Tuesday, January 23, 2007

Mencari Kekuatan Diri Anda - v 1

Inilah dier bukunya...




Mencari Kekuatan Diri Anda - v 1
~Gembira~

Kita ketawa, kita tersenyum, kita menyanyi, kita bersajak, kita melompat dan sebagainya. Tapi betul ke kita ni gembira? Adakah semua perbuatan tadi menandakan yang diri kita sebenarnya gembira? Atau mungkin itu hanya dikulit kita sahaja?

Orang lain boleh lihat kita gembira, tapi diri kita sendiri yang menentukan secara mutlak. Tapi, taklah sampai nak mempermainkan kawan, org yg kita sayangi atau siapa saja semata-mata kita hendak gembira. Kenalah pandai mengawal diri. Kan begitu?




"Being happy is liking yourself the way you are right now-maybe not all of yourself, but the essential you.".... See, -maybe not all of yourself... Aku tak kata semua kan?

Then tengok perenggan sebelumnya... "Being happy is not being perfect, becoming rich, falling in love, havinf power, knowing the right people or succeeding in your job." Inilah yang aku nak cete2 hari ni...

Org boleh tengok aku happy. Gelak sana, gelak sini. Tapi, ada masa aku tak happy dengan diri aku. Sebabnya, errmmm banyak sebab sebenarnya. 1,2,3,4... Isk banyak! Jadi, sekarang aku tengah lagi mencari macam mana aku nak menjadikan diri aku semakin happy tanpa mengecewakan orang lain atau sebagainya. Ada orang, mencari jalan mudah. Mungkin aku pun macam tu. Entahlah, aku tak pasti.

Sambung cerita.

Ada orang kata. Kalau kita perfect mesti kita happy. Kita gembira. Ketawa dan gembira dengan keluarga dan org yg tersayang. Tapi, boleh ke? Untuk menjadi sempurna aka perfect, kita perlu melalui pelbagai masalah dan dugaan. Dan... Buat yang beragama islam... Sedarlah. Kita manusia biasa. Bukan nabi muhammad. Nabi Muhammad saja yang perfect. Org yg dijanjikan syurga pun tak perfect! Even Khalifah ber-4 tu pun tak perfect. Tapi dia orang happy kan?

Tak, aku tak kata kita tak boleh perbaiki diri kita. Baiki la. Cuba untuk jadi lebih baik. Tapi tak sampai gila untuk jadi perfect. Semuanya nak sempurna. Tak bolehlah.

Kenapa? Sentiasa gembira adalah satu perjalanan dan bukannya destinasi! Apa gunanya kita gembira di hujung nyawa kita, tapi sepanjang hidup meringkuk di penjara akibat mengejarkan kesempurnaan. Dan kesempurnaan yang kita kejar biasanya perlukan pengorbanan!

Siapa yg terkorban?

Tak salah kalau kerja kuat. Tapi, kan lagi baik kalau kerja bijak? Gunakan otak untuk menyiapkan kerja? Macam mana? IT, formula, ilmu dan mungkin politik? Politik macam mana? See, company bayar gaji utk siapkan kerja. Tapi company TAK SEMESTINYA bayar gaji kita utk BUAT kerja sampai siap! Beza tu! Politik. Gunakan pekerja bawahan untuk siapkan kerja. Percaya dan ajarkan mereka ilmu utk buat kerja kita. Beri mereka peluang untuk buat ot. Gaji mereka tak besar, so overtime adalah jalan lain utk hidup lebih baik. Belikan mereka sesuatu untuk mendorong mereka berkorban untuk kita. Dan pastinya, mereka akan buat kerja kita dengan gembira. Dan semua gembira!

See... Kalau kita buat kerja macam nak mampus... Anak terkorban. Lagi terkorban (bini pun sama), tenaga terkorban. Dan segalanya. Dengan gunakan pekerja yg ikhlas. Semuanya menang. Mereka boleh belajar dan naik pangkat. Kita tak penat. Dan segalanya. Ilmu? Jgn kedekut. Simpan ilmu dalam hati bukan boleh bawak mati. Ilmu, semakin diberi, semakin bertambah. Dah guna politik, gunakan IT, formula dan sebagainya. Kerja lebih cepat!

Cikgu aku kata, bijak2 belajar bukannya belajar bijak2. CGPA 4.0 tapi kerja macam orang gila buat apa?


Kaya? Meriah?

Entah. Dulu aku pun macam tu. Waaahhh... Semua nak yg baiklah. Semua nak yg berjenama. Sekarang. Alah, janji ada kualiti, takde nama mana pun tak kisah. Dulu, aku beli baju dan seluar, 200 dapat seluar dengan baju je. Sekarang. 2 ratus... Ehhh tak sampai lagi. Aku dpt 4 seluar dan 1 baju. Aku gembira.

Taknak salahkan mereka yg sukakan jenama. Tak kisah. Tak ada masalah. Belilah jenama apa pun. Bra cap kapal selam emas sekalipun, kalau nak beli, beli. Kalau mampu... Tapi, dulu... macam aku. Kita tak mampu. Nak beli. Ambik. Sampai sekarang susah. Tak gembira kan? Ingatan. Jangan buat lagi.

Hutang adalah kita membuat pinjaman dari diri kita yang masa hadapan.

Ada pula yang sanggup. Nak buat parti, wah dihotel. Betul, dia kaya. Bini dato. Tak kisah. Tapi, takkanlah sampai kawin habis berjuta. Betul, dia jutawan. Ada duit tak ada masalah. Tapi yg duit cukup2 ni apa cerita?

Kawin nak dapat berkat. Nak buat ibadat. Nak lahirkan zuriat. Ya betul, kau banyak duit berpuluh ribu. Tapi, kan baik kita buat sesuatu yg lebih baik. fikirkan sendiri. Aku tak kata aku kawin makan ikan goreng dgn nasi putih. Tak...

Tapi, ada sesetengah dari kita, yg kerjanya kais pagi petang, makan hujung bulan. Tengah bulan, tak tahu nak kais mana. Hakikatnya macam tu. Tapi, still, kawin nak habis berpuluh ribu. Woww! Kan baik kasik mak ayah gi haji? Tapi kalau mampu, apa salahnya. Maybe, ada something yg boleh buat kita lagi happy dari berbelanja berpuluh ribu? Ada... Tapi, kalau tak boleh fikir... buatlah. Bukan duit aku pun.

Org kata, ukur spender badan sendiri. Dah tahu melayu, berangan nak jadi negro. Tak sama saiz nanti. Tu yg longgar je hubungan lepas tu! Huh!!!




Tak kata

Aku tak kata aku happy. Tapi, aku cuba untuk cari kegembiraan diri aku. Selama ni, aku cuba untuk puaskan orang lain. Org lain gembira ketawa gelak2 sambil garu ketiak. Aku pulak, peluk bantal menangis. Tak mahulah macam tu. Aku cari sikit2... Tak jugak aku jadi imam ghazali atau apa saja. Nanti lain pula yg jumpa macam si tua tu.

Tak apa. Aku tahu, kita tahu. Kegembiraan yg kita cari bukanlah destinasi. Tapi perjalanan kita itu sendiri yg buat kita gembira. Mungkin, masih banyak lagi duri dalam perjalanan diri kita.. Jalan2, aduh sakit, aduh sakit.

Tapi kalau kita tahu jalan mana yg kita pilih. Sekurangnya, lebih banyak la, ahhh sedap aahhhh sedap yg kita jumpa nanti. Tak mungkin kita semua akan gembira setiap masa. Tapi, apa salahnya, setiap kedukaan dan halangan yg kita hadapi tu kita jadikan panduan untuk masa hadapan. Orang yg optimis akan cuba untuk mencari kebaikkan dalam setiap keburukkan. Dan kebaikkan yg dia cari adalah kebahagiaan dan kegembiraan dalam dirinya. Yg pesimis, semua yg dilihat adalah keburukkan. Itu yg buat dia susah nak gembira.

Kita sama2 mencuba dan mencari perjalanan hidup kita dengan lebih baik! Namun, apa cerita sekalipun... jangan lupa bersyukur dengan apa saja yg telah dikurniakan. Kalau kita tak tahu bersyukur. Memanglah kita takkan gembira. Percayalah...

Akan datang... cerita seterusnya...



Ps - warnanya hari ini ialah biru laut... Cantik...

What color of blue are you?

You Are Periwinkle

You're very intuitive and sensitive. You often know other people better than they know themselves.
You're also quite optimistic, and you think well of yourself and others. You know your dreams will come true.

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...