Thursday, August 02, 2007
Perogolan Bersiri!
Rape
Wak membuka matanya luas-luas. Perasaannya tak tertanggung lagi. Diluahkan kemarahannya terhadap Babara. Sudah sekian lama dia teringin nak lakukan sebegini terhadap Babara.
"I said open!!! Can you understand??? Huh??" Wak meneriak Babara dengan nada yang tinggi.
"Yes, saya faham. Tunggulah sampai kita kahwin dulu" Babara menunjukkan muka seposen untuk meminta simpati.
"Hah? Lepas kawin? Kau gila ke ape?"
Wak kehairanan. Selama ini Babara juga yang nak, sekarang nak ditunggu selepas kahwin? Wak tidak kira. Semua tahu perangai Wak. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan lakukan juga. Sama ada dengan secara paksa atau rela. Itu terpulang pada diri Wak.
Wak merapatkan dirinya dengan Babara. Ditangannya tergenggam parang yang dibawanya dari dapur. Babara sedikit merasa tertekan dengan tingkahlaku Wak. Masakan sampai begitu sekali desakan Wak. Terselit di dalam hatinya, adakah Wak dah tak sayang lagi dirinya?
"Wak, you don't love me anymore do you? Please don't tell me you want to do that... Please" rayu Babara meminta simpati.
"Heii Babara... Aku kata bukak, bukak la... Sama ada kau nak aku paksa dengan parang ni atau kau nak bukak sendiri. Itu terpulang pada diri kau. Kalau kau bukak dengan rela, everything gonna be okay. But... Kalau kau nak suruh aku paksa bukak... Kau bukan tak kenal aku... Mesti buruk akibatnya". Kata-kata Wak seakan-akan kilat masuk kedalam gegendang telinga Babara. Anak mata Babara sudah mula dibasahi manik-manik air mata. Namun reaksi Wak sama sahaja. Dia tidak memperdulikan rayuan Babara.
"Cepat!!! Bukak... Tak payah kau nak buat muka kasihan lagi. Tak ada siapa dengar rayuan kau tu. Even if people can hear you screaming, nobody will ever care for you. Did you know that?"
"Please Wak, please..."
"No please please... Open it!!! Do it now!!! I want to taste my fruit of labour now. Hahahaha" Gelak wak sekuat mungkin. Dia memandang Babara dengan pandangan yang tajam. Wajahnya berubah, penuh bernafsu.
"Tolonglah Wak... Tolong jangan rogol Babara... Pleasee......" Babara mengesot badanya ke dinding rumah Wak. Dia menutup tubuhnya tengan tangannya...
Wak ketawa besar. Semakin ghairah dirinya. Sambil menghayunkan parangnya kearah Babara.
"Huhh... Aku suruh kau bukak durian tu... Sape nak rogol kau. Kau bukan tak tahu, aku mana reti bukak durian... Iskk la kau nih... Ape punya ngong..." Wak ketawa besar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment