Showing posts with label NS2R. Show all posts
Showing posts with label NS2R. Show all posts

Monday, August 25, 2008

Politik : Mufti Bapak Setan?

Slowlah aku bab cerita nih...

Aku baru terbaca cerita ni... Cerita bila Badrul Amin kata Mufti Perlis Mufti Bapak Setan. Apa masalah dia?


Who the Fuck do you think you are to say that to other muslim???


Ini yg salah satu sebab kenapa aku tak suka sesetengah pemimpin PAS... Kata pejuangkan Islam. Pejuangan Islam Taik Kucing kalau ceramah macam ini lebih buruk kata-katanya dari ceramah orang yg bukan muslim... Malu la sikit dengan bukan Islam. Pakai serban, tapi cakap tak baik...

Kita cakap baik2. Jgn kata org islam... Org bukan Islam pun suka Pas...

So yangg ni... Ustaz Badrul Amin ape kelancaunya ni bila dia panggil Mufti Perlis ni "Mufti Bapak Setan"? Itu ustaz? Itu Islam yg nak diperjuangkan? Pooorraahh chit...

Ustaz...
Bila seorang yg mengaku ustaz. Apa yg dia perlu buat? Salah satunya berperangai baik dan menunjukkan ciri-ciri yg baik. Tak kira siapa. Betul? Ustaz juga pemimpin. Kalau orang lain silap? Apa yg ustaz perlu buat? Mencarut? Tak kan... ustaz tunjukkan jalan yg benar. Bagi pendapat atau berbincang. Betul? Kalau org tak sama pendapat, apakah ustaz patut maki? Tak kan? Nabi tak panggil org lain setan. Nabi tersenyum bila org buat tak baik padanya. Akhirnya org tertarik kerana peribadi nabi. Sekarang umutnya berbillion hasil dari perangai nabi.

Memang lah Nabi tu Nabi dan tak ada org boleh jadi sepertinya 100%. Tapi kenapa seorang yg mengaku dirinya Ustaz taknak ikut perangai Nabi? Tak suruh jadi 100% sama. Tapi apa salahnya jaga mulut dan perangai? Susah sangat ke? Malu dengan org yg menyembah dewa bertangan 8. Malu... Perangai dia org lagi baik bila bercakap.

Kalau ini cara nak tarik org lain masuk Islam. Tak payah la... Gulung tikar la... Org bukan islam tertarik pada Islam bukan sebab kita nampak alim. Tak... Sbb perangai, tingkah laku, layanan dan sebagainya. Kalau perangai ustaz itu lebih teruk dari gangster kampung dusun... Apa nak jadi?


Setuju
Aku setuju dengan Pas. Utk tubuh negara Islam. Tak kisah la ada hudud ke tak. Tapi perangai orang yg kononnya ustaz dan ulama macam ni la yg buat aku benci. Serius...

Aku tak alim. Tapi aku tak mengaku diri aku alim tapi dalm masa yg sama boleh buat perkara yg org tak alim pun tak buat...

Jauhnya beza antara Ustaz Pas nih... dibandingkan dengan ustaz zaman dulu... Sangat jauh... Kalau ini perangainya nak tubuhkan negara Islam... Lingkup... Gi balik skolah agama. Tak payah mengaji tinggi2. Belajar dulu kitab yg ajar kita umat islam untuk menjadi umat yg bertingkahlaku sempurna...


Menyesal aku pangkah Pas PAU aritu... Serius... Aku ingatkan dah berubah... Tak macam dulu lagi...

Monday, December 31, 2007

2007-2008 - (4) Blog utk kengkawan




2007, boleh le aku kata tahun kengkawan...

Dpt kawan baru, jumpa kawan lama. Ada yg hilang kawan. Ada jumpa kawan. Ada kawan yg macam dah lama kenal tapi tak pernah kenal bebetul pun. Ada kawan yg dah lama kenal tapi buat2 tak kenal. Ada yg teringin nak berkenalan, ada pulak yg nak dikenalkan tapi taknak berkenalan.

Macam-macam kawan. Ada yg baik, pandai, bodoh, selfish, kaki pangkah, cakap kuat, bangga diri, otak psiko, senget kepala, kaki raung dan... listnya terus memanjang. Tapi dengan banyak ragam, hidup lebih berwarna. Kalau hidup kita hanya hitam putih... Maka tak cerialah hari-hari kita selalu.

Ada kawan2 yg kawin, dpt anak, masalah bercinta dan macam2 hal lagi. Ada kawan yg sombong tapi harap2 kita paham. Ada kawan yg tak malu bertanya nasihat tapi kita suka sebab dia kawan yg menghargai kita.


..................Bila aku berblog. Kengkadang aku kira kawan. Kengkadang... Takde istilah kawan. But, dlm bebanyak cete 'no mercy' aku... Ramai yg tak perasan, dlm tu dah banyak yg aku tapis. Ada masanya, mengalahkan FINAS. Kalau tak ditapis, ceritanya boleh jadi gaduh.

Ada masa, memang kawan patut ditegur, but perlu ada had tegurannya. Yg itu aku pasti. Cuma, sebagai manusia, aku tak boleh tahu setakat mana had untuk setiap org. Yg aku fikir, kita hampir sama, jadi aku tentukan hadnya seadanya. Kalau salah, maaf lah aku minta.

Next year maybe lain. Maybe sama. Maybe lebih bertapis, maybe juga lebih open. But i don't care. Kalau aku terlalu ikut kehendak kawan untuk berblog sampaikan hati sendri susah, pun bahaya gak. Bak kata2... Cubalah untuk tepung jgn selerak, rambut jgn putus, lubang hidung jgn terkambus, mata jgn sampai pedih... Tapi hajat kenalah sampai.

See ya next year... kengkawan! Can't waiting for more exciting new year!


***Ada sorang kawan. Khabarnya, dia semakin low profile... Tak menonjol diri. Tapi low profile pun, takkan la smpi dah berminggu2 aku tak nampak. Ku ingatkan dia resign. Yelah... dulu2... memang camtu. Semua tak lama... kejap je... Macam biskut... Ke... sebab ada masalah ngan... hurmmm...

Sunday, December 23, 2007

Kucing Hitam Kembali Lagi

cerita panjang... tapi dramatik... percayalah!!!

Ok, dh puas kita cete pasal family la cinta la. Apa kata kali ni kita cete pasal mende lain lak....


Ok... Saper suka kucing? Aku suka kucing. Masa kecik aku ada kucing kaler putih. dh besar sikit ada belang2 kelabu. then masa kat sabah aku ada byk kucing. So kalau nak describe susah la kan. Apepun, aku memang suka kucing, yg baik.


Kali ni kita cete pasal kucing... Kucing Hitam
Yg nih... (Klik utk tumbesaran kucing)... Comel tak?

Ok... masa kat kampung... Mlm jumaat, malam selepas hari raya korban tu. dlm kol 1 lebih. Aku, ahmed, dan ing lepak kat luar. Depan rumah atok aku. Berborak dalam gelap. Sebab malas nak bukak lampu depan. Tapi lampu jalan still ada bebetul di depan rumah atok aku.

Kita org berborak macam2 cerita. Dari kisah pasal islam dari pandangan ahmed, keluarga, life, malaysia and.... hantu.

Aku tanya kat dier, apa pandangan dier pasal Jin. Pasal makhluk halus dari segi Islam. Since aku ckp, kita org yg kat sini tahu apa yg kita org tahu le. Maybe dier yg belajar dari Arab, pelajaran tu lain. So dier pun cerita la panjang lebar ape yg dier tahu. Cerita apa dia nama jin. Cerita kalau org yg guna bomoh tu guna camne. Apa nama penolongnya. Apa beza dari segi jin. Apa yg perlu kita buat. Tanya dier pasal pendapat org-org sini yg masih lagi percaya perkara karut.

So dari situ Ahmed tahu, yg sebenarnya Islam datang ke sini cuma ratusan tahun lepas. Dier ingat sejak dari awal Islam lagi. So mula la bab cerita Parameswara la ape la....

Suddenly... Im turun join kitaorg. then dier buka Hp nya dan buka sound kucing. Aku cakap apehal. Then suddenly... aku terpandang ke arah kawasan bawah lampu. Ada seekor kucing hitam tengah memandang tajam ke arah kita org. Seakan-akan mencari suara kucing yg datang dicelah kita org.

Padangan kucing tadi agak pelik. kalau aku ibaratkan manusia ni. Pandangan dier lebih kurang macam pandangan org yg tak puashati. Tak ada kelipan mata. Dan tidak memandang ke arah lain.

Tetiba, ahmed menjerit. Memaki kucing tadi. Dia kata... dia dapat rasakan something disebalik kucing tadi. (baru tadi dia kata, kucing hitam tu petanda tak baik di sana). Dijeritkan ke arah kucing supaya pergi. Tapi kucing tadi macam tak dengar. Buat bodoh. Sekali sekala dia memandang kearah kirinya. Atau ke arah kanan kita org. Then pandang kita org semula. Kejadian ni berlaku dekat 5 minit. Aku n Ing dah senyap. Im rasa bersalah bila kita org ckp... "Tu la Im, saper suruh buka bunyik kucing".

Ahmed kata... Dia nampak something disebalik kucing tadi. (Dia dari dulu memang senang terasa memende pelik camnih). Tak tahulah aku kan. But, dia bukan berkata biasa. Siap... Dengan nama Allah dia kata membuktikan yg dia tidak menipu. Katanya, dia terasa seakan ada tangan melambai kearahnya (kitaorg) dibelakang kucing tadi. Dan kemudian tangan (lembaga) tadi berlari kearah lain. Iaitu arah dimana kucing tadi melihat.

Setelah 5 minit. Kucing tadi bergerak tanpa perasaan.

Kisah berakhir disitu. Tapi kol 2 lebih aku dan ahmed keluar semula. Melihat keadaan. tgh berborak kejap. Tetiba terdengar sesuatu jatuh. Dari kawasan yg ahmed kata 'mende' berlari. Ahmed kata kat aku, "Man, lets go"...

Mlm keesokannya....

Aku tidur awal. Akibat penat dan mengantuk. Dan juga terasa nak demam.

Keesokan paginya... Esoknya... Pika (adik Im) masuk ke bilik aku. Aku suruh Pika kejut Ahmed. then pika datang semula. Katanya, Ahmed tak tutup notebook ek? Ehh mana aku tahu. Kata pika, Ahmed buka ayat alquran dari bukunya.... Aku hairan?

Then terjawab persoalan pasal notebook bila Ing dan Ahmed mula bercerita.

Semalamnya (time aku dh tidur), lebih kurang masa yg sama dengan semalam. Dier dan ahmed duduk diluar. Datang semula Kucing Hitam semalam. Dengan gaya yg sama. Tenungan yg sama. Dan ditempat yg sama kucing tu duduk semalamnya.

Dan kali ini, Ahmed terasa. Di belakang kucing tadi. Atau dikawasan belakang rumah di depan rumah atok aku (kawasan agak belukar dan ada pokok durian dan kelapa). Dia terasa ada lembaga hitam yg berlari dari satu arah ke satu arah. Dia nampak, lembaganya tidak besar tapi dia pasti hitam...

So apa lagi, dia dan ing tak tunggu lama seperti semalam. Terus masuk. So abislah cerita tadi.


Hari yg sama... Hari Sabtu... Semalam... Sebelum balik. Dan selepas Ing dan Nan bercerita pasal kisah dia org berdua malam tadi. Aku pun melepak kat luar rumah. Amek gambo bunga, makro etc. Tetiba aku terpandang. Ada seekor kucing. Hitam. then aku sambung ambil gambar. Bila aku paling semula. Kucing hitam ini duduk di tempat yg sama kucing hitam yg versi malam tu duduk. cuma kali ini siang.

Aku menjerit ke dapur. Memanggil ahmed dan ing. Tapi tak ada sorang pun datang. Kucing masih lagi kedudukkan yg sama. Bila aku panggil dia buat tak tahu. Macam2 bunyik aku panggil biar dia datang dekat. Tapi dok, buat muka toya. Aku nak ambil, gambar tapi lens tak jauh. So aku berlari ke dalam rumah untuk tukar lens zoom.

Bila aku ke luar, kucing tadi dah ketepi sedikit. Tak tahulah sebab takut aku atau sebab ada kereta lalu di jalan tadi. Aku dapat snap beberapa gambar....

Perhatikan gambar diatas dan ini. Mungkin, ada gambar 'lain' disebaliknya. Kalau malam... mungkin lain sedikit gambarnya... Klick utk besarkan....



Ok... pertanyaan aku. Kalau korang terkena yg sama, apa yg akan korang buat?


Ps- Kalau masa tu ada Nan, Awit, berani gak aku nak gi dekat masa memalam n amek gambo. Menarik tuh!

Tuesday, December 11, 2007

Cipan...

"Hello Hafiz, I'm Alex from Sabah. My HR2u still not update la. I can't even claim or apply leave. My boss want me to settle this things as soon as possible."

"Ok, i will look into this problem first. Because last week i've already told my friend to settle your problem."...

"This problem had been goin on for one month. I don't have money la if i can't claim."

"Ouhh, ok ok... I'll try my best to help you. But I'm not sure if i can settle your problem today. Anyway, can you leave me your phone no so that i can call you back. You're working in the branch right?"

"Yaa"

.........................


And the conversation goes on...

Cipan...

Kerja org lain aku yg kena. Aku tak jaga branch. Malah aku takde kene mengena ngan masalah branch. Ape gile aku sesaja nak amek keje org lain. Tulah susahnya kalau ada dua nama yg sama dan kerja yg sama. Tapi berlainan unit. Tapi bila ditanya pada operator, yg terima aku. Dan kalau kene marah ke aku yg kena.

Cipan...

Org lain lenggang kangkung tak buat ape. Aku yg kibut nak carik org lain. Bila ditanya tak tahu. Even boss nye pun buat muka seposen. Ingat ni keje HRIS ke? Ada yg tak tahu yg ini keje tmpt dia org! Ni ape cete? Unit sendiri punya kerja pun tak tahu. Aahhh susah la... Tutup je unit tu. Lepas ni buat jual goreng pisang ke kacang kuda ke. Tak pun, buat je tempat urut kaki.

Cipan...

Kalau dia org tak settle masalah tu. Aku la tu yg kena. And sure la HRIS yg kena. Tapi time dia org kena, hah.. Ni HRIS punya kerja. Padahal tak sedar diri. Itu dh jadi keje dia org. Ingat unit aku ni ape? Tmpt belasahan? Dgn aku takde la. Sekali ok, dua kali ok. Tiga kali... Itu sudah lebih...

Cipan...

Aku tak kira. Kalau aku marah disebabkan kesalahan dan tanggungjawab org lain. Siap la org tu. Aku tak kira la korang saper. Ada kerusi ke ada tie ke ada ape ke. Aku tak kira. Time keje, korangbuat keje korang. Aku buat keje aku. But lu punya kentut aku yg busuk nama... Hah siap...

"Aku nak kau settle cepat. Aku tak kira la camne ko nak buat. Ko call dulu org tu. Jgn buat tak tahu"

"Ye ke aku punya nih? Aku byk kerja nih"

"Tu aku tak tahu... Tu kerja kau. Macam mana kau nak settle ke apa jadah ke, aku tak tahu. Aku tahu kau siapkan. Tapi kalau lepas ni aku kena... Aku nak cakap kat kau ni... KAU YG KENA DENGAN AKU LEPAS NI. BUKAN ORG LAIN."

Thursday, December 06, 2007

Mari Boikot Maybank...



Aku tgk, ramai org search pasal Boikot Maybank, Nube Maybank dlm counter aku. So aku tambah satu lagi entry pasal ni...

Dlm kertas yg di edarkan. Kononnya Maybank mengenakan charge yg mahal pada pelanggan. Bank lain RM8 sedangkan Maybank Charge Rm12. Dan Maybank mengenakan Rm0.50 utk pengeluaran yg lebih. Dan dari situ, Nube kata kononnya Maybank bukan saja merompak bonus pekerjanya, malahan merompak pelanggannya.

Apa kes??

Yess, aku tahu bank lain hanya kenakan charge Rm8 utk setahun. Maybe murah. But ada jugak yg lebih mahal. But then, bandingkanlah dengan apa yg kau dapat. Ini kadar charge Maybank. Look at it closely. Membebankan?

Kalau pelanggan gunakan perkhidmatannya. Well, maybe org akan kata, mahal. But, tanya diri balik, ada bank yg charge murah 4 ringgit or maybe cuma murah seringgit. Tapi bandingkan ngan apa yg mereka tawarkan. Cuma tgk bank2 lain. Paling mudah... Gi website dia org... Compare to Maybank2u. Aku slalu kata... Kalau baik, nk byk mende... Jgn mengharap pada sesuatu yg murah.

Kalau nak murah jugak, simpan duit bawah bantal la. Takde charge. Tapi tak boleh la cucuk duit di ATM. Gi cucuk bawah bantal. Kalau bini tgh baring n kawal duit laki. Laki tu gi la cucuk apa yg patut kat bini dia supaya dia boleh ambik duit. Tak pun... Takyah la fikir2 pasal kad kredit ke, online banking ke, e-ipo ke, eshare trading ke... Tak payah...

Nak free... Nak beli saham, isi borang. Gi pejabat pos, parking kereta, beli setem, tulis cek dan tunggu jawapan. Takyah complain2 E-ipo nih.. Kalau tak bayar gak... Kalaunak main saham. Gi kat syarikat securities tu, duduk situ. Ada saham baik, call remiser. Kalau masuk mailbox coz dier busy, call lagi. Walaupun kredit telepon dh abis 2-3 ringgit. Try smpi dpt.

Kalau nak jimat duit... Gi pejabat pos. Then gi Pusat Zakat. Bayar Parking. Bayar Tol. Naik bas. Naik motor. Ambik no. Pegi beratur. Sure jimat singgit dua yg dibayar kat Maybank. Maybank pun takleh untung billion2. Takpelah, tolong pejabat poss... Kan?

So... pilih la... bayar lebih singgit dua dan mudah. Or susah2kan diri utk jimatkan duit tadi....

Tapi... kalau still taknak bayar lebih... Nak mudahkan diri dan lepas tu still nk tuduh Maybank merompak customer... Aku cakap... Wak lu...


Good services don't come so cheap! Aku diberitahu. Ada satu ketika dulu, sebelum Maybank combined dengan Pacific & Phillieo. 1 hari transaction Maybank sama dengan berminggu transaction bank kecil yg lain.

Well, bank boleh jimatkan duit. And customer tak payah bayar service. But kena ingatla... service pun taklah sama dengan yg bayar.. Server tak selalu upgrade. Improvement pun lambat. Setiap satu kebaikkan kena ada pengorbanan. Kalau takde pengorbanan, jgn harap lebih2 pada kebaikkan yg akan datang.

....Maybank & Maybank2u.
Tell me... Dlm Malaysia siapa yg tak tahu apa itu Maybank? N berapa ramai yg ada akaun Maybank? Secara sinis aku nak tanya... berapa ramai Staff bank lain, yg under Nube, yg kata 'Boikot Maybank...' But still adalah pelanggan Maybank? Ada akaun Maybank. And still terpaksa gunakan maybank utk mudahkan kerjanya? Berapa ramai? Dengan bongkak aku kata... 1/5 dari rakyat Malaysia akan ada direct link ngan maybank. and more than half akan akan indirect link ngan maybank.

Ok le, Senang tak pakai website? Maybank2u? Senang kan? Dgn kene charge sikit, hidup jadi mudah. Tak perlu nak beratur, cari parking, berpanas, berhujan etc... Berapa jam kita jimat tiap bulan sebab bayar bill online? Byk kan? Ok la katakan... dengan 5 jam yg kita jimat tadi, boleh tak masa tu kita gunakan utk 'buat anak?' Boleh kan? Nak mudah... kene la korban sikit. Hidup nak free je susahlah...

Nube - Mari jerit-jerit
Well aku sokong apa yg Nube buat. Utk kebajikan ahlinya. But dlm ape cerita sekalipun, aku harap tindakan Nube tu biarlah menunjukkan kepimpinan tu ada otak. Ini yg buat piket macam takde otak. Terjerit-jerit. Tiup wisel. Kononnya tak mudah kalah la ape lancau la. Yg sorang tu (perempuan) siap nyanyi lagu P Ramlee. Alah... lagu yg 'Hoii hoii yahoii...' Then liriknya tukar jadi 'Maybank Perompak'. Then terjerit2 Boikot Maybank.

Aku tgk... Memang dia org ni tak guna otak ke?? Terlalu emosional. Aku rasa sebahagian besar ni mesti bukan Maybankers. Tapi yg jadi masalah. Bila dah emosional. Pekerja maybank ni jadi tak kisah bila tmpt cari makannya sendiri dikutuk, dimaki di hamun tapi dia pun join sama. Macam... cerita PRamlee... "Aku pijak kepala bapak kau"... Tapi dier tak kisah... Is this what we want?

Pada aku... Kalau kerja kat Maybank, nak boikot Maybank... Berhenti je la.. Gi la bukak kedai beger ke, keje ngan Alam Flora ke, tak pun buat parttime teksi sapu pun ok. Kan? Buat apa kerja ngan perompak mcm maybank ni? Tapi... Still nak kerja gak ngan perompak. Lupa... cucu perompak... "Perompak pelanggan yg dirompak oleh perompak yg lebih besar kepalanya".

Lagi satu soalan kat dia org... Maybank Rompak Bonus Pekerja? Maybank Merompak Pelanggan.... Soalan aku.. Bila masa Maybank Rompak Bonus Pekerja? Dah rompak ke? Dh tak dpt ke bonus tu? Confirm? Cerita kat aku camne...

Macam ni la... Tak payah lah nak susah2. Nak terjerit terlolong lepas tu sign nama utk dpt makan semua... Kalau kita buat kerja dengan baik, kita memang deserve dpt bonus 2 bulan. Malah Maybank dan bank lain boleh bagi lebih dari itu. Tapi kena la kerja baik2.

Tapi kalau kita buat kerja dgn teruk. Asik2 nak berpiket je... Menipu MC utk gi piket. Susahkan customer dan org lain. Jgn salahkan org lain... Jgn salahkan bank. Siapa nak bayar pekerja yg takde otak? Nube tak bayar gaji pekerja. Remember that! Yes... They fight for staffs. But... Kalau kita buat salah dengan langgar company law dan masih langgar etika. Kita dibuang kerja. Nube nak support bayar yuran anak2 kita sepanjang tempoh utk 10thn akan dtg. Nak ke dia?


To Maybank Staff...
You're Really Stupid if you support the 'Boycott Maybank' campaign!
Maybe you're a father who laugh when your enemies rape your daughter... Do you want to be like this?



Wednesday, November 28, 2007

Baekkk Punya Tikam

Bila bekerja (peringatan juga bagi yg tgh belajar) terutamanya di kampeni yg besar dan berjaya. Berhati-hati dengan permainan politik di opis. Berhati-hati agar kita tak menjadi mangsa org-org yg bercita-cita tinggi yg tak pernah mengenal mangsanya.

- Ada org, yg bila bercakap... Kipas sana kipas sini... Ada yg pakai aircond lagi. Walhal kerja dan perangai 2x5 je org lain.

- Ada org, yg bila kerja... Org lain tak betul. Dia je yg betul. Bila ada problem dia kata org lain punya sebab. Walhal itu pun tanggungjawab dia.

- Ada org yg mewarisi ciri-ciri di atas. Ini paling celaka.


Di opis, paling bahaya bila kita jumpa org yg tak pernah memikirkan apa yg akan terjadi pada org lain bila dia lakukan sesuatu. Yg penting, sifat kiasu dan nafsu yg membuak utk mendapatkan pangkat, nama dan harta gaji yg diidamkan. Org macam ni.. Kita mesti jaga-jaga...
Tak semua dari kita dahagakan pangkat, nama dan kewangan. Walaupun kerja macam biasa. Lakukan tanggungjawab mereka. Org begini juga ada perasaan. Mereka dah lakukan apa yg mereka patut lakukan. Mereka patut dihormati atas jasa mereka.

Tak perlulah nak tikam belakang, cantas mencantas, mengutuk apatah lagi menjatuhkan org lain kerana kita tergilakan kuasa, nama dan harta. Ketiga-tiganya tak boleh dibawa kemana. Kan yg penting kejujuran, keikhlasan dan sikap kita yg baik?


Sebenarnya... kalau kita pandai berpolitik... Kita boleh perolehi kuasa, nama dan harta tanpa perlu menjatuh dan menyusahkan org lain. Cuma org bodoh dan bangang saja yg menggunakan taktik yg menyakitkan hati... To them... Go to hell...

