Thursday, December 07, 2006

Umpama burung yg gayat!

Aku lihat burung berterbangan di udara.
Terbang sana, terbang sini. Bersiul-siul gembira mencari makan. Burung kelicap makan kicap. Burung unggang makan unggas. Burung gagak makan sampah. Apa saja burung nak makan. Lepas tu terbang lagi bermain2. Mereka tak takut pun dengan ketinggian. Tak gayat. Mereka terbang lagi. Fiiuuuu... fiiuuuu...

Tapi kita.. Ada yg gayat. Ramai yg takut tinggi.

Bukan ini yg aku nak ceritakan.

Aku nak cerita yg kadangkala, kita memang sudah punya bakat, punya kekuatan, keyakinan atau sebagainya di dalam diri kita. Tapi kita masih lagi takut untuk mencuba.

Dare to fail

Kalau kita tak cuba. Macam mana kita tahu kita akan kalah. Macam mana nak tahu kita akan gagal. Kita tak cuba. Manusia yg tak gagal ialah manusia yg tidak pernah mencuba. Manusia yg statik. Semua yg berjaya akan pernah gagal.

Untuk sangat berjaya kita jangan gagal dalam berusaha. Untuk mencapai pencapaian yg mana kita tidak akan gagal, kita perlukan pengalaman yg luas. TAPI, untuk mendapat pengalaman yg luas. Kita akan melalui proses banyak proses kegagalan.

Di mana kekuatan diri kita. Apa yg kita hendak? Apa yg ingin kita capai. Bila? Di mana? Bagaimana? Siapa?

Percaya tak, dlm diri kita memang ada kekuatan. Tak kiralah kalau kita lemah selemah siput babi di bawah tapak kaki babi sekalipun, tetap kita ada kekuatan. Mungkin tak sekuat babi tadi, tapi mungkin lebih kuat dari semut. Itu pun dah kuat. Mungkin siput bergerak lambat, tapi siput boleh melekat di dinding.

Ya... Mungkin bukan saja kita. Aku juga. Aku perlu mencuba. Kalau gagal berkali tak semestinya gagal selamanya. Sama juga ngan kamu dan kau dan dia. Aku berkali2 gagal. Dan aku rasa, kekuatan tu memang dah ada dlm diri. Cuma aku tak yakin pada diri sendiri. Malah, org lain pula yg lebih yakin pada diri aku. So, takkanlah, semuanya akan gagal. Pasti akan ada satu yg berjaya. Kalau dah ditentukan aku berjaya. Aku akan berjaya. Cuma yg penting aku berusaha dan bertawakkal tentang apa yg aku berusaha. Kan begitu?

Ingat, semuanya ada kekutan pada diri sendiri. Jgn takut gagal. Jangan jadi burung yg gayat. Jatuh sekali tak bermaksud kita akan terus jatuh dan terus gagal untuk terbang tinggi.. Jangan putus asa. Kalau kita boleh percaya dan yakin pada kejayaan org lain. Kenapa tidak kita percaya yg diri kita akan turut berjaya. Mungkin lebih berjaya berbanding org lain. Dan aku yakin, kita akan berjaya! Biarlah masa yg menentukan kejayaan kita suatu masa nanti...

What my rising sign?

Your Rising Sign is Taurus

You are the ultimate rock - stable and centered.
People turn to you in crisis and count on you for calm.

Stubborn and strong minded, you can't be pushed around.
You are also tenacious, and you always will stick with something difficult.

A bit fan of nature, you're attracted to the beauty of the outdoors.
And sometimes, you find it easier to relate to animals than people. (meiowww mioouww...)

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...