Friday, December 29, 2006

Alangkah beruntungnya kita

Alangkah beruntungnya kita



2006 bakal meninggalkan kita seribu kenangan. Salah satu darinya adalah cerita ini. Yg aku katakan pada minggu lepas. Terlalu awal untuk aku ucapkan Selamat tahun baru. Biarlah ucapan itu aku sampaikan esok.

Ok lah, aku nak bercerita tentang kita. Tentang seseorang. Cerita dirinyalah yg aku akan aku kaitkan tentang diri kita.

Tak salah aku katakan yg sebahagian besar dari kawan2 aku adalah org yg bertuah. Tak kira dulu, tak kira sekarang. Bertuah bermaksud, mereka tidak dibebani dengan pelbagai masalah atau tanggungjawab yg telah diletakkan oleh org lain. Kalau ada pun, ia tidaklah seberat mana. Malah, ada yg sengaja memberatkan tanggungjawab mereka dengan mengatakan itu dan ini semata-mata mereka tidak lagi mahu tanggungjawab seterusnya.

Ramai org kata, sebagai anak sulung, mereka akan secara automatiknya diletakkan untuk memikul tanggungjawab untuk membantu mak dan ayah memimpin keluarga. Tapi, sesetengah dari kita, termasuk aku, yg di lahirkan di dalam kesenangan, kadangkala mudah terlupa apakah tanggungjawab tadi. Mungkin pada kita, oleh sebab mak dan ayah mampu untuk menyara dan membesarkan adik-adik yg tidak ramai, selain dari mereka mempunyai kewangan yg mencukupi. Maka kita tidak mengambil endah tanggungjawab tadi.

Aku berkata kerana aku pernah nampak apa yg org lain rasanya. Aku juga mendengar cerita apa yg mereka-mereka yg lebih susah dari kita lakukan pada keluarga mereka. Itu sebabnya aku bercerita.

Masa aku kecil. Sekitar umur aku 8-9 tahun. Makcik aku pernah mengajak aku ke satu kampung. Tak silap aku, disekitar kawasan Kundang Ulur, Bukit Gambir , Muar. Anak sulu keluarga ini adalah bekas anak murid pakcik aku. Bila aku sampai, aku terpinga-pinga. Sepupu aku, anak makcik aku masih kecil. Jadinya, hanya aku yg menghayati cerita ini. Bila aku sampai, aku lihat, rumahnya kecil. Rumahnya tak ada beranda, tak ada awning, tak ada pagar, tak ada batubata, tak ada tv besar, tak ada air dan tak ada apa yg kita ada sekarang.

Rumahnya tiada bilik. Disitulah ruang tamu, tempat memasak, tempat tidur dan tempat buat adik. Macam mana nak difikirkan pun aku tak pasti. Bila kesekolah. Mereka ada basikal. Itupun dikongsi. Ada masa abg guna, ada masa adik guna. Tapi, selalunya, ayah yg guna untuk pergi menoreh. Itulah yg mereka banggakan. Tak tahulah kalau mereka mengeluh kalau-kalau terpaksa balik dari sekolah dalam keadaan lencun akibat hujan lebat. TApi kita, ayah lambat jemput sikit, dah merajuk. Nak ps2, nak itu, nak ini. Kalaulah mereka ini merajuk, minta dijemput. Alamat tak berasaplah dapur sebab pendapatan menoreh tak ada. Tak salah kalau aku kata, kais pagi makan pagi. Kais petang belum tentu dapat.

Adik-adiknya, ramai! Walaupun usia cuma tua dari aku dalam 3-4 tahun. Tadi aku rasa, berderet lagi adiknya dibelakang. Dari luar rumah, aku macam terkejut. Ialah, aku rasa, aku yg miskin ni rupanya jauh lagi beruntung. Masa tu, makcik aku bawakan beras, susu, makanan dan baju terpakai. Mungkin, istilah kita, baju tadi dah tak 'best'. Bukan fesyen terkini. Tapi bagi mereka, itu baju yg jauh lagi baik dari baju harian mereka. Tak ada TV dengan astro dengan video tape. TV 10 inci warna hitam putih pun sudah cukup. Tak ada radia dengan kuasa 3-4 ribu watt. Cukuplah bagi mereka untuk dengar berita melalui radio tangan buatan jepun yg diletak ditelinga. Rumahnya tak ada aircond, tak ada kipas siling. Mahu roboh bumbung kalau letak kipas besar. Cukuplah kipas kecil di dalam rumah. Tak ada perabut, sofa bentuk L ataupun tilam ikea yg mahal. Mereka cuma ada tilam lembik dengan bantal kekabu.

Tapi... mereka bersyukur. "Terima kasih cikgu". "Terima kasih encik". Dulu, umur aku masih kecil. Masih kurang faham. Tapi aku tahu, aku masih beruntung. Sekarang, kalau ditakdirkan aku jumpa mereka, pasti aku menangis. Bayangkan betapa kita tidak bersyukur dengan apa yg kita ada. Patutlah semakin susah hidup kita. Yg difikirkan susah pada kita, rupanya kesenangan bagi org lain.

Kita yg ada bilik yg besar. Dengan internet dan komputer 24 jam. Dengan kereta sedia menunggu dibawah. Kita ada kamera untuk 'menangkap'kenangan. Gaji kita besar, mampu untuk beli itu dan ini. Sesetengah kita, tak ada istilah chowkit atau Ps untuk berbelanja. Apatah lagi kedai bundle. Tak cukup gaji. Mak bagi duit. Ayah bagi duit. Belum cukup, kahwin pun mak tanggungkan. Dari kecil di jaga. Mak ayah ada kemampuan untuk bantu kita. Tanggungan mereka tak ramai. Sebagai abang atau akak, kita tak terasa tertekan dengan keadaan keluarga. Takpelu risau kalau adik no 3 dan 4 bergaduh. Mak dan ayah kan ada. Susah-susah, tutup saja pintu bilik. Biar mereka bergaduh di dalam bilik mereka. Lantaklah. Tapi, bagi keluarga ini, kalau adik beradik bergaduh, disitulah tempat sembahyang dan tempat berehat. Kalau dah asyik bising, macam mana otak nak berehat, macam mana hendak selesa. Jadi, bertenanglah adik beradik untuk kesenangan yg lain.

Alahkah beruntungnya kita kerana ada semuanya. Semiskin sesusah kita sekarang. Rasanya, bakal anak-anak kita masih lagi mampu untuk main permainan yg menarik. Mungkin, zaman mereka ada PS4, Xbox 720 atau supercomputer. Zaman kita mungkin telah berlalu dengan permainan console catridge ataupun permainan dindang datang lagi. Itupun sudah seronok. Tapi, bagi mereka, main baling selipar, nyorok2, tengteng atau police n thief dah dikira sangat baik. Mahu tenganga mulut mereka kalau dapat main game di tv.

Berbalik pada abang. Abanglah tempat mak ayah bergantung harap. Mak dan ayah harapkan abang atau akak untuk menjaga adik ketika mak dan ayah keluar ke kebun. Mereka buatkan susu adik, belajar, mengajar, menegur, memarah, carik pendapatan lain dan sebagainya. Anak sulung seharusnya independent dan tahu macam mana untuk bantu keluarga. Buku pun dikongsi. Kalau abang dan akak tak pandai. Macam mana nak ajar adik-adik. Mak dan ayah cuma sekolah darjah enam. Itupun, masih tak layak nak kerja di kedai runcit AhHong. Cakap orang putih apatah lagi. Memang tak tahu. Tahunya yes, no dan tunjuk-tunjuk. Bagi mereka, kalau tidak mereka. Siapa lagi. Sesetengah mereka, kalau mereka berjaya namun terpaksa meninggalkan keluarga, siapa lagi akan bantu keluarga mereka. Ada yg terpaksa melupakan cita-cita semata-mata untuk bantu mak dan ayah. Betapa besarnya pengorbanan mereka tadi.

Betapa beruntungnya kita.

Dilahirkan dalam keluarga yg senang. Mempunyai kemampuan untuk perolehi apa yg dihajatkan. Walau anak nombor berapa pun kita. Tanggungjawab kita masih lagi tidak sebesar mereka. Kita, bangun, celik mata. Hidangan dah ada dimeja. Sesetengahnya, sarapan dari jawa dan medan pun boleh kita rasa. (maklumlah, mak tak sempat buat sarapan, jadi org gajilah yg buatkan). Tak seperti mereka. Abang dan akak tak perlu susah-susah bangun pagi untuk siapkan adik-adik dan buatkan sarapan. Mak dan ayah pula dah ke kebun untuk menoreh. Jangan kata maid, kalau boleh nak jadi maid separuh masa pun tak apa asalkan minggu ni dapat makan lebih sedap dari ikan kering dan sambal tempe.

Kita, bila dah besar. Gaji beribu. Beli kereta. Beli handphone berkamera, beli itu dan ini. Duit nak bagi pada mak dan ayah. "Tak apalah, mama dan papa bukan tak kerja lagi. Abg buatlah belanja duit tu". Lalu dienjoy dijolikatakan. Tak cukup duit gaji. Kad kredit kan ada. Enjoy sana enjoy sini. Makan, kalau setakat mamak abc tu kiranya minum petang. Apalah sangat maggi goreng ayam 4-5 ringgit tu. Seluk kocek, hulur je. Pergi wayang, cerita di panggung ni asik tak ada suara, esok kita pergi panggung lain pula. Kereta kita asyik ada qeeqooot qeeqoot... Bunyi audio pun tahap kilang ayam. Kita tukar absorber. Tukar speaker. Tak cukup, "Mak, tak cukup la mak". Ada pula yg menipu sebab nak bikin kereta. Ini bukan cerita drama swasta TV1. Tak. Ada yg macam itu. Realiti. Aku tahu ada.

Ada dari kita. Tak kerja. Tak ada pendapatan. Mak ayah berada. Gatal nak berdating. "Mama, sebenarnya... Saya nak bawak Didy pergi date. Nak ajak dinner di menara KL.Boleh tak bagi saya dalam 200?". Waaahh, date pun ditaja. Yg dah kerja, pun ada lagi yg masih macam tu. Kita kadangkala tak kisah sama ada adik boleh berjaya atau tidak. "Itukan tanggungjawab mak dan ayah. Kita sebagai anak janganlah masuk campur urusan keluarga".

Banyak lagi yg boleh diceritakan. Banyak lagi yg boleh kita belajar. Mungkin, bagi sesetengah dari kita yg bersyukur. Apa yg kita syukurkan tidak lagi mampu untuk membalas nikmat yg diberikan oleh Allah. Tidak cukup dengan hanya ucapan 'Alhamdulillah'. Tidak cukup lagi dengan ucapan terima kasih. Mungkin kita perlu lakukan lebih dari itu untuk menikmati kesyukuran sebenarnya yg kita perolehi sekarang. Bersyukur kerana Allah masih lagi kekal untuk membantu kita dan memberikan segala yg kita harapkan tanpa mengurangkan apa yg kita perolehi.

Memikirkan apa yg dihadapi oleh sesetengah orang lain. Sesungguhnya, seteruk manapun kita, kita lebih beruntung dari mereka. Bukan saja tanggungjawab kita lebih kecil. Malah, rezeki kita lebih murah. Jangan mudah lupa. Mungkin yg kita ada ini hanyalah pinjaman. Jangan lupakan mereka yg kurang mampu. Jika kita ada perasaan sayang, bantulah mereka. Mungkin dengan sekadar memberi semangat dan tunjuk ajar. Jika kita berikan mereka ikan, mereka hanya akan makan ikan sehari. Jika kita berikan mereka pancing, mereka akan makan ikan berhari-hari. Yg memberi lebih baik dari yg menerima. Berilah, dan jangan mengharap pada pembalasan. Jika hendak dibalas, tuhan akan membalasnya satu masa nanti.

Mungkin jiwa kita masih lagi kecil. Namun, kalau kita bersyukur, tak mungkin suatu masa nanti jiwa kita masih lagi kecil. Berikan kasih sayang kepada mereka yg memerlukan kerana mungkin suatu masa nanti kita juga perlukan kasih sayang. Dan jika ini dilahirkan sebagai abang atau akak, bersyukurlah, sebenarnya, tanggungjawab yg diberikan akan membuat kita lebih matang jika kita mampu menghadapinya dengan lebih cekal.

Alangkah beruntungnya kita diwaktu ini.



What is your life path number?

Your Life Path Number is 11

Your purpose in life is to inspire others

Your amazing energy draws people to you, and you give them great insight in return.
You hold a great amount of power over others, without even trying.
You have the makings of an inventor, artist, religious leader, or prophet.

In love, you are sensitive and passionate. You connect with your partner on a very deep level.

You have great abilities, but you are often way too critical of yourself.
You don't fit in - and instead of celebrating your differences, you dwell on them.
You have high expectations of yourself. But sometimes you set them too high and don't achieve anything.



:: CEKAL - XPDC ::

HAYATI INI AKU BENTANG KAN SATU CERITA
KISAH MANUSIA INSAN SEJAGAT PUNYA ALKISAH
PELBAGAI RAGAM KERANA HIDUP PURA-PURA
BAGAIKAN TIADA KETULUSAN KEJARKAN KEMAJUAN

SIAPALAH ANTARA KITA SANGGUP MEMBELA
PERBALAHAN PENIPUAN ATAS KEBENARAN
MEMOHON SIMPATI TAGIH JANJI BUKA KAN MATA HATI
PADA WAJAH-WAJAH SEIRINGAN HALUAN PERJALANAN INI

OH…OH…SUKARNYA AKU MENGERTI
HIDUP PENUH RANJAU DURI
PILU RASA DIHATI

OH…OH…BILAKAH DATANG MENJELMA
PENAWAR KEDAMAIAN INI
PASTI IA MUNCUL KEMBALI

USAH DISANGSI JALAN YANG BAKAL ENGKAU LALUI
MUNGKIN ADA BENARNYA DI SEBALIK KESILAPAN


WALAU ADA SAKI BAKI YANG KURANG SENANG HATI
HARUS DITERUSKAN DENGAN SEMANGAT CEKAL DIHATI

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...