Friday, January 12, 2007

Bebelan yg pedas...

Siapa yg kenal aku tahu yg aku ni memang byk mulut. Membebel... Kat kedai mamak bebel. Dlm kete pun boleh membebel. Bukan seminit dua tapi berjam-jam. Aku tak kisah kalau org just dengar. Aku pun tak kisah kalau org nak argue balik. Takde hal.

Aku cerita itu, aku cerita ini. Dari cerita tentang kayangan sampai la ke cerita jejak ke bumi. Ada cerita pasal diri sendiri, diri pasangan atau diri org lain. Ada cerita membina ada cerita mengumpat. Semua ada. Kalau aku senyap, kasik la satu topic. Kita boleh cerita lagi. Kalau tak, org lain cerita. Kita ketawa dan kita gembira.

Aku bukan pendengar yg baik. Dengar saja boleh diharap. Lain tu, aku tak jamin apa-apa. Memang aku dilahirkan untuk bercakap dan bukan untuk mendengar. Mungkin telinga aku bisu dan mulut aku pekak!

Mungkin, ada org kata, aku ni membebel saja. Tapi, tak tahulah kalau org lain ingat aku membebel kosong. Kosong, empty, ilek... Sebabnya dia tak minat apa yg aku cerita. Hei hei hei, tak semua yg aku cerita tu kosong. Ada isi. Ada maklumat. Kalau aku bercerita dan ada yg tak puas hati. Arguelah. Tak sependapat tak apa. Kita gaduh sekejap. 10 minit lagi kita ok. Lagipun, tak salah untuk aku fikirkan apa yg org lain kata. Kalau cerita tu tak menarik utk org lain. Then... Bagilah idea yg boleh menarikkan cerita. Atau, cerita sesuatu yg boleh kita sama-sama berborak. Aku tak kisah pun nak dengar org lain bercerita. Sekurangnya, aku buka otak aku.

Ya, aku tahu, ada masa aku terlalu byk bercakap. Membosankan.

But, tunggulah kalau dah kahwin. Dah tua. Apa akan jadi pada kita semua kalau pasangan kita tu senyap. Tak ada cerita. Tak ada lawak. Tak ada mengarut-ngarut. Apa yg kita akan rasa masa itu? Dah tua, dah malas nak main game, bosan tengok hddvd, nak bersukan tak larat, nak masuk internet pun tak tahu apa dan byk lagi. Jadi, masa itulah kita perlukan kawan yg boleh kita berborak. Kalau ada anak dan cucu, takkanlah dia org nak teman borak setiap hari. Takkanlah nak telefon cucu setiap masa. Betul?

Cuba lihat dalam hidup kita. Kebanyakkannya macam ini. Kite bermula dengan hidup bersama family. Kemudian kita keseorangan. Kemudian kita bercouple dan kahwin. Lepas tu bertambah lagi bilangan. Semakin meriah hidup dengan anak. Kemudiannya anak pula kahwin. Seorang demi seorang pergi hidup bekeluarga. Ada cucu, ada masanya kita hidup gembira dengan karenah. Bising tapi seronok. Kemudian, bila mereka semua semakin sibuk dan kerja. Kita kembali sunyi. Siapa teman kita? Dah pasti suami atau isteri kita. Bukan macam tu? Hidup ni kan roda... Dan hanya dia yg jadi penghilang bosan kita. Dan dia jugalah yg akan berkongsi pengalaman hidup dengan kita. Bukan mamak kedai ABC atau apek jual ikan.

Ya, ramai dari kita mahukan pasangan yg romantik, yg good looking, yg kaya, yg lawak bodoh dan segalanya. Tapi, apa gunanya, kalau mereka ada hanya pada waktu tertentu saja. Apa gunyanya kalau bila tua, mereka dah tak semesra yg lama. Apa gunanya kalau dah tua kalau dia tak lagi boleh berkongsi hidup dengan kita? Adakah kita hendak kahwin kontrak? Macam zaman sekarang, kahwin 10 tahun dah bercerai. Ialah, bosan. Cerita laki semua dah dengar kat opis. Masalah diri pulak semua awek kat luar dah tahu. Balik rumah. Senyap. Tak ada cerita. Satu hari boleh cerita sekali saja. Mulut berat. Mana pergi hidup bersama? Tak percaya? Dah kahwin, buatlah. Semua masalah atau cerita, kita ceritakan pada org lain. Jgn bincang dengan pasangan. Insya-allah. Keberantakanlah tak lama lepas tu. Nasihat ini bukan dari aku. Tapi dari pakar lain yg aku tonton di tv.

Aku boleh jamin, hampir semua dari kita bila dah tua takkan seromantik macam sekarang. Dari 'sayang' dan 'darling' menjadi 'kau' dan 'atoknye'. Apa lagi yg ada? Kecuali berborak. Mungkin pasangan kita pun dah tak larat. Kulit pun dah ganyut. Tak kencang macam dulu. Dulu, masa muda boleh la. Kiss kiss, muahhss muaahsss.. Romen-romen, sekali tak puas, boleh sambung lagi... Penutupnya, Ahhh sedap... Dah tua... Badan dah tak larat. Tak naik dah laki punya. Tengok pun dah tak selera. Apa lagi hubungan yg ada?

