Saturday, January 06, 2007

Wow, permulaan yg indah!

Atok~
Atok aku dah tak ada lagi.
Dulu dialah yg mengajar aku mengeteh di kedai. Minum teh tarik dan makan kundas bercicahkan kuah sambal kacang. Atok juga yg mengajar aku. Mercun. Bukan main mercun. Tapi aku masih ingat apa yg dia katakan. “Kalau aku bagi budak2 ni duit. Dia org mudah lupa. Semua org bagi duit. Tapi kalau aku belikan budak2 ni mercun. Dia org akan ingat. Aku suka tengok diaorg ketawa dan gembira (aku translatekan dari bahasa jawa).” Itu yg atok katakan. Dan aku cuba buat. Ada betulnya apa yg dia katakan. Bila kita berikan org lain, tak kiralah anak, ayah, mak, adik, kawan, staff atau siapa saja. Duit atau mungkin imbuhan berbentuk wang. Mereka mudah lupa dengan apa yg kita berikan. Tapi, cuba kita berikan sesuatu yg menggembirakan mereka. Atau mungkin sesuatu yg mampu untuk buat mereka lebih berjaya. Insya-Allah, sampai anak cucu mereka akan mereka kenang kita. Percayalah! Terima kasih tok!


ASB~
Budus! Atas dasar kebijaksanaan PM kita. Bonus ASB kita semakin besar! Semakin tinggi! Yahahaha… Syabas paklah syabas! Andalah PM yg saya sayangi. Lain kali selalu2 lah ek pergi oversea main golf ngan omputih atau penolong sheriff omputih tu ek. Pedulikkan ekonomi. Mangkuk! Dulu, teruk, huduh macam mana ekonomi pun, still dividen dan bonus boleh lepas utk cover balik payment loan utk setahun. La ni. Dah bayo, pun tak lepas. Ceh. Hampeh.com.my.dotdot!


Banjir~
Kesian org2 yg kena banjir. Kesian org2 yg tolong mangsa banjir. Kesian Najib. Dah macam balaci berlari sana sini tolong banjir, pengerusi kabinet, itu ini blablabla. Tapi, situa, makan nasi kandar kat luar negeri ek? Hehehehe… takpe… Dia pun... mungkin setahun dua lagi, memang kamu tu dah tak yah nak makan nasi kat Msia lagi. Gi la makan ke ape ke kat oversea tu. Ada peluang jadi Taksin ye? Oh ya, lupa nak cakap. Sejak paklah suka kapal layar. Bak kata pepatah. PIALA MONSOON? Alah perlumbaan kapal layar musim monsoon ni kat air yg keruh (tak cam omputih yg airnya biru) dan cara yg aku tak paham ape jadah haram satu pun. Monsoon lain pulak yg tiba. Piala monsoon ada, hujan monsoon ada taufan utor pun ada! Yg jadi mangsa, org Johor yg tak terjaga kebajikannya. Tukang iklan piala monsoon, gi memonsoonkan diri di kat overseas. Balik kejap tunjuk muka, kemudian sambung cuti. Rasanya, silap la kan kalau pm kata 2 billion org tonton piala monsoon. Rasanya, 2 billion org tgk org kita mencurik dlm banjir tu percayalah... Mungkin hari ini, ada had ada had-hari agaknya!


Internet~
Sangatlah slownya. Ya-Allah, hanya tuhan saja yg tahu betapa slownya internet sekarang nih. Buka gmail pun makan bertahun. Apetah lagi aku nak buka kat opis aku. Dah la pakai tokenring. Nak tanak kena la naik 15th kalau nak bukak email. Ceh, tergendala kejap bisnis aku. Nak tgk itu ini pun susah. Ceh!


Saham~
Saham naik. But naiklah lagi. Kan tingkat 4 dah buat macam2. Merge sana sini. VSS sana sini. Kurangkan subsidi. Semua. Kenalah saham naik. Manalah tahu, kot mbb naik jadi 15 ke? Boleh gak aku makan besar nanti! Tapi... zaman sekarang bukan zaman dulu. Ni kalau gawat sekali lagi. Humm... dulu gawat, org malaysia still makan kat nellis. Makan kat pizza. Lepas ni. Sardin je la kot? Zaman jual, jual jual!


