Friday, September 08, 2006

Jangan Provoke Orang Lain

Masa taip – 7.34pm. 070906
Masa kejadian – 6.45pm. 070906
Tempat kejadian – Lampu Isyarat Persimpangan Pudu Jail

Polis tahan semua kenderaan. Kereta dah lama berenti. Aku tengok rileks-rileks. Dah 2-3 minit motor tak gerak. Tiba-tiba….

Gedegang... Aku tersentak. What the… Aku pandang belakang. Mamat motor belakang buat tak tahu. Ok. Then rasa lain macam. Aku pandang no plat aku. Sial… Aku bangun dari motor. Aku tengok no plat.

Aku : Apehal? Ni camne ni?
Aku : Ni sape nak bayar ni? (Aku tunjuk no plat. Buat muka hairan)

Mamat : Langgar sikit je. Abis takkan nak ganti.

Aku : Apa? Sikit? Sampai patah no plat aku kau kata sikit? (Plat patahnya aku tak kisah. Abis aku yg sakit pinggang terkejut kene langgar dari belakang ni ape cerita?)

Mamat : Awak org melayu. Cakap la bebaik sikit. Jangan kurang ajar.

Aku : Hah? (Aku hairan. Bercampur geram. Ada ke aku maki-maki? Ada ke aku jerit kat muka dia? Aku tgk budak tu kecik je)

Aku : (Aku naik angin) Apa kau ingat kau melayu sangat? Ada kau mintak maaf ke angkat tangan ke mintak maaf? Tak mintak maaf kira dah melayu sangat ke?

Mamat : (Buat muka poyo macam haram. Tunjuk rasa tak puas hati. Nak je aku debik kat situ)

Aku : (cakap kuat)Aku tak pedulik pasal no plat ni. Bukan tak ada duit. Tapi kau dah la tak mintak maaf… Tak mintak maaf. Nak tegur org cakap takde adab. Dah melayu baik abis la tuh?

Mamat : (Buat muka tak puas hati + malu. Org keliling tengok dia)

Aku : Lain kali jangan cerita pasal melayu kalau kau sendiri tak buat mende tu. (Aku blah tengok no plat dan blah naik atas motor)

Org sekeliling, motor tepi depan belakang. Kereta buka tingkap tengok mamat tu. Then tengok aku. Aku tak peduli. Aku duduk atas motor. Then aku pandang belakang.

Aku : Kau kalau tak reti bawak motor. Kalau selalu berangan jangan bawak motor. Menyusahkan org lain kau tahu tak. Lain kali kalau kau buat salah. Mintak maaf. Bukan nak provoke org lain! (Sambil angkat tangan tunjuk arah muka dia. *bukan tunjuk 1 jari)


Aku geram… mendidih… Aku ram motor aku… Org dalam kereta sebelah tengok mamat tu. Sampai polis suruh jalan. Tak ada sikit pun rasa nak minta maaf dari mamat tu. Melayu ke tu?


Hhmmm… Siapa yg kenal aku… Memang tahulah camne kalau aku marah. Memang tak kira. Kat trafik lite ke, kat opis ke, kat mana pun. Kadang-kadang kecik je halnya. Tapi aku marah tak ingat. Yg hal besar, aku boleh rileks. Sebabnya…

Jangan provoke aku…. Kalau tak memang aku pancung… Tak kira siapa...

Aku pun hairan. Salah ke kalau mamat tu angkat tangan cakap sorry. Aku rasa… kalau dia angkat tangan, minta maaf cara baik sebab dia tahu dia yg mulakan dulu. Dia yg patahkan no plat aku. Jangan kata aku nak marah. Nak bangun dari motor pun malas. Ini dah buat salah, buat muka cam haram...

Apa ego sangat diri tu nak mintak maaf? Apa ingat dengan rasa melayu dalam diri, kita tak perlu nak mintak maaf pada org lain. Anggap diri ni sangat baik? Sangat sempurna. Apa dengan anggap perbuatan kita ni tak salah so bagi org lain pun tak salah? Apa dengan anggap diri kita innocent sebab orang marah kita maka kita boleh anggap orang yg marah tu lebih jahat dari kita? Lebih bersalah?

Tanya diri sendiri, kenapa org itu marah kita? Sebab suka-suka? Atau sebab kita? Pandang sekeliling, ingat apa yang berlaku. Adakah salah kita? Jika bukan sekalipun, tak ada salahnya kalau kita minta maaf. Bukan disuruhnya melutut, menangis, menjerit minta maaf. Just minta maaf dan buat dengan ikhlas. Itu pun ego lagi? Memang patut la kalau orang macam ni orang lain tak hormat dia.

Kau, aku, marah… betul? Cuba fikir. Kenapa aku atau kau marah? Cubalah fikir… Ada sebab kan? Kenapa kau marah? Aku buat kau marah. Kalau aku marah. Ada sebab kan? Mungkin sebab kau buat aku marah. Mungkin sebab lain. So kalau rasa diri ni buat org lain marah. Minta la maaf saja. Tak salah. Kalau bukan marah kita. Dia akan kata. Apa yg nak diminta maafnya? Buat apa nak ego. Sekurang-kurangnya kita dah cuba untuk tak buat perkara makin teruk. Tak jadi gaduh.

