**Dalam aku bosan2 nak menaip, dapat gak aku idea mende nih... :p
Keekkk koottt keeekkk kot.... kot kettt
Watak-watak robot dalam cerita transformer yg akan dikeluarkan pada tahun 2020..
Cambot - Robot yg boleh bertukar menjadi kamera. Kamera penuh misteri yg boleh mengambil gambar zoom 1000X. Cambot boleh bergerak sendiri bile diarahkan oleh pemiliknya. Berupaya mengambil gambar dikawasan yg gelap, terlalu terang, dalam air, kedap udara dan juga diudara. Senjata berbahaya utama ialah... berupaya mengambil gambar xray manusia mengikut sesukahatinya (gambar bodel). Jadi manusia yg tahu akan diserangkan Cambot akan menutup bahagian sulitnya. Lalu jatuhlah senapang, rocket launcer dan juga senjata lain akibat takut disiarkan gambar bogel mereka di internet.
Transformer - Transformer bukanlah mengambil nama dari ceritanya. Tapi adalah namanya sendiri. Dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad. Transformer adalah robot yg mengendalikan dialiran elektrik dari empangan Bakun. Selain itu, Transformer juga dijual dalam pakej-pakej kecil supaya komputer anda dapat beroperasi tanpa gangguan. Senjata utama utama Transformer ialah meter elektriknya. Transformer akan mengeluarkan bil elektrik dan surat amaran kepada pengguna yg tidak membayar bil elektrik. Namun kelemahan utama Transformer ialah dia tidak boleh meminum air sirap terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan Transformer sakit perut dan meletup.
Indomed - Robot yg boleh bertukar ke perkakasan rumah dan menjadi suri rumah. Ia akan menjadi robot pilihan surirumah pada tahun 2020. Boleh bertukar kepada mode auto atau manual. Indomed juga akan mengira tahap kebersihan dan kekemasan secara automatik. Jika rumah perlu disapu, maka Indomed akan bertukar kepada vacum cleaner yg bergerak sendiri. Kehadiran Indomed juga akan menyebabkan peningkatan kelahiran bayi baru pada tahun 2022 akibat daripada surirumah dan lakinya yg tiada kerja di rumah. Namun, ada juga 'bapak-bapak' dirumah yg mengambil 'kesempatan' terhadap Indomed bila saja bininya tidak ada dirumah untuk tempoh yg panjang. Ini kerana indomed hanya mampu berinteraksi dalam bahasa 0100010100111011101...
Diltron - Robot pilihan golongan lesbian dan tomboy. Boleh bertukar menjadi saiz manusia ataupun menjadi dildo bila diperlukan. Diltron juga mampu bertukar jenis bahan, sama ada kaca, besi, getah ataupun gel. Namun beberapa negara mengharamkan pengimportan Diltron akibat kesan jangka masa panjang pada golongan tomboy. Diltron tidak boleh dibeli di pasaraya bebas cukai mahupun kedai ubat ahkong. Selepas menggunakan Diltron, pemilik dinasihatkan supaya membasuh dibawah cahaya ultra ungu untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Playbee - Kalau Diltron adalah robot kesayangan golongan lesbian dan tomboy. Playbee pula idaman golongan lelaki. Playbee mampu memuat turun cerita, gambar atau bahan dari laman web lucah yg disenaraikan. Pengguna hanya perlu subscribe pilihan mereka sebagaimana pengguna subscribe astro. Playbee boleh berubah menjadi pelbagai bentuk. Sama ada bentuk wanita asli atau pun bentuk bapuk jalan haji taib. Playbee juga mampu 'berinteraksi' dengan tuannya apabila diperlukan. Cara untuk activatekan Playbee ialah dengan menjerit sekuat mungkin "Oooohhhh myyyy goooddddd" di telinga Playbee. Kelemahan Playbee ialah ia tidak boleh digunakan dalam tempoh yg panjang kerana sumber kkuasanya hanyalah bateri AA.
