31 Ogos 1907
"Anak kamu ini terkena buatan orang. Wak perhatikan, ada orang yg ingin mendengki kamu sekeluarga. Wak akan tolong kamu biar tuju-tuju yg mereka hantar dapat wak patahkan. Anak ini akan berhenti menangis kalau kerja ini selesai nanti. Perut dia pun kempis kalau wak dapat buang tuju-tuju ni."
31 Ogos 1957
"Buat masa ini, saya bagi awak air ini. Bagi anak ni minum selepas setiap solat fardhu. Bila syaitan2 dalam badannya dah keluar. Barulah hidupnya selesa..."
31 Ogos 2007
"Ouhhh ini ibunya ada melangkah benda halus ni masa dia mengandung. Patutlah budak ni asyik menangis je. Kamu kena buang benda halus ni dulu. Kamu nak buat sendiri atau nak pakcik buatkan? Tak susah. Kamu ambik kemenyan ni. Sapukan pada perut budak ni sambil baca mentera ni."
2 September 2007
"Doktor, Wak Jemain kata anak saya kena benda halus. Saya dah buat upacara, sapu kemenyan kat perut anak saya. Tapi dia masih lagi menangis..."
.....
"En Mat, budak ni bukan kena benda halus. Bukan benda kasar ke ape. Takde kene mengena dengan semua tahyul tu. Budak ni kena sembelit... Memang la dia asyik menangis... Cuba Cik Mat tak berak 2 hari. Apa jadi?"
"Ouhh ye ke?... Sakit tu tak berak 2 hari..."
"Dah tu. Yg ikut cakap bomoh tu kenapa? Dh 50 tahun kita merdeka. Iskk la... Ada lagi org bodoh macam Cik Mat yg percaya bende tahyul ni ek..."
Berdoa tetap berdoa. Tapi sakit kena la usaha cari ubat. Tapi jangan la gunakan cara yg salah...
Friday, July 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tapikan..kadang2 ada benda yg bomoh leh ubatkan, doktor tak dapat..camane tuh incik bzz?oh, time kasih tips belaja gitar anda..amat menghargai..
Mestilah kita dpt bezakan antara sakit. Kalau sakit perut, demam pun gi bomoh, susah lah. But kalau sakit yg memang takde dr boleh buat... Then cari cara alternative.
But... Cari yg tak menurun, sembah pelik, mintak tolong tok nenek semua. Ada kan camtuh?
Post a Comment