Friday, August 10, 2007

50 Siri - Org susah macam nilah...

Dulu zaman sebelum perang jepun memang susah nak cari makanan. Cete-cete atok buat aku rasa org zaman sekarang ni cukup mudah. Mahal macam mana pun Milo ais kat kedai mamak tu, tetap lagi kita boleh minum air dan makan. Terdesak dan ekonomi down macam mana pun, still la kita boleh gi KFC dan makan ayam seketul dua. Mungkin bukan setiap hari, tapi sekurang-kurangnya 1-2 bulan sekali.

Zaman dulu, nasi dengan ikan kering pun dah ok. Zaman jepun, dapat ubi rebus pun dah sodap... Cukup susah... Bayangkan kalau anak merdeka yg mengada-ngada macam kita ni semua hidup masa zaman ditawan jepun. Boleh ke kita survive?

..............................

Tak ingat bila. Rasanya mlm tadi aku tgk berita or rancangan di TV9. Ada satu cerita ni. Ditunjukkan... Seorang perempuan yg ditinggalkan keluarganya. Org kampung tu ckp... Maknya dah tinggalkan dia dan pergi duduk dengan keluarganya di KL. So tinggal anaknya kat kampung. Mentang2lah anaknya ni agak kurang siuman. Walaupun kurang siuman... tetap jugaperempuan ni anak dia kan? Celaka punya mak macamnih...

Aku tgk... Rumahnya atapnya bocor. Lantainya berlubang. Dindingnya kopak2. Dah macam pondok tunggu durian. Rambut perempuan ni kusut masai. Pakai tak bertukar... Makanan, peralatan pun tak cukup. Harapkan bantuan kebajikan masyarakat RM80 sebulan dan bantuan org kampung. Jirannya kata... Kalau dah dia kelaparan... Apa saja dia makan. Walaupun rumput! Bayangkan, org dah jadi lembu! Aku rasa, org yg taknak bantu dier lagi lembu dan unta berbanding perempuan yg kurang siuman.

RM 80... bayangkan... apa yg kita dapat? Aku boleh abiskan RM50 sehari utk makan. Tapi dier RM80 utk belanja bulanan. Lebih kurang 2.60 sehari. Abis takkan makan je? Ingat org macam ni taknak beli lain? Kalau bukan utk dia, tapi utk org kampungnya tolong dia.

Sama juga cerita org miskin masa nak raya. Baju tak bertukar. Raya pun macam hari biasa. Berbuka nasi kosong. Anak2 kelaparan. Semualah tak betul... Tapi tak gak bantuan tiba. Jgn la salahkan dia org sebab anak ramai... Dah kita taknak bantu mereka. Dah mereka nak beli makanan pun susah. Kenapa nak fikir beli kondom yg mahal? Abis kalau kawin tak 'happy'... susahlah... Hah gelak.... Ni kisah betul...

Aku baca mastika bulan 8. Kisah pasal pusat zakat yg bengong.

Betul, pusat zakat kena siasat org yg minta bantuan. Sama jugak ngan jabatan kebajikan dan sebagainya. Sebabnya org ramai yg nak menipu. Kononnya tak berupaya lalu minta bantuan. So memende macam ni la perlukan siasatan. Ini bukan saja melambatkan proses malahan adakalanya, org yg bebetul perlukan bantuan tak dapat bantuan dengan segera...

Ok... Aku tak kisah la pasal siasatan. Kalau ianya adil. ok la kan? But... Yg bangang lagi bedul jabatan dan pusat macam ni.... Dia org gunakan duit bantuan tu utk memende yg pelik2....Yg membazir... Yg sepatutnya memende macam ni dah boleh bagi bantuan yg lebih baik pada org yg memerlukannya tu...

Contoh kebengongngan dia org ni...

Nak bagi sumbangan utk anak yatim, sumbangan pelajaran, bantuan itu ini begitu begini... Nak buat grand-grand. Kepala hotak dia org! Akal takde ke? Ada kisah dalam mastika nih. Puzat zakat buat event kat PWTC utk bagi bantuan yg nilainya cuma 1000++ utk seorang. Gile ke ape? Sewa PWTC, makan tu dah berapa ribu abis? Nak grand... Nak bagi hadiah kat VIP... Kalau event tu abis 30ribu? Dah berapa org yg boleh kita bantu. Dah berapa puluh peratus dari jumlah bantuan?

Yg aku marah... Dia org ni kononnya alim dan membantu. Tapi aku fikir kengkadang dia org letak otak kat lutut. Tak bagus utk org alim letak kepala otak kat lutut. Org-org yg patut dapat bantuan ni makin terbiar. Tak dapat yg sepatutnya. Tapi org yg jaga kebajikan tu gak la yg seronok. Makin gembira. Seronok buat event kat tempat yg menarik, seronok makan bess free... Jumpa tan sri sana sini. Dapat gelaran bagus2. Tapi... Yg habis... Duit zakat, duit derma dan duit kerajaan... Tu la... tak pelik ke... Tiap tahun zakat meningkat... Tapi... yg tak terbela pun semakin meningkat...

Gunalah otak... Tak payah nak buat majlis grand2 nih. Tak payah nak buat hias pusat zakat tu nampak macam klcc. Tak payah nak panggil VIP then bagi gift mahal2. Yg penting... Yg patut dapat bantuan dapat bantuan. Tu yg utama.... Mereka org susah... So bantulah... Kan yg susah ramai org islam org melayu... So tolonglah...

Sok... kalau dah semua org islam org melayu terbela... dan masih lagi byk bantuan dan zakat yg diterima... Sukati koranglah nak buat KLCC2 pun buatlah... Nak hias, nak decorate, nak celebrate, nak itu ini... Sukatilah... Tapi... kena ingat.. Duit zakat tu hak org lain.

Dan kita... org biasa ni... Kalau ada org susah... kita patut bantu... bantulah. Kalau kita yakin dia memang benar2 perlukan bantuan. Apa salahnya kita bantu? Bukan kita perlu belikan rumah. Even 10ringgit pun sgt bermakna bagi dia org. Right? Duit kita boleh cari... Tapi ucapan terima kasih dengan penuh kesyukuran dari org lain pada diri kita... Kita boleh dapat free ke??? DAri kita belanja kawan kita yg tak pernah nak ucap terima kasih tuh... baik kita bantu dia org... Kan???


... Org kurang bernasib baik macam ni... Lebih baik kita berikan joran. So dia org boleh tangkap ikan setiap hari utk makanan dia org. Kalau kita berikan ikan, hanya hari itu saja mereka boleh makan. Right? Maksud aku... berikan la ilmu, kerja, kemahiran etc...

Sunday, July 29, 2007

Public...

Semalam... Dalam LRT...
Aku tgh duduk. Cek2 kamera. Bile aku dongak ke depan. Aku nampak ada sorang perempuan mengandung. Aku rasa lebih kurang baru 4-5 bulan la. Sebab perut dia tak nampak besar sangat but tahu le dier ngandung coz dier pakai baju mengandung. Takkan org buncit pakai baju tu kot?

Laki dier macam protect dier coz macam halang dier dari jatuh semua. Aku memang tak perasan awal2 tu coz aku bz ngan kamera aku. Lagipun stesen yg last train tu berhenti dah dekat 4-5 minit yg lepas. So aku on d spot bangun n panggil. Maybe dier lagi muda dari aku, but aku tak kisah. "Kak duduk la..."... Perempuan tu ketawa dan tersenyum then dier tgk laki dier. Laki dier tunjuk la seat aku tuh. Laki dier ckp thanks kat aku. Aku cakap takpe...

Aku heran, macam mana yg ramai2 yg lain tu wat tak tahu je. Memang la org tu kecik lagi perutnya. Tapi, bagi la... Dia ngandung, bukan buncit... So aku harap sesaper yg tgk mende tu buat iktibar. Kecik ke beso ke perut org yg mengandung. Bagi dia org duduk. Sama gak org tua, org sakit, cacat semua. Kita bukan takde tenaga. Ada... Cuma kita tak fikir, apa akan kita rasa kalau kita semua jadi dia org...

So... dlm pada tu aku teringat...

Dalam 3-4 tahun lepas. LRT Star... Sesak, but aku dapat duduk. Lepas 1-2 minit dari stesen yg last berhenti aku nampak ada sorang perempuan ngandung. Ni rasanya 1-2 bulan dh nak beranak kot? Jauh skek dari tempat aku, bukan bebetul depan la. Yg lain buat2 tak tahu. Ye la sesak... Saper nak bangun... Yg buat2 tido macam dalam iklan pun ada. Tapi aku bangun dan panggil org tu. Aku paling... Tgk ada org lain dah duduk... Aku tak ingat lelaki ke perempuan. Aku dengan selamba toye... "Hei hei... Aku nak bagi kat perempuan mengandung. Bangun...". Org tu buat muka tak puashati. Dan aku panggil perempuan ngandung tu...

Perempuan tu macam agak terkejut gak la... But dier cam cakap tak kisah kalau dier berdiri... aku cakap kat dier... Takpe... dier deserve nak duduk... Org lain tgk aku, tgk perempuan tu n tgk org yg nak duduk kat tempat aku tadi. Aku ape kire... Untung aku tak kutuk org tu... So aku harap sesaper yg keras hati masa tu lepas ni fikir balik kalau nampak perkara yg sama... Ada org lain yg lebih deserve apa yg kita dapat. One day, maybe kita pulak deserve apa yg patut org lain bagi.... Kan?


.....

And dalam komuter ke Seremban.

Sampai stersen Midvalley. Ada 1 couple masuk. Memula ok... But aku terpandang la awek nih. Aku tak tahu sama ada kuku tangan, kaki dier ni dier pakai marker ke ape nak kasik kaler. Hitam... Dan buruk... Serius... Yekk... Bukan inai.. coz ini itam macam kena ink.

But aku bukan nak cete tu...

So sepanjang perjalanan tu couple ni dok bebetul sebelah aku kat tepi pintu. Sesak gak la... BUTTTT.... Dia org ni alahai.... Aku takleh nak kata ape... Macam celaka haram...

Nak tergesek2 la.. Nak teraba2 la... Nak cium2 pipi la... Org lain pandang semacam. Termasuk la ada satu group awek bertudung labuh yg tak jauh dari tu. Then cakap... "lalalalala... abggg... papaa... mamaaa..." Ptuiii....

Ok, aku tak kisah SANGAT LA kalau dier yg awek berkuku itam buruk ni cantik. Kot cam erra fazira ke, ina mawi ke... Tak kisah la... But ni... Ermmm... Badan besar, tak cantik (tapi takde le macam negro ghana sana), ntah paper... Eeee... tak lulus jadi menantu aku... Yg lelaki nya... Allah... 16 ratus kali hensem lagi la aku nih! Betul... muka nerd, pakai spek uduh, tak sasa, lawak bodoh, cakap cam haram... Eeee serba serbi tak kena... So macam... Ape yg dia org nak tunjukkan dalam komuter yg penuh sesak tu? Kot cam couple of the year aku tak kisah. Tak... takkan jadi. No way! Tapi nak tergatal2 dalam tu....

So org lain dah menyampah. Aku dah tunjuk dah aku tak puashati. Tapi dierorg buat dek je.... Aku paling tempat lain dia org makin lelabih lak... Nak tercium sana sini... Aku rasa laki tak hensem ni memang tak pernah ada perempuan yg nak teme dier la... Tu pasal la macam celaka je jadi macam tuh...

So... aku dah panas.... Bile aku dah panas.... Tahu je la...

"Weii... korang ni kalau nak beromen, buat kat rumah tak boleh ke??? Tak tahu malu ke? Duduk senyap borak2 tak boleh?" Aku buat muka tak puas hati... Balaknya ni macam buat muka tak puashati kat aku. Aku pun cakap... "Kau ape hal?"... Org keliling yg tgk (mostly tgk)... gelakkan dia org... Aku terus tgk lain. Mampus dia org la...

Sebenarnya... aku tak alim... But aku pun tahu malu. Aku tak kisah la korang nak mama papa jahat sekalipun. Wat la kat tempat yg proper. Balik semak ke, hotel ke, bilik ke ape ke... Lantak korang la... Org lain tak tanggung korang. Ni kat tmpt awam. Kat dlm komuter pun jadik ke? Org lain tak berani nak tegur.. So meh... biar aku yg selalu penakut ni tegur. Tgk tegak tak bulu roma tuh... Maybe, kot kate winslet ngan john travolta tu aku macam tak kisah sgt la... Berselera gak la... Ni tak... org melayu yg SANGAT tak cantik dan tak cun... buat camtuh... Mana tak hilang selera aku...

So kesimpulannya... Kalau anda nampak couple yg tak hensem, tak cun dan tak berselera nak tgk wat mende tak senonoh kat public... tegur je... Wat bodoh dan buat tak tau kalau nak tegur org camnih.. Lantak dia org la kalau nak malu... At least kita dah buat something...

***aku tak alim cam ustad, but aku tak tunjuk aku nih bodoh... And... dedua eko tu bangga yg dia org ni dok UKM n tgh nak siapkan esemen C++. huh... What the fuck... and aku tak suka kalau aku couple yg beromen dlm wayang. Nampak sgt takde duit nak sewa hotel smpi dlm wayang pun jadik. Bodoh... Aku nak tgk wayang la woiiii...

Tuesday, July 24, 2007

Perempuan, jangan provoke lelaki. - (NS2R)




***Entry ni aku dah tulis lebih sebulan yg lepas. But arinih baru aku nak post. Tu pun sebab teringat, aritu ada org yg hampir sama nak hentam kete aku lagi. Ciss...


Rasanya dulu aku pernah tulis pasal mende ni. But kali ni aku nak cete pasal last weekend.

Aku isi minyak di Petronas Precint 9, Putrajaya. Nak start takleh. Laaa bateri tercabut ke? Dah pasang bateri tu aku bergerak la nak amek gambar. Then gerak cam biasa. Tak laju. Normal je.

Then suddenly... Dari kiri aku perasan. Ada kelisa biru yg masuk dari simpang sebelah kiri terus nak kekanan jalan. Jalan kat Putrajaya tahu la kan. 3-4 lane punya. Besar gabak. Aku confirm dan sangat pasti. Dia langsung tak tengok kanan, tak tgk belakang, tak tengok cermin. Jenis confirm gile la ni jalan kat Putrajaya ni clear. Macam mana aku confirm, kalau dier tgk... Dier tak la cuba nak langgar aku. And... takde le entry ni...

Kalau bawak slow takpe... Laju gak la... Kalau aku tak elak... memang ada la yg menangis kena lempang seko-seko dengan aku lepas tu... Kena maki hamun tu memang sah la berbakul banyaknya...

Aku kibut mengelak. Macam biasa. Aku horn la. Salah ke aku? Atau sememangnya org yg nak go straight ni kene bagi jalan kat pemandu yg tak tengok kiri kanan? Aku marah gile la. Marah sebab dia org ni tak sayang nyawa. Dah macam iklan dlm tv1, 2 dan tv3. Yg satu family mati sebab dier tak pandang cermin belakang bile nak belok. Iklan dah ada. Ikut la contoh iklan. Ape rumah takde tv ke? Nanti bile dah keranda dibawa, barulah air mata bercucuran... (Macam majalah Alam Perwira pulak aku).

So aku maki la... "Woii fuck fuck fuck...". Memang masa tu dengan berdebar lain, marah lain, sakit hati lain ngan cuak ada gak... Cuba fikir balik, takkan aku nak maki dier sesukahati toknenek aku je. Mesti ada sebab kan? Sebabnya ialah cara dier drive boleh menyebabkan aku ngan dier eksiden... Ni lesen beli ke ape?

Ermm... Tapi malangnya...

Drivernya yg si perempuan tak bertudung muka tak cantik pipi tersorong2 nih nak tunjuk fuck kat aku. Kirenya dia tak puas hati, "Fuck you la". Tak puas ati sebab aku tunjuk fuck kat dier. Ehh aku cakap apehal betina nih? Aku tak kire la... lelaki ke perempuan ke saper ke... Kalau bawak macam tu... memang kena la... Hatta kereta keDutaan sekali pun pernah kena. Bangang... bawak 80kmj kat lane paling kanan highway. Ni ingat jalan kat Zimbabwe ke ape?

Adik aku kat belakang dah senyap. Kawan perempuan yg kat sebelah perempuan tak cun kete tu dah senyap. Taknak tgk aku. Aku memang pandang buat muka tak puas hati la. Kalau dier mintak maaf... Tunjuk rasa bersalah... Takdenya aku nak marah macam tu... TApi....Yg teman lelakinya yg tak takde lesen duduk jadi penumpang tu pulak nak marah aku gak. Lu ape hal mamat? Tak puas hati. Meh la. Ingat ada awek kat depan lu boleh tunjuk hebat? Mari aku ajar macam mana bawak kereta. Bawak kete pun tak... ada perasaan nak marah aku.


Aku memang tak puas hati. Ikut kan aku nak je aku sembur kat situ jugak bile aku tgk budak perempuan tu. Bukak pintu, gi kete tu yg jauh di sebelah kanan dan dan marah.

Dier ingat aku sesuka nak maki dier? Nak marah dier? Dier ingat ape yg dier buat tadi boleh tambah nyawa dier 3 tahun lagi? Dier ingat cara dier memandu tu boleh menyebabkan JPJ kasik lesen free 10 tahun? Dier ingat kalau dier bawak bebaik, aku akan tetap marah kat dier? And... Aku rasa... one day... kalau dier masih dengan perangai yg sama... Mahunya lepas dier langgar org sampai mati. Dier gi kat mayat tu... "Weii babi punya org..."... Padahal mangsa yg dier langgar tu tak salah pun... (tu susahnya kalau org takde otak)

Cuba imagine... Perempuan ni nak 'fuck you' ngan aku? Mehh la... kita tgk, saper fuck saper... Cuba la...

So abis cetenya... Baru start apa yg aku nk bagi pendapat...


Perempuan, jangan sesekali provoke lelaki tanpa fikir baik buruknya pada diri kita

Aku tak kata jgn marah, jgn tegur atau sebagainya. Kalau awak tu tahu yg diri awak betul. Tegur... marah atau sebagainya. Tapi kalau boleh guna cara yg lagi lembut, lagi baik... Fikir dulu siapa yg kita nak marah tu. Awak tahu pakwe awak gi kelab dangdut joget ngan gro... Tapi tanak tegur. Takleh la... Mende yg salah, kita kena betulkan.

Tapi kalau dah pakwe tu badan besar macam babi hutan, badan awak tu kurus macam lidi, then si laki ni asik kejenye nak melempang je. Marah pun tak guna. So gunakan cara lain utk tegur... Jgn provoke dier smpi awak tu yg kena. Kene tampar, kena terajang camne? Dah la dier mabuk, awak provoke lagi... Ada kena bunuh dan bom nanti...

Maksud aku macam cete kat atas. Jgn provoke. Dan org sebelah atau kengkawan kita. Jgn provoke utk panaskan hati kawan, tak kira perempuan atau lelaki. Macam apa yg lelaki tu buat. Fikir diri sendiri la. Sama ada pihak kita salah atau org lain salah..Even, kalau org lain salah dan dier tetap marah kita. Fikir gak, dlm situasi ni, boleh ke kita menang? 3 org negro nak mengacau awek kamu, dan kamu kata kat dia org, "You think your dick is so big huh? Fuck you la..."... Tu aku kata gile... Negro punya memang la besar... Sedepa maunya... Biar je dier nak kacau... Buat tak tahu... Kalau dah kita lagi hensem dari negro tu... Awek kita tak lari tak...

Kalau kita fikir org marah kita sebab kita yg buat salah. Then jgn provoke. Biar dier nak marah ke, maki ke atau ape ke... biar kan. Normal. Manusia memang macam tu. Kita salah... Angkat tangan, SORRY... Org yg marah pun jadi tenang. Sesilap dier minta maaf balik... Jgn keras hati sgt... Nilai bebetul, apa sebenarnya yg berlaku sebelum kita marah balik kat org yg marah tu.

Dalam cete aku tadi... Dier tak ckp sorry. Tak angkat tangan. Takde tanda langsung yg dier sedar apa yg dier buat tu boleh bahayakan orang lain. Tapi tetiba nak provoke aku. Dan marah balik...

Aku tak tahu sama ada dier fikir ke tak apa yg berlaku sebenarnya. Nasib baik dier jauh sikit masa kat trafic light. Kalau sebelah aku. Memang aku ketuk tingkap. "Apahal, kau nak mampus bawak macam tu?".

My tutor pernah cete... (dier keje kat jabatan kebajikan masyarakat). "Awak tu perempuan. Jgn provoke lelaki. Sama ada awak salah atau tak... kalau awak masa tu sengsorang. Buat je tak tahu. Jgn provoke. Jgn highbeam, maki atau apa saja."

Dier pernah ditahan di tengah jalan waktu tengah malam. Dier nampak, dlm kete yg tahan tu ada sorang lelaki. Tempat sunyi. Then lelaki tu duduk je dlm kete dier. Tutor ni pun duduk senyap je la. Tapi kat tangan tutor dh pegang dah kunci lock kete tu, sedia. And enjin kete tak mati lagi. Lelaki tu duduk, isap rokok dan perhatikan dier. Dier just senyap. Then lelama, abis rokok, lelaki tu blah. Bosan agaknya. Takde respond yg menarik perhatian.

So dier tak jadi mangsa rogol, mangsa pau, rompak, atau segalanya. Sebab dier tak buat apa... dier tak provoke atau nak maki. Dier kata, kengkadang org yg jahat ni bile tgk org tak melawan org tu rasa tak bess. So org tu akan cari org lain yg boleh buat dier seronok. Biasalah, org jahat memang la buat keje jahat yg buat dier seronok... So kita selamat kalau dier bosan kat kita.

Dier kata. Certain org, memang akan bertindak bile diprovoke. Ada kes pukul2 dlm umah. Ada suami yg bukan suka2 nak pukul, cederakan bini dier. Tapi dia org hilang pertimbangan bila di provoke bini.

Cam aku cakap tadi, tegurlah, marah, nasihat atau apa saja. Tapi guna cara yg baik. Bukan takleh nak marah ngan bahasa yg lembut. Tapi jgn provoke... "Ahhh, abg tu memang. balik lambat ada perempuan lain. Hahhh pukul la saya... ye abg tak sayang saya lagi...". Tapi terjerit2... Baling2 pinggan. Entah betul ke tak tuduhan tu. Nak bising2... Mana tak angin laki tu. Dah la penat balik keje, tak pergi disko langsung, lapar... balik2 kene macam tu. Mau naik tangan...

Tanya la bebaik. Alah... perempuan byk senjata... gunakan... Kekerasan bukan senjata perempuan yg paling baik. Air mata kan ada?

Kengkadang, kita tgk... muka org yg bunuh, yg pukul, yg rogol semua tu... Alamak... nerd gile mukanya... Macam tak caya. Ni muka yg kalau pijak semut, semut pun gelak2 lagi... Tapi... bersalah... Sebab kes rogol. Ehh betul ke?

Why... sebab diprovoke... Ada... Pernah tutor aku cete. Satu kes kat Melaka. Rogol dan bunuh. Niat budak lelaki tu nak kacau biasa2 je. Gurau. Ye la bukan nak buat jahat... Contoh macam awek lalu depan kita, kita tegur... "Hi cik adik, dah makan? Meh la singgah makan". Tu je...

But... si mangsa ni. Kutuk lelaki ni. Maki lelaki ni. Then jatuhkan maruah lelaki tu. So macam ada satu semangat timbul... Dier ikut perempuan ni. Dendam punya pasal sebab dimaki di kutuk depan kawan lain. So perempuan ni dirogol n dibunuh. Bile di tanya... Sebabnya dier ni terangsang dan tak boleh kawal perasaan sebab marah bila diprovoked perempuan tadi. Perasaan marah tu meluap2 sampai tak sedar apa yg dier buat sebenarnya. Niatnya saja je nak usik suka-suka...

Cuba perempuan tu buat tak tahu... Senyum... Jgn kata nak di rogol n bunuh... Aku rasa dia akan dihormati. Disukai... Trust me...

So next time... kalau jumpe situasi macam cete aku. Jgn provoke. Tu nasihat aku. Lelagi kalau drive memalam, jalan sengsorang atau apa saja. Wat tak tahu je. But kalau dah org tu nak belasah korang, nak rogol korang. lari la... bengong la kalau taknak lari. Mintak tolong... Tolong... tolong... Help help... Choy Meng ngaaa....

Org marah ni dah macam kayu yg berapi. Lagi kita curahkan minyak, makin besar apinya. Hinggakan boleh membakar diri kita. So curahkan air. Biar dier cepat sejuk. Kalau air pun tak jalan... Panggil bomba... Lari la dari tempat yg terbakar. Tunggu buat ape?

Buat perempuan tu.... "ada otak jgn letak kat lutut... Camne kalau aku memang bebetul jahat? Macam mana kalau aku ni Serial Killer? (Pembunuh Bijirin)"






NS2R


New 'bookmark' - NS2R or 'Not Safe To Read'.

Watchout... For some you may don't like my entry if i put this mark!!! Don't say that i didn't warn you... :p

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...