Friday, July 20, 2007

50 Siri - No 10 - Temuramah bersama Encik Vampire 2

Rambutan : Ok En Vampire. Dah abis. Kita sambung balik.

En Vampire : Aku ingatkan Astro takde iklan. Ada gak?

Rambutan : Astro bukan tak ada duit. Charge tu lain. Iklan lain. Org kata gigit telinga kanan. Telingi kiri sakit jugak.

Berita Hairan : Ape gila kau nih?

Kosmok : Ok, kenapa En. Vampire datang ke sini tak terbang je? Kenapa mesti ikut Al Bukerk?

En Vampire : Memang la aku boleh terbang. Tapi kau ikut la logik sikit. Jauh mana je kelawar boleh terbang. Penat tu. Zaman dulu kat Transalvania takde Airasia. So takleh la dapat tambang murah. Tu yg aku tumbang Albukerk je. Jimat sikit. Kerja aku kalau jumpe lanun aku kene ngap semua lanun-lanun tu. Bagus gak aku cakap. Kerja buat, makan pun dapat.

Uhtusan Msia : Boleh tak cerita sikit macam mana dia org kat sana tu terfikir nak datang menjajah kat sini.

En Vampire : Entahlah. Aku pun tak paham sebenarnya. Korang carik kat internet tak boleh ke? Ermmm... Camni la... Setahu aku ada sekali tu cheff kapal albukerk ngamuk-ngamuk katanya rempah abis. Rempah abis. Ntah ape jenis rempah aku tak tahu le.

Mjlh Pengantun : Rempah pun tak tahu ke?

En Vampire : Mana aku tahu. Aku makan mana ada letak rempah. Ngapppp je la.

Metrik : Dah abis rempah tu Bukerk buat ape?

En Vampire : Memula Bukerk tu buat bodo je. Tapi lelama dier rasa tukang masa ni annoying la pulak. So dier arahkan singgah kat pantai paling dekat kat situ. Memula kita org target nak gi Australia je. Then bile singgah... Waaa... ramai sungguh awek-awek melaka yg cun-cun. So gi la pusing keliling kat pasar situ. Alah sama macam dalam cete Hang Tuah yg MNasir berlakun tu. Lebih kurang la tu.

Berita Hairan : Abis dapat ke rempahnya?

En Vampire : Dapat... banyak. Yelah masa tu kan Melaka bukan je ada orang sini. Masa tu dah glamer dah. Ada org India ada orang arab orang cina. Dia org semua berdagang. Tapi masalahnya chef ni cakap ada yg tak cukup... Dier nak cari rosmery la, bayleaf la ape la... Mana nak carik kat melaka. Belacan dengan cencaluk ada la... So kita org pun lepak la dulu kat situ sementara tunggu chef carik kat gunung ledang. Lepak punya lepak. Baru Bukerk teringat. Ini la tempat yg member dier Lopes d Squirel cakap. Tempat ni banyak harta ooo...

Rambutan : Lama ke korang lepak kat Melaka?

Uhtusan Msia : Abis dah tahu tu Bukerk buat ape?

En Vampire : Satu-satu la tanya. Korang ingat aku ni Superman ke? Ermmm... Lama jugak la lepak tunggu chef tu. Sempat la aku honeymoon ngan Jolly. So dalam masa tu la Bukerk survey-survey Melaka semua. Dia cari sejarah Melaka. Dier berkenalan ngan org lain. Belajar cakap Melayu. Bahasa melayu senang... Bukerk cakap, time Lopes dulu Lopes tak sempat nak buat camnih. Lopes asik jual kuih je. Nak spy la katakan. So secara automatiknya, Bukerk kata... Alang-alang menyeluk budu. Baik sampai masuk pinggan.

Rambutan : Macam cete tipu je...

En Vampire : Kau percaya ke tak? Tak percaya aku gigit kau nanti....

Rambutan : Ok ok... percaya-percaya...

