Reuters - Kajian daripada 2000 pemilik kereta menunjukk separuh dari warga Britain bercakap dengan kereta. Lawak? Sekejap!!! 40% daripada mereka mengatakan, kereta/kenderaan mereka mempunyai personaliti yang tersendiri, dan mampu menunjukkan sikap kecewa atau gembira terhadap tuan mereka!!!. 19% lagi bimbang tentang perasaan kereta mereka. Ada lagi!!! Kajian yang dijalankan oleh British International Motor Show mengatakan perempuan lebih rapat dengan kenderaan mereka berbanding lelaki. Mereka memberikan nama timangan kepada mereka namun nama itu tidak sama dengan pasangan mereka (Kalau tak mesti dedua marah kalau kereta tu dimaki). Kajian itu juga mengatakan 36% daripada penduduk South west Britain ‘concern’ dengan kereta mereka. Manakala 68% penduduk di North east suka berikan satu personaliti kepada kereta mereka. 54% dari yang dikaji pula mengatakan mereka gembira bila ‘berbual’ dengan kenderaan mereka. Dahsyat!!!
Aku tipu? Tak… aku tak tipu. Tak percaya? Baca The Sun 21/02/06. Muka surat 9, ada shade grey. Huh… Aku ingatkan kat sini saja yang berikan nama timangan pada kereta masing², rupanya di Britain lebih kronik. Pernah, ada seorang abang ditempat aku kata, ”Cuba kau kutuk² kereta kau. Maki² selalu. Tak lama rosak la tu. Tapi kalau kau selalu puji, kereta tu mesti tahan lama. Sebab tu kau kena jaga betul². Tak semestinya bercakap, tapi kenalah basuh, service, buang habuk semua. Nak percaya susah, tak percaya susah. Tapi dari teori aku, kalau kita bercakap/menyayangi kereta, mestilah kita jaga kereta tu dengan baik. Tapi kadang² ada juga kereta yang dijaga baik pun tak tahan lama. Adakah ini kepercayaan karut atau sebagainya? Mungkin kita selalu dengar orang bercakap dengan pokok buah biar pokok tu keluarkan hasil yang banyak, tapi dengan kereta… Sangat jarang kot?
Siapa yang pernah becakap dengan kereta? Aku pernah, tapi taklah seteruk orang lain. Mungkin setakat puji la. Ehhh, walaupun dah berusia, tak pernah la aku tak capai 140kmj bile aku rasa nak pecut. Ada yang puji, ada yang cakap². Ada yang tepuk² enjin bile puas ‘membesit’ kereta tu. Tak kurang jugak yang sanggup tiup² kereta kalau ada habuk! Mungkin akibat dari timbul dari perasaan sayang pada kenderaan kita, maka timbullah nama timangan. Ada yang ‘bernama’ lelaki, ada yang ‘bernama’ perempuan. Ada panggil JiGgY(JGY)? SiTi (kerete aku!-ST 4211D)? Wan Mohd Azim (Che Wan-WMA)? Boon Hoon Xuan (Ahboon-BHX)? Ada gak kereta lain yang nama pelik². Kawan aku bagi nama kereta dia Leman... Aku pun tak tahu dari mana dia dapat. Nak kata dari no plat, tak jugak. Dan macam² nama lain. Mungkin ada nama lain yang kita tak pernah dengar. Jadi kalau ada nama lain, apa kata kalau kau orang semua letak nama tu dalam comment blog aku nih. Mari kita tengok nama kereta siapa yang lebih pelik. Nama motor aku… Errr (WaHiQ-WHQ, boleh ke?). Mestinya kereta adik aku yang agak senang nak panggil nama. No plat… Putrajaya 4211… Tuan nama Ing. So panggil saja Putra Ing???… Huhhhhhhh
* Pernah ada kawan ayah aku sanggup berhujan untuk tutup kereta semata² taknak bonet depan kereta dia basah waktu hujan tengah malam! So berdiri la dia tengah malam 2-3 jam. Nak buat camne, garaj takde tutup depan. Sayang punya pasal…
Wednesday, February 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment