Woo hooo...
Dr M still Dr Mahathir that we know. And yesterday he told his voice... Again, seluruh Malaysia 'bergegar'. Buat masa ini, bacalah dulu e-paper, forum, e-new, Utusan, Berita Harian, The Star, NST, Tamil Neesan, Sin Chew Jit Poh, Malaysia-kini, PAS online, KMU, etc etc... Plus maybe akan terselit di website dari oversea. My opinions about it will come later, if it's not today...
Suara aku...
Hmm... Kalau orang tanya aku apa yang aku fikirkan pasal kerajaan sekarang dibawah Pak Lah. Aku akan jawab dengan 4 perkataan. S-L-O-W... Macam... tak apa-apa yang berlaku. Rileks... Sepoi-sepoi angin... Itulah yang aku rasa. Aku yang duduk di KL, rasa, tak banyak yang berubah. Putrajaya masih sama. Paling baru di KL sejak 2004, ermm... Ape aaa? Maybe yang lebih baru ialah di sekitar Mutiara Damansara. Yg lain mungkin tol... Itu pun cerita lama... Itu sajalah yang aku rasa, menarik dlm tempoh 3 tahun nih. Tak nampak apa yang lebih baru. Dan tak pulak aku nampak benda baru di sekitar sini. Mungkin pembangunan lebih bertumpu di kawasan lain? Atau mungkin ini adalah langkah berjimat cermat yang dilaungkan PakLah. Oh ya paklah... Malam kelmarin, kalau paklah tak tahu kementerian mana yang kawal Gula semasa buat press conference.. biar saya jawabkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
So cerita bermula.
Semalam, Tun menggegarkan ruang akhbar or sesiapa saja yang mengambil tahu mengenai perjalanan politik Malaysia. Tun kata, dia di tikam dari belakang. Tun juga kata, dia sedikit tercalar (minor bruises) akibat dari apa yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang terhadapnya. Bacalah akhbar semalam (mungkin hari ini dan esok), laman web dan sebagainya. Pasti banyak komen pasal apa yg Tun kata. Yg pasti, pak menteri or sesiapa saja yang 'berkepentingan' akan backup kepimpinan sekarang. Yg mana2 tak setuju dengan tindakan sekarang, tapi masih berjawatan pasti akan jawab nak tak nak. Line kena cover beb...
Antara yang aku baca semalam... Tun kata, Paklah bukanlah pilihan utamanya utk jadi PM, sebab Najib lebih tinggi undinya. Tun kata, kerajaan sekarang berjanji utk menjalankan terus apa yang telah Tun usahakan. Tapi ada yang dibatalkan, ada yang di tukar ganti, ada......... Tun kata lagi... dia terguris bila kerajaan sekarang mengatakan yang Tun menghabiskan duit kerajaan dengan projek mega hinggakan kerajaan tak ada duit untuk berbelanja. Nak tahu apa lagi beliau kata, cari dan baca...
Pada aku, Tun tak kacau perjalanan kerajaan. Dia dah janji. Dia tak pernah komen pasal minyak naik harga, pasal pilihanraya Sarawak yang menang tapi merosot, IPCMC, siapa Timbalan presiden MIC, siapa pilihan Paklah, siapa menteri. Tapi, sejak setahun ni, tun makin bersuara. Tun 'naik angin' hanyalah kerana beberapa sebab. Dan kebanyakkan sebab tu aku lihat, lebih kepada kepentingan orang melayu, masa depan Malaysia dan orang lain. Bukan semata2 kepentingan dirinya. Tun naik angin bukan sekadar untuk menjaga apa yang telah dia bina atau tinggalannya saja, tapi untuk masa depan kita. Aku rasa, antara sebabnya tun bersuara kerana... isu AP yg Tun tanya tak terjawab. Pembatalan landasan kereta api lektrik berkembar. Menjual MV Agusta daripada Proton dengan nilai yang lebih rendah dari seketul BigMac. Isu crook bridge di JB dan lain lagi... Nanti akan aku ceritakan apa yang aku paham... Mengenai pendirian beliau... Mungkin minggu depan?
Ini dan entry seterusnya hanyalah pandangan aku. Pandangan aku mengenai Tun Dr Mahathir yang aku kenal dan kerajaan sekarang. Untuk kebaikan anak dan keturunan aku. Lain orang, lain pandangannya. Dalam aku tidak menyokong Pas dan Keadilan, aku tak rasa semua isu yang dibangkitkan mereka itu salah. Ada yang aku setuju. So itu semua pandangan orang yang berbeza. Pandangan aku seterusnya... adalah dari dalam diri aku. Bukan untuk taksub pada Dr M, tapi cuma untuk membuka minda aku dan memikirkan apa logiknya dari apa yang telah beliau lakukan dan katakan sepanjang yang aku kenal dia. Itu saja.... Tun Dr Mahathir masih lagi manusia agung. Bukannya tuhan, nabi atau firaun yang digembar gemburkan dulu.
So jumpa lagi isnin nanti... Mungkin aku cuba letak tajuk... "Tun Dr M, yang aku kenal...", boleh? Take care and have a nice weekend....
0 comments:
Post a Comment