Tol~
Tol ala tol. Samy nyanyi tol sana tol sini. Tol tol tol-ol story. Dulu pun naik juga. Dulu pun kurangkan juga subsidi. Dulu pun gomen ambik langkah untuk kurangkan belanja. Tapi taklah macam sekarang. Samy kata, “Sikit saja”. Ye, ah-ah! Dari singgit jadi singgit nam. Dari nam posen jadi sembilan posen. Lepas ni ada pulak yg mintak naik dari singgit seteng jadi dua seposen. Roaktax setahun kurang 20 ringgit. Tapi kenaikkan tol je sebulan je dah lebih dari jumlah roadtax tadi. Kesian dia (org) tu.


Minyak~
? Ada harapan ke naik? Or ada harapan ke harga sama. Harga pasaran, sekitar 60USD setong. Dulu masa naik 30sen (cam haram) tu pun harga sekitar ni. Mustahil akan turun. Tapi tak mustahil akan naik walaupun harga sama lagi. Ni, tadi pun menteri dah kata. "No komen". Senyap macam kepala kabinet dapur. Org kata, “Bekerja bersama saya, bukan untuk saya”. Ye… bersama saya kita kerjakan org lain utk bayar percutian kita. Hahahahaha… Tapi, kalau harga minyak dunia maintain, but still gomen nak naikkan harga minyak kat Msia ni... Naik lebih 10sen… memang babi sangat la tuh! Lain kali pukul bola golf bebanyak ek. Cuba2 la pukul bola golf kat atas pelantar minyak tu macam cete armageddon. Dan fikirkan pasal org yg bayar tol dan minyak (yg sentiasa naik). Tgk laut, tgk belanja. Awak tu, semua sponsor. ingat, ekonomi bukan setakat saham turun naik, nilai ringgit meningkat semua. Ekonomi mungkin membawa maksud keselesaan hidup, kebersihan, taraf pelajaran belanja dan sbg. Takde guna saham berjuta2 tapi rakyat kena taun n penyakit akibat banjir tapi gomen takde duit nak support. Tulah, lain kali, belajar rerajin. Statistik jgn fail. Ekonomi jgn fail. Dah bodoh, ambik agama pun tak guna!


Register~
Bodoh punya OUM. Semua tmpt kat lembah kelang nak register satu hari di tempat yg sama. Ni tin sardin ke ape? Aku smpi kol 12 pun kena tunggu 1000 no lagi. cuma 10 no utk 10 min. Tu pun kalau orgnya tak byk songeh. Macam siot. Baik aku buat kerja!





~A good start?~
Not really… Eversince end of 2003, everything was unpredictable. Terbuka yg tertutup. Meningkat yg jatuh. Berjimat yg mega. Alim yg kucing. Entah apa lagi. Tahun ni, tak byk yg diharapkan untuk hidup kita akan jadi lebih baik. Tapi berusahalah. Takkanlah kita nak bekerja bersama org. Bekerjalah untuk diri kita. Apatah lagi untuk org lain. Hidup dengan gembira dan berani untuk terus maju. Telur untuk dijaga, bukan untuk diuli-uli oleh org lain. Have a nice year ahead…



What colour is your aura?

Your Aura is Orange

You're a bit of a loner, but you're never lonely. You know how to entertain yourself.
Whether you're trying an extreme sport or a new weird food, you always live on the edge.

The purpose of your life: testing limits - both physical and mental... and then telling people about it.

Famous oranges include: Timothy Leary, David Blaine, Tony Hawk, Carey Hart ME, bZz!!!

Careers for you to try: Snowboarder, Circus Performer, Undercover Agent



~hhmm… apsal aku baru perasan aaa… yg 2 mole aku kat bahu n dada makin beso sikit??

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...