Tuesday, July 31, 2007

Hahh... dah ingat!!!

Sambungan sebelumnya...

Ok... dah ingat..

Ok, sama ada aku kau dah keje ke tengah belajar ke... Maybe korang ada cita-citakan? Apa cita-cita nya? Ermm masa aku kecik aku nak jual sayur la, nak jadi peneroka la, nak jadi arkitek la nak jadi pilot la... Tapi hampeh... Satu pun tak kena. Biasalah.... masa kekecik nih macam2 nak jadi. Pantang jumpe org lain yg nampak macam hebat... Mesti nak jadi. Tu yg ada kawan aku yg ditanya cikgu... "Cikgu... besar nanti saya nak jadik Ultraman"... Cikgu tadika aku bantai gelak... Bebudak...

But aku dari kecik tak berani nak bercita-cita jadi Doktor macam Jett. Takut... Ntah memang macam tu kot? Sebabnya aku rasa macam pening2 kepala bile tgk belah2 nih. Tapi bile perut dah terbelah. Nampak jantung dah terbelah, tengah dupdapdupdap... Aku tak kisah. Sebab badan tu dah dibelah. But, aktiviti pembelahan dan pembedahan tu yg buat aku ngeri tak ingat.

Aku tak boleh tgk org eksiden awal2. Tak kire le eksiden kete ke, sukan ke... Lelebih yg membabitkan mata. Tapi dah nampak mayat kepala tercabut, badan pecah sebab eksiden aku ok je... Pelik? Lagi pelik bile aku NGERI TAK INGAT bile tengok org pakai contact lens... Takut siot... Rasa macam ada org nak cucuk mata aku. Padahal takde kene mengena pun org yg nak pakai contact tu ngan aku. Hatta kawan sekalipun takde kene mengena.

Dan selalunya kalau aku tgk AXN yg tunjuk eksiden yg nampak reallife patah kaki semua tu. Sure meremang bulu kaki aku. Rasa macam kaki aku pulak yg patah. Terkejam mata tu dah pasti la... Hahahaha...

Tu aku. Cita-cita yg aku teringin but aku tahu tak boleh. Tgk org cucuk jarum kat tv pun aku kejam mata. Wahahahaha... Kesiankan aku... :p

Ok bukan tu aku nak cete. Tak... Ni cete sebenarnya (intro panjang berjela)

Aku nak tanya... Katakan la di beri peluang utk korang semua balik semula ke zaman bebudak. Dengan ingatan yg ada sekarang. (kirenya otak tua, tapi badan bebudak). Apa cita-cita atau keinginan utk bekerja yg akan kau teringin nak buat sekarang? Walaupun sekarang ni kerja korang dah menjanjikan hidup yg sempurna



Iyolahhh... Aku jawab...

Aku teringin nak jadi macam Dr Fadzilah Kamsah. Dr bedah takleh, Dr lain la. Bukan Dr la actually. But something yg macam tu.

Maybe sebab aku rasa kalau aku jadi camtuh, aku rasa apa yg aku nasihat, pengalaman aku, apa pendapat aku tu dapat membuat hidup org lain lagi bermakna. Nak jadi oprah ke ape ke... Tak kisah la kan. But nak jadi macam tu. Aku rasa kalau aku diberi peluang macam tu memang aku jadi. Nak tulis buku, buat talk n etc... Maybe sebab aku lebih suka tgk org lain happy... Walaupun hakikatnya kengkadang aku ni tak gak buat hidup org lain lebih bermakna.

Aku seronok kalau jadi macam tu sebab org akan hargai kita apa yg kita buat. Terima kasih atas nasihat etc etc blablabla. Ucapan 'terima kasih' tu lebih bermakna dari duit yg beribu-ribu. Tujuan aku bukan nak jadi kaya. Bukan nak pakai keta besar dan rumah besar. Tak... tujuan aku nak jadi macam tu sebab aku nak rasa puas. Puas bila something yg kita rasa seronok buat (kerja kita) tadi akan buat hidup org lain lebih bermakna. Pada aku, itu kepuasan sebenar...

Tgk Bill Gates... Dier kaya.... Sangat kaya. Apa saja yg dier tak boleh beli? SJER? NCER? Putrajaya ni pun semuanya dia boleh beli. Apetah lagi kapalterbang, syarikat etc. But... Apa yg dier perjuangkan selain dari bisnisnya? Dier buat org lain happy. Derma, buat yayasan etc... Sbb pada dia bile org lain happy, hidup dier lagi bermakna. Sama gak ngan Syed Razak... So sama la macam cita-cita aku tadi. Nak buat hidup org lain lebih bermakna. Maybe dalam saiz yg lebih kecil.

Aku tak mampu nak buat macam dlm tv. But cukup la buat masa ni dlm blog. Dengan 'keupayaan' yg aku ada... Blog lebih sesuai buat masa ni. Manalah tahu, kalau2 cita-cita aku nanti tercapai masa umur aku 50? Kan? So... To all of you... Kalau anda ada cita-cita yg baik utk semua. Jangan berhenti utk cuba capai cita-cita tadi. Biarpun org kata kita ni 'berangan', biarkan mereka. Kerana kita tahu... cita-cita kita bukan utk diri kita saja...

Hmmm... Aku dah lupe balik ape yg aku nak cakap seterusnya... Hahahahaha
*(Oneday nanti aku cete pasal aku berangan yg tak logik gile babi)

2 comments:

Anonymous said...

Cita-cita aku :
Masa sekolah rendah : pilot
Masa sekolah menegah : business man
Masa kolej : animator/graphic designer
Masa keje : nak naik pangkat

:-p

jetjetsemot said...

tiru skema jawapan amuro:

masa sekolah rendah: doktor
masa sekolah menengah: arkitek
masa kolej: takde cita-cita
masa dalam proses menjadi doktor: menteri kesihatan

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...