Monday, September 11, 2006

11/9

Humm... All other blogs updated! Kalaulah, Gaban-z, 360°
This blog will update later today... 2 topics waiting... See ya... Oh... Jom lunch!

------------------------------------------------------------------------------------

Okeh... update yg bebetul....

Arini aku nak cerita pasal Credit Card... 1st... Memaner yg pernah di telepon oleh org yg tak kenal nak approach utk jual service or barang. Baca blog Yatoque. Dia ada cerita pasal credit card. Dan aku pun dah komen kat blog dia. Untuk panduan org yg bercredit card gak.

But arinih nak cerita lain. Ok... Kan minggu lepas aku ada cerita pasal sorang kawan nih. alah... yg ada gambo tuh... Ok. Last weekend dia sms aku. Since jauh so takleh la nak call. Dier cete pasal credit card. Dier nak wat loan kereta. Skali gi gi mebenk. Mebenk ckp nama dia dah blacklist kat Ccris. Database nama yg ada kat bank negara. Dier ckp dier tak pernah mintak credit card, camne lak ada utang ngan credit card lak? So tanye aku selanjutnya. Aku yg tak tahu ape since aku kat umah assume la apa yg patut...

Peng'assume'an no 1...
Aku rasa ada org guna nama dia. Aku tanya. Ic ada ilang ke? Ada.... Tapi masa kat Shah Alam. Ouhh lama dah tuh. Skang ni dah tempat baru. Ic pun still ic tempat lain. Bukan ic umah skang ni or ic kat shah alam. So kenapa alamat kad alamat tempat kerja kan? Aku cakap, kot ada org guna ic dier ke utk mintak kad tu? Dier tak pasti. But aku soh dier report kat mebenk. So laki dier pun gi la cek. N cancelkan kad tuh. Ok... Aku soh report polis... Manalah tahu kan kalau betul org lain yg guna ic dier. Tak tahu la dia report ke tak...

Sebab tu aku cakap dulu. Kalau ilang ic. Gi report cecepat. Sbb katakan kita nak report 2 hari lepas tu, tapi sehari je lepas ilang, ada org guna ic tu utk wat loan ke wat CC ke... Susah. Sbb tarikh tu belum ada dlm report. Nak claim balik maybe boleh, tapi lambat la. Byk bukti ke cerita. Kalau jumpa ic, cancelkan je report lama. Modal 4 ringgit je. Tapi at least mungkin kita tak perlu bayar beribu2 lepas tu. Nama pun bersih kat Ccris. JPN ckp, ilang ic tak perlu report polis. Just report kat JPN. Masalah nya cam aku ckp. Takut2 kalau2 3-4 tahun lagi ada org guna ic tu utk buat jahat. Muka dah org lain. Tapi data, nama still nama kita. Maybe bukan pada pinjaman, tapi pada buat jahat ke. Kang tak pasal2... Nama sekian-sekian dilaporkan ditembak akibat merompak. Padahal kita ni sihat je kerja tempat lain. Dah payah!

Tu penting tu. Untuk kebaikkan kita gak... Just beware la. Yelah... kalau kite ni kena bayar sebab kita yg guna tu takpe la... Ni org lain guna senang-lenang, kita lak kena bayar. Nak buat loan, nak buat ape dah tak boleh. Hampeh la camtuh...

Tak ter'assume'... Dah betul...
So tadi aku gi jumpe member aku. Dier keje kedit card. Bagi no ic awek bini org nih. cek punya cekk...

Ouhh.. member kau ni dapat Pre-approved card. Maksudnya, cawangan kapit approvedkan kredit card dier. Tanpa dier perlu isi borang. Dier tak tahu yg dier dpt. But yg menjadi masalah. Camne cawangan tu bagi tetiba. Maybe dier ada la beli pape ke... Sbb ada certain org, yg akaun saving beratus ribu (kaye gile la simpan kat ASB beratus ribu!).. branch akan tawarkan platinum kad. Pre-approved! Kalau taknak takpe... jgn accept.

But yg jadi masalah... Member aku tak tahu. Alamat tak lengkap. So kat tak sampai kat dier la nih. Then agaknya, courier nak bagi takleh... Anto balik kad kat branch. Sepatutnya branch cuba untuk hantar balik kat org tu. 2-3 kali takleh, simpan kat branch 6 bulan. Then after 6 bulan, tak collect. Branch patut inform pada Head office. Ckp kad dispossed... So HO tak charge or ape saja. Kire cam cancelkan balik la account member aku. Yg menjadi masalah. Mungkin branch dispossed card. Tapi tak inform HO. HO ingat card customer dah terima. So card dibagi 2004. 2005 dah kene annual fee. Tu yg nampak cam guna... Padahal yg guna tu sbb annual fee je. So pada aku, ni salah branch la ni. Buat kerja tak teliti...

Jangan risau... kes camnih boleh settle. Cuma lambat cepat saja. Sbb ni bukan salah customer. Bukan salah member aku. Yg penting, bgth mebenk yg member aku tak bertanggungjawab atas segala kos yg terlibat sebab member aku tak tahu apa pasal kad. Even dier tak apply pun untuk kad. Uhh skolah kat pendalaman nak swipe kat mana kan? Yg penting sekali, nama dia clear. Bila clear, next time boleh buat loan lagi... Settle... Kes selesai.... Nasihat aku... Baik guna kad dan bayar dari tak guna kad tapi kena bayar... Hahahaha....


Cerita 2...
11/9... Hari ini ulang tahun ke 5 serangan di WTC. beribu2 org terbunuh pada tarikh 5 tahun yg lepas. Tapi, akibat dari kejadian tersebut, berpuluh ribu lagi terbunuh di seluruh dunia. Ada yg kata serangan di WTC bukan di lakukan oleh org islam. Just utk jatuhkan maruah Islam dan juga ada skandal tertentu untuk keuntungan golongan tertentu.

Bagi aku, kalau betul pun serangan tu didalangi oleh Al-Qaeda, aku cakap al-qaeda nih memang mangkuk hayun la. Dlm islam sendri dah ckp... Kalau berperang. Jgn bunuh perempuan, kanak2, org tua... malah bangunan, haiwan atau pokok pun takleh dimusnahkan. Jadi, utk jadikan alasan membunuh org awam kat WTC tu baik... dah silap la tuh. Dosa!

Serangan tu pada aku satu saja yg baik. Rejim kat afganistan tu tumbang. Baguslah tu. Pada aku rejim (aku tak ingat ape namanya)... tak betullah. Tak betullah nak musnahkan berhala. Walaupun berhala tempat org sembah mende lain selain Allah, tapi berhala yg ada di Afgan tu bukan org sembah lagi. Then itu warisan dunia. Kan dlm islam ada kebebasan beragama. cuma Org agama islam je yg takleh kuar agama. Org lain, ada haknya lagi. Then masa rejim tu memerintah, kaum kecil, perempuan di tindas. Pelajaran bersifat keduniaan dikatakan tak bagus. Semua salah. Dihukum dengan teruk. Tak baiklah. Camne nak ajak org bukan islam masuk islam camtuh kalau dah tunjukkan islam ni kejam. Kan? Islam kan lembut... Itu je yg baik dari kejadian 11/09/01. Lain...

Takde yg baik. Berpuluh ribu terbunuh di Iraq. Umat islam ditindas. Amerika semakin menunjukkan belangnya. Israel besar kepala. Islam semakin mundur. Si kepala OIC yg sekarang (siapa lagi kalau PM kita yg takde telur) pulak tak tegas. Dah macam setuju. Askar dihantar ke lebanon. Genjatan senjata. Hizbullah tak boleh serang israel... Tapi org israel boleh serang hisbullah. Takleh la camtu. Abis hantar 1000 org tentera msia ke sana setakat tgk. Dan tak bagi org lebanon pertahankan diri? Israel serang tak apa2? Fikirkanlah... Umat islam makin lemah... Siapa nak tolong?

Ok abis update utk semua blog... Heheheh... ada 4 blog. Perlu ke aku update blogdrive? Uhhh... blogdrive slalu down! ;p

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...