Tuesday, June 29, 2010

Sabar...


Hishhh... Angin betul la aku ngan orang tua sorang nih...

Aku cakap dengar la. Yg kau potong cakap aku kenapa? Dah la tuh, kau tak paham cakap aku, then kau cakap mende yg langsung takde kene mengena ngan apa yg aku cakap... Last2 semua tak paham? Tapi nak cepat?

Cuba la, org cakap tu kau pahamkan dulu. Org nak terangkan, yg kau gi potong watpe?

Sib baik la aku boleh sabar ngan kau (nyaris hilang sabar tadi). Kalau kau lagi muda, dah lama aku hilang sabar...

Iskk...

Tak paham, pahamkan dulu. