utk masa depan kita gak... Sampai kita mati... Org kata, org tak setuju... memang ada. But, org tu bukan tido sekatil ngan kita sampai kita mati. Right?
Itu je cerita aku pasal kesian. Nanti aku sambung lagi. Kalau aku ada byk masa kat umah utk taip...
Apehal pun... kalau datang bab nih... Sebolehnya... JANGANLAH IANYA BERMULA DENGAN SEBAB KASIHAN. Takut kalau ia tidak kekal atas kesilapan kita yang lama.
0 comments:
Post a Comment