Chikensorus - Chikensorus adalah robot yg mampu memasak segala macam resepi yg berasaskan ayam. Chikensorus juga mampu keep track segala macam barangan dapur sama ada ia mencukupi atau tidak bagi minggu tersebut. Jika tidak cukup, Chikensorus akan pergi ke Pasar Malam Desa Petaling utk membeli sayur dan ayam. Bekalan makanan akan dicompresskan dan akan dikeluarkan dari saluran belakang apabila diperlukan. Kelebihan Chikensorus ialah Chikensorus boleh bertukar menjadi ayam laga apabila tidak diperlukan di dapur. Kemenangan adalah 100%. Kelemahan Chikensorus pula ialah Chikensorus tidak mampu mengeluarkan telur ayam kampung.
Rapidscream - Robot yg boleh bertukar menjadi LRT dan monorail pada bila-bila masa. Jadi tuan punya robot boleh mengutip tambang dari penumpang lain. Rapidscream juga mempunyai bentuk badan yg mampu menampung iklan syarikat telekomunikasi yg besar. Syarikat pengeluar minuman tongkat juga mampu menempekkan iklannya di badan Rapidscream. Namun kelemahan Rapidscream ialah bila saja berlakunya banjir di KL, Rapidscream akan berhenti berfungsi. Walaupun dimana juga dia berada.
Maybot - Robot yg dihasilkan oleh Maybank. Ia berfungsi 100 dalam satu. Satu-satunya machine yg membolehkan pelanggan mengeluarkan duit syiling di bahagian depan dan duit kertas di bahagian belakang. Maybank juga menetapkan agar Maybot membelasah pelanggan yg ingin mengeluarkan duit tapi tidak mahu membayar hutang yg tertunggak. Bila waktu malam, Maybot akan menjalankan kerja amal seperti membantu orang buta melintas jalan ataupun menjaga keselamatan kedai-kedai disekelilingnya. Maybot adalah machine ATM pertama yg tidak mampu dirompak kerana Maybot mampu menyorok disebalik lorong apabila terdapat lori parking di depan bank..
Jazzy - Robot yg boleh bertukar menjadi Honda Jazz di samping mampu mendendangkan lagu Sheila Majid. Jazzy ini adalah hasil gabungan kumpulan kareografi Sekolah Tamil Bukit Timah, Singapura dan juga syarikat Boon Siew Honda. Pemilik perlu menggantikan minyak masak di dalam badan Jazzy setiap 1000 baru nautika atau menghadapi kemungkinan perlu mengoverhaulkan Jazzy. Setakat ini, sudah ada 20349 tempahan diterima dari bakal pemilik Jazzy di Malaysia. Ini adalah hasil dari persembahan lagu jazz Jazzy di majlis perkahwinan anak perempuan Curry Puff Daddy Girl di dewan perdana felda.
Maha-prime - Robot terbaik yg pernah keluaran Malaysia. Mampu memimpin Malaysia dalam tempoh yg sangat lama. Maha-prime juga anti robot-robot yg tak ada otak dan half pastsix. Selain itu kata-kata Maha-prime sangat pedas hinggakan pemimpin Sleepyticon tidak senang duduk. Maha-prime juga tidak pernah takut untuk menyuarakan pandangannya tentang lawannya walaupun berhadapan dengan Kwantron ataupun Bushytron. Autobot dibawahnya takut apabila Maha-prime mengeluarkan buku 555nya untuk mencatatkan apa yg askar autobotnya buat salah. Kekuatan minda Maha-prime dikatakan bersamaa trillion core lebih laju berbanding gandingan kekuatan minda geng Sleppyticon yg hanya menggunakan Intel Pentium 286DX. Kelemahan yg diakui oleh Maha-prime ialah Maha-prime terlalu baik dan sering mempercayai orang yg salah. Peringatan... Maha-prime tidak dimiliki dan di kawal oleh mana-mana individu sama ada anak menantu, presiden US, PM singapura ataupun taukeh kilang budu. Maha-prime sama sekali tidak boleh dibeli dalam apa juga nilai... Persaraan Maha-Prime dari geng autobot amat dirasai oleh golongan bawahan akibat kenaikkan harga barangan yg dilakukan oleh geng Sleepyticon.
Sekian...
*Bzz-prime dlm pembikinan
0 comments:
Post a Comment