Monday, July 03, 2006

Superman Dalam diri kita

 

So cerita pasal Superman ni yang aku tonton semalam. Kita semua anggap Superman ni power. Hebat tak ingat. Kelemahannya cuma batu hijau yg berasal dari planet dia, Krypton. For us, human, sometimes we are not realized that all of us ada elemen superman dalam diri kita. Ada elemen power. Selalunya kita rasakan diri kita lemah dan merendah diri. Lain orang lain ceritanya. Mungkin kita tak boleh nak selamatkan berbillion or berjuta nyawa manusia. But yang pasti kita boleh selamatkan someone we care dengan kuasa yang ada.

 

Hmm, bercakap pasal kuasa. Semua ada kuasa. Kuasa untuk memilih, kuasa untuk berfikir, bergerak, mencipta, mengawal, mengasihi, membantu dan sebagainya. Siapa kata kita tak boleh mengalihkan gunung seperti Superman? Jangan kata gunung, pasir di Laut pun boleh dijual! Suparman pun sekuat Superman bila dia menubuhkan syarikat meletupkan batu di gunung untuk dijadikan simen. Superman tak boleh hasilkan simen. Suparman juga boleh boleh membina bangunan berpuluh tingkat, sedangkan Superman cuma boleh terbang ke tingkat teratas. Itulah kelebihan yang Allah berikan pada manusia. Akal dan fikiran. Sebab tu juga Allah memuliakan Nabi berbanding makhluknya yang lain. Cuma manusia ni mudah lupa.

 

Sepertimana Suparman, Superman pun ada maruah. Bila dia pergi tanpa sebarang kata, orang mula menjatuhkan maruahnya. Lois kata manusia tak perlukan superman. Biar orang kutuk Superman, dia buktikan yang dia boleh membantu manusia. Bila bergaduh, teruk dibelasah si botak, Superman masih cuba untuk melawan. Walaupun batu hijau disekeliling. Itu maruahnya, mempertahankan bumi. Mempertahankan lois yg dia sayang.  Untuk menyelamatkan orang lain. Walaupun dia bukan berasal dari bumi. Punyalah sayang pada manusia. Sepatutnya manusia lebih sayangkan manusia lain. Kan?

 

Sama juga seperti kita, orang melayu. Org islam. Seharusnya kita mempertahankan maruah kita. Dari dipijak oleh bangsa asing. Dari diburukkan oleh agama lain. That?s why Dr Mahathir semaikan semangat Malaysia Boleh. Boleh membuat segala perkara sama seperti apa yang org yang lebih maju lakukan. Boleh mempertahankan maruah kita. Boleh membina, hidup dan mencapai apa yang dihajati. Tun juga salah seorang pemimpin dunia yang lantang mengutuk pencerobohan Iraq, pembunuhan kejam di bosnia. Mengutuk Israel. Dasar apartied. Menempelak Singapore dan sebagainya. Itu maruah kita. Maruah orang melayu. Maruah orang Islam. Tun tak takut bila di hentak semula. Apa nak takut, berani kerana benar.

 

Sekarang, siapa lagi yang mampu bersuara untuk orang Islam? Orang melayu? Ketua OIC dan NAM (PakLah la tuh) diam tak berkata. Memaintainkan elegent silentnya. Kalau bersuara pun tak tegas. Kata saja kita negara berkecuali, NAM. Kenapa Msia sendiri perlu melibatkan diri dalam hal dalaman Myanmar setelah didesak US? Kata ketua OIC, tapi tak cakap apa pun US nak serang Iran? Apa punya ketua ni? Makan gaji buta ke? Ketua-ketua di arab tu memang tak boleh dipakai. Serban tu penghias kepala saja. Mereka hanya tahu memberi duit. Duit minyak. Yg Allah beri pinjam. Untuk kebaikkan dan simbol kuasa umat Islam pada dunia. Tapi bolehkah pak arab ni pertahankan kebenaran? Berani ke mereka nak pertahankan maruah orang Islam? Kata negara Islam yang sebenar-benar islam. Tapi memberi tempat perlindungan kepada rejim US dan rakan2 utk menyerang umat Islam di Iraq. Makin baikkah Iraq? Bebaskah Islam di Iraq? Yg terbunuh siapa? Orang Islam jugak.

 

Kemana PM Msia, ketua NAM, ketua OIC? Ohhh I see(oic).... ke Australia. Paper kata buat pembedahan resdung. Muskil. Apa doktor2 kat Malaysia ni kolot sangat ke? Kalau setakat resdung, HUKM pun boleh buat. Takyah belanja berpuluh ribu nak keluar negara nak buat pembedahan. TDM sendiri buat pemintasan jantung kat Msia. TDM kata, kalau mati pun sekurang-kurangnya dalam negara sendiri. Tengok, betapa yakinnya Tun pada Dr di Malaysia. Entahlah, mungkin bedah resdung tu lebih berbahaya dari pemintasan jantung agaknya.

 

Spiderman cakap. With a great power comes a great responsibility. Yup, betul kata superhero kita tu. Sebab tu bila kita cakap yang kita punyai kuasa, kita harus tahu apa tanggungjawab kita. Nak jadi baik atau jahat. Ada kuasa bukan boleh buat setakat hentam buta saja. Bukan juga ada kuasa yang tak terhingga kita boleh mempergunakan kuasa tu untuk agenda peribadi semata-mata atau mendatangkan sesuatu yang merosakkan. So talk about politic in Msia, PakLah, please, use your power wisely. It?s your power and not others. If you have a great power but got no brain. I guess we should ask stupid cow to be our PM. Coz cow don?t hurt people and telling lies to others.

 

We called stupid people, Bodoh macam lembu. PakLah, you can have so many advisors and advises, but all the decisions about our country is in your hand. If you put others to decide for you, ohh well I guess we need a cow to become Msia?s PM. Please don?t be Bodoh Sombong. Speak up if you think you?re right. Only Tun Musa called Silent is elegent, just for you only... Rakyat sudah bijaksana. Senyap mungkin bermaksud tidak mahu pertengkaran, tapi senyap juga bermaksud menyembunyikan sesuatu. Mungkin menyembunyikan kesalahan.  Berani kerana benar. Takut kerana salah. So do you dare to answer all the questions. By yourself? And please don?t use media to spin spin spin around. Most of us not stupid anymore coz TDM make us clever enough to choose which is right and which is wrong. Although sometimes we hit him back! Be still he can answered all the questions right? Yes, by himself...

 

Bagi aku, aku tak punyai kuasa berfikir sehebat orang lain. Tak jadi Superman, tak jadi Suparman. Tapi aku masih berkuasa untuk memberi pendapat aku. Aku masih berkuasa untuk menentukan cara hidup aku. Aku pilih yang aku rasa baik utk diri aku dan org lain. Mungkin apa yang aku pilih tak sesuai untuk semua org. But itu pilihan aku. Dan orang lain berkuasa untuk menentukan apa yang aku pilih sama ada ianya benar atau tidak dalam diri mereka. Kuasa tak diberikan tanpa sebab. Salah satunya ialah dugaan. Jadi, aku akan cuba hadapi dugaan selagi aku termampu.

 

Superman dalam diri kita ialah keyakinan kita terhadap keupayaan diri sendiri. Gunakan kuasa yang diberikan dengan melakukan kebaikkan, untuk diri kita dan orang lain.

 

Ps ? I read somewhere. Someone said. Luck is when you do a something at the right place at the right time. Hmmm...

 

 

0 comments:

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...