Aku baca satu artikel di KMU . Menarik... Sama ada ianya benar-benar 100% pesanan tersebut utk PakLah atau tidak, tak tahulah. Tapi yang aku pasti. Artikel ni sesuai untuk semua org. Semua. Aku, kau, dia dan mereka. So kalau nak baca artikel penuh, di sini. Abdullah, ingat pesan ayah.
Aku taknak paste semua artikel. Just paste sikit saja. And berikan pendapat aku. In red... Happy reading and have a nice weekend dude!
........
PESANAN...
Sekurang-kurangnya Abdullah perlu bermuhasabah diri walaupun dirinya adalah orang nombor satu dalam Malaysia dengan mendalami kembali 9 pesanan yang ditinggalkan oleh ayahnya iaitu Datuk Hj. Ahmad Badawi. Sembilan pesanan beliau amat bererti untuk dijadikan pegangan oleh mana-mana pemimpin UMNO dalam perjuangan Bangsa Melayu;
1. Berjuang dengan ikhlas dan kerana Allah. (bZz - Mungkin, tapi kenapa rakyat semakin susah? Islam semakin terancam di bumi Msia? IFC?)
2. Setiap pejuang mesti berani, berdisiplin, mematuhi pemimpin yang terdahulu dan jangan menikam kawan dari belakang. (bZz - Tak apa... Nazri aziz ada, Syed Hamid Kodomo Lion ada, menteri Yes Man ada... Susah2... Enough!!!)
3. Jangan menggunakan landasan perjuangan dan parti politik untuk mencari wang dan kekayaan. (bZz - Tak la kaya. Ada la sikit. Scomi dpt projek ketapi. KJ dpt ECM-Libra. Ntah saper yg pegang GV SPA dapat MV Agusta dengan harga RM5. Tak ada lah banyak... Semuanya tak sampai 3 thn lagi!)
4. Jangan menggunakan wang untuk mendapat tempat dalam politik. (bZz - "Politik wang? Ada ke? Isa Samad saja guna. KJ tak guna. Tak percaya tanya dia". Saper berani tanya KJ. Dia Acting PM sekarang ni.)
5. Dalam apa keadaan sekalipun, setiap perjuangan jangan meninggalkan sembahyang fardhu. (bZz - Yg ni aku respek PakLah. Sikit je la..)
6. Kalau menjadi pemimpin mestilah ada sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. (bZz - Hmmmm??? Tgk di bawah)
7. Kalau ada perselisihan dalam parti, hendaklah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan perselisihan itu. (bZz - Oh ahli UMNO marah ke? Saya ada tonsil... Byebye... Saya nak pergi Perth. Depa kata Dr sana takda nama Mahathir. Dr Mahathir tu buat pening kepala saya saja)
8. Tiap-tiap pemimpin jangan sombong dan jangan menghina rakyat, kerana pemimpin boleh datang dan pergi kerana adanya rakyat. (bZz - PakLah tak hina rakyat. Tapi Paklah kutuk Tun. Tun pun rakyat biasa. Paklah tak ada hina rakyat biasa. Tapi Paklah tak kisah kalau... Minyak naik, gula tak ada, BLR naik, harta kene jual, maruah terjual, kerja tak banyak... etc... Aiman tak kisah...)
9. Jangan menukarkan politik dengan ekonomi (wang) akibatnya kita boleh menjadi hamba orang dan Negara tergadai. (bZz - No comment... Takut PakLah ni last2nya... Politik tergadai. Duit terbarai... Hampeh!)
Adakah Abdullah mengamalkan apa yang telah dipesan oleh ayahnya dan adakah menantu lelaki Abdullah sanggup mengikut sembilan pesanan tersebut?.?
Comment hasil daripada artikel ini
Bandingkan dengan ciri2 yang perlu ada pada pemimpin dalam ISLAM.
1. Al-Shidq - Penuh dengan kebenaran dan kesungguhan. (Sungguh2 ke PakLah? RMK9 ni macam lepas budjet je perlaksanaannya)
2. Al-Amanah - Penuh dengan kepercayaan dan pemeliharaan tangungjawab. (Amanah dengan tanggungjawabnya? Kalau ya, kenapa rakyat semakin susah?)
3. Al-Fathanah - Penuh dengan kecerdasan dan kebijaksanaan berdepan masalah. (Ada org kata Pak Bedollah.. Ada org kata Pak Bodolah... Ada org kata..... ramainya yg kata???)
4. At-Tabligh - Penuh dengan kejujuran dan ketelusan. (Jujur tak.. Apetah lagi telus...)
Siapa Paklah sebenarnya?
1. Adakah dia pengikut Al- Ghazalie?
2. Adakah dia pengikut As-Shafie?
3. Adakah dia pengikut Al-Khairy?
ATAU
4. Adakah dia pengikut Al-Yahudi?
Untuk Rakyat..... pilihlah sendiri.
0 comments:
Post a Comment