En Vampire : Bagus... Memula aku tak setuju la. Tapi lelama aku duduk sini. Aku terasa macam ada kebodohan kat orang-orang sini. Menyampah pun ada. So aku rasa apa salahnya kalau Bukerk tawan. Biar dia org sedar sikit. Kalau tak... Tu le kau tengok. Pemalas... Ada otak tapi tanak fikir. Mendengki, sakit hati no 1. Yg rajanya pulak minta mende pelik-pelik. Nak kawin Puteri Gunung Ledang la. Nak kawin Hang Li Po la... Ape orang tempat sendri takde ke awek cun? Yg rakyat biasa ni. Asik-asik gaduh, gangster, kutip duit semua. Dier org ingat dia org taiko ke?

Metrik : Abis ape cete yg Melaka kena serang tu?

En Vampire : Ohhh... Bukerk masa tu pakat ngan sorang mamat ni. Aku tak ingat la nama mamat tu. Tapi dier orang yg dok sini la. Bukerk kata... Kalau dier sanggup tolong Purtugis. Dier nak kasik mamat ni Iphone ngan xbox 360. So mamat ni pun jadi pengkhianat bangsa la. Tu yg Melaka senang di jajah. Lelagi pemimpin masa tu pun bengap sket.

Rambutan : Huh? Iphone?

En Vampire : Kenapa, tak percaya? Betul... Sebelum tu ada perdana menteri ni. Pandai gile. Sebab dier ni le Melaka ni naik. Nak harap sultan. Huh... makan tido kejam celik je la... Tapi sebab perbuatan khianat. Menteri di hukum bunuh. Bile dah yg pandai mati. Tinggal la yg bodoh2 je. Bile org bodoh yg perintah. Senang la Portugis serang. Sebab tu korang kena ingat. PM yg bodoh, Menteri yg half past 6 ngan ahli politik yg banyak cakap je ni tak boleh pakai. Tolak ketepi. Kita amek yg pandai dan berguna. Kalau tak nanti Malaysia ni jadi macam melaka dulu la...

Cosmopoint : Abis Melaka dah kena serang. Apa iktibarnya?

En Vampire : Ouhh tahu gak kau cakap. Ingat bisu je tadi... Bile dah di tawan. Bukerk buat kubu. Tu yg ada A Famosa. A Famosa dulu takde air terjun ke, taman permainan ke. Takde gak rumah mawi ni. Ni memang bebetul kubu yg kuat nih. Bile A Famosa ada. Sultan yg terbuang tadi susah nak menyerang. So semakin lama la Portugis menapak kat sini. Aku rasa, Melaka kena tawan dalam Ogos 1511. Portugis duduk sini dekat 130 tahun. Tu pun bukan sbb dier balik negeri. Tak.. Sebab kena serang ngan Belanda. Lepas Belanda datang Inggeris. Lepas tu Jepun. Abis semua tu... Baru le tahun 1957 korang merdeka.

Sebenarnya... Korang merdeka ni belum lagi sampai 15% pun dari tempoh korang di jajah. Sedarlah. Korang kena bersatu la... 50 tahun pun dah terkial-kial. Takkan nak kena jajah lagi kot? Tu... nasihat la menteri korang tu. Jgn biar org lain pijak negara ni. Aku pun sayang kan jugak tanah ni. Dah dekat 500 tahun aku duduk sini. Jgn la jadi bodoh sangat. Jangan berlagak. Bile orang tegur... dengarlah dulu. Kita tadbir negara bukan utk kesenangan kita saja. Tapi untuk kesenangan generasi akan datang juga. Kalau Singapore jajah kita. Tak ke jatuh kemaluan korang?

***Sambung di episod akan datang

2 comments:

jetjetsemot said...

oh..pembicaraan kamu memang tepat..menyedarkn org..

bzz said...

tapi ada gak yg tak sedar2...

Post a Comment

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...