Berborak...

Abg yg dah asik berbaring tu. Masih lagi boleh bercakap dan berborak. Mungkin isteri yg dah asyik sakit, lakinya masih boleh bercerita. Ditepi katil. Cerita tentang kerja. Cerita tentang luar. Cerita cinta. Cerita agama. Dah tua ni, takkanlah cerita pasal kereta, pasal PS10, xbox 3600, komputer dan segalanya. Tak la kan? Itulah hiburan kita. Suami atau isteri kita.

Tapi, bayangkanlah, kalau dah kita ni tak larat. Nak shopping, nak jalan pun susah. Duduk rumah. Laki pulak asyik nak keluar. Jumpa bidan sana, janda sana. Ialah, bini dah tak pejal. Atau mungkin laki tu duduk rumah tak buat apa. Senyap. Tak melayan. Siapa lagi nak layan kita? Hantu? Pontianak? TV? Atau nak buat nude video chat kat internet? Aaahhh... Tak ada siapa teringin dah nak tengok masa tu.

Jadi

Bukanlah semua org yg banyak cakap dan membebel macam aku ni tak guna. Macam sampah. Sebab tak romantik dan hanya tahu membebel jadi kita org ni tak berguna. Yelah, ada org, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Tapi kena ingat juga. Gajah pun bukan boleh buat apa. Angkat benda berat saja. Tak pernah pulak org bawak gajah ke sawah untuk tanam beras. Tapi kerbau ada jugak, kan? Gajah tua, tua di tembak saja. Kerbau, tua tua pun boleh buat makan. Kulitnya ada juga yg buat bedok di surau.

Cuma mungkin, apa yg aku katakan tu tak sesuai pada orangnya. Mungkin aku tak layak untuk kata apa-apa. Duduk diam. Besok, bila aku dah tua. "Abg, abg duduk depan tangga tu ya. Abg kira kucing, ayam dan berapa ramai budak balik sekolah. Nanti petang hantar report dekat saya. Saya nak pergi mesyuarat arkopal ni".

Mungkin itu saja kot yg aku layak? Entahlah. Mungkin aku pun tak layak bagi pendapat, nasihat org, nasihat kawan, awek atau sebagainya. Yelah, siapalah aku kan? Tapi... Nasihat yg baik pasal kehidupan pun bukan ada dalam kamus IPT atau kamus sekolah. Cikgu bagi free. Aku pun tak minta bayaran. Mak dan ayah tak pernah pula bagi invoice untuk nasihat anaknya.

Mungkin cuma 10% dari bebelan aku yg baik. Aku cerita pasal kekuatan diri. Cerita pasal org lain yg susah dan macam mana kita nak ubah diri kita. Cerita pasal keselamatan diri. Cerita pasal business. Cerita pasal anak saudara dan keluarga dan sebagainya. Cerita pasal kerja dan tingkatkan diri. Ada juga cerita yg pasal hormat menghormati, kesetiaan dan sebagainya. Tapi adakah aku saja yg bercerita. Mungkin itu bual kosong. Macam roti kosong. Putih. Org sediakan roti. Nah makan. Takkan nak suapkan lagi. Campurlah sardin ke, susu ke, telur ke atau apa saja. Kan lebih baik? Dah bagi roti pun nak disuap. Memang suka subsidi.

Kenapa kita tak berbincang? Bukan begitu lebih baik? Aku ceritakan pendapat aku. Kau cerita pendapat kau. Kita bersatu dan buat yg lebih baik? Mungkin Nabi tak buat macam tu kot? Nabi buat keputusan sendiri-sendiri. Sukati nabi nak buat macam mana. Org lain angguk dan kata, 'okay rasullullah. kami setuju'.

Entahlah, mungkin segala apa yg aku bebelkan. Dari mulut aku atau dari taipan aku ni langsung tak masuk akal. Tak boleh pakai. Nak cerita itu tak sesuai, nak cerita politik tak pandai (walhal baru je jefooi letakkan link ke artikel aku kat blog dier). Nak cerita cinta pulak aku bukan sesetia org lain dan tak pulak romantik tahap leonardo di sirap. Nak cerita pasal pelajaran, apalah sangat dengan belajar tahap sekolah agama darjah empat. Nak cerita tentang kehidupan berkeluarga, aku pulak tak pernah menuntut dengan fadhilah kamsah. So ape aku nak cerita ya? Apa aku nak buat ya?

Ouhh aku tahu, Aku buat bodoh... Sebab sememangnya aku bodoh... Jadi kenapa?




Perfect - Simple plan

Hey dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I'm wasting my time
Doing things I wanna do
But it hurts when you disapprove all along

And now I try hard to make it
I just wanna to make you proud
I'm never gonna be good enough for you
I can't pretend that I'm alright
And you can't change me

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don't care anymore

And now I try hard to make it
I just wanna make you proud
I'm never gonna be good enough for you
I can't stand another fight
And nothing's alright

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

Nothing's gonna change the things that you said
Nothing's gonna make this right again (right again)
Please don't turn your back
I can't believe it's hard just to talk to you
But you don't understand (you don't understand)

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...