Kalau tengok tilik menilik nih… Aku dilahirkan dengan perasaan dendam… Dendam yg tinggi. Ye ke? Tak tahulah… Aku mudah cepat marah. Tapi mudah untuk berhenti marah. Sangat cepat. Entahlah, aku rasa org yg tilik org macam aku ni silap. Sepatutnya diletakkan… “Dia pendendam tapi bila org meminta maaf dia akan cepat memaafkan”. Aku bukan setakat senang nak maafkan org kalau org tu cakap… “Sorry”… Malah, ada masa aku makin rapat dengan org tu. Yg mana sayang, makin sayang. Yg mana kasih, makin aku kasih. Tapi kalau dah ego… Nak tundukkan kepala pun susah… Macam mana org nak maafkan. Macam mana org lain tak marah…

Aku tak kata org yg buat salah tu patut di marah dan dimaki. Tak! Rasa bersalah. Walaupun tak tahu buat apa. Minta maaf. Kalau org tu tanya kenapa? Apa salahnya. Tak apa. Mungkin sesetengah orang tak peduli kalau kita minta maaf ke tidak. Kau buat silap. Tanggunglah. Aku tak kata apa. Ego, tak mahu memaafkan. Tapi sesetengah orang, walaupun dia pendam perasaannya. Dia tak marah semula, tapi dia simpan. Dikumpul. Sampai masa barulah meletup. Lagi susah nak minta maaf sebelum tu. Jadi camtuh, ingatlah... Sedangkan nabi maafkan umat. Inikan pula kita manusia biasa.

Jangan kata aku… Nabi-nabi zaman dulu pun dah angkat tangan doakan bala datang menimpa. Nabi-nabi dulu pun tak sesabar macam Nabi Muhammad. Kan? Jadi manusia pun berilah kemaafan. Mungkin lepas bergaduh, lepas membenci, lepas marah, kita tak semacam dulu lagi. Mungkin timbul satu dinding yg memisahkan diri kita dan orang yang kita marah. Cuba pecahkan dinding tu. Tiada salahnya kalau kita yang cuba untuk berbuat baik pada orang yg bersalah pada kita. Dan tuhan pun tak kata, org yg bersalah mulakan usaha untuk berbaik-baik. Kalau api lawan api. Bila nak habis terbakarnya? Nanti akhir yg menang jadi arang, yg kalah abu. Tak kiralah kalau yg bergaduh adik beradik bernama Bakar dan Abu.

Aku silap. Aku buat silap. Aku sengaja buat silap. Aku selalu tak perasan kesilapan aku. Tapi aku akan cuba minta maaf kalau aku buat silap. Ada masa, org kata. Apa yg kau silap? Aku kata, tak tahu. Aku rasa lain macam. Aku minta maaflah. Bukan aku nak tunjuk baik dengan buat muka poyo. Tak, memang aku minta maaf. Kalau betul tak ada buat silap. Then ok lah. Kalau tidak, mungkin kau simpan dalam hati. Sekurangnya, aku dah kata, aku minta maaf. So terpulang. Aku dah mulakan dulu. Kau beri keputusan. Sama juga dengan kau. Kau minta maaf. Aku maafkan. Kita jalinkan cerita baru. Keburukkan tu jangan kita kenang. Tak ada baiknya.

Jadi manusia jangan ego. Jangan asyik berkata diri kita benar. Diri kita tak bersalah. Mungkin kita berdua kata tak salah. Tapi lapan yg lain kata salah. Ego itu pun penting. Untuk waktu tertentu, egolah yang menyelamatkan kita. Tapi kalau terlebih ego pun, tak bawa manusia kemana. Kurangkan sikit rasa ego. Merendah diri, cuba buat baik. Tak ada salahnya. Mungkin tidak tinggi di mata orang lain. Tapi tinggi di sisi tuhan....


Nota politik :
Jangan jadi bodoh sombong. Dah la bodoh. Sombong. Asyik berkata ‘saya, aku’. Dengan ada pangkat kita betul. Tak mendengar kata org bawahan. Hanya berkata pada fakta yang lama. Sedangkan masa dah berubah. Rendahkan diri. Terima nasihat dan pandangan orang lain. Dalam keadaan yang kucar-kacir. Jika semua org menyokong dan semuanya mengatakan ‘Ok boss. Tak ada masalah”. Maka pasti ada sesuatu yang tak kena. Cuba untuk rendah diri. Mungkin rasa rendah diri yang menyelamatkan maruah kita kelak.
Aku tujukan ucapan seterusnya ini khas untuk pemimpin tertinggi kita... Dengan kata-kata... "Dah di puncak... Jangan jadi sombong dan bodolah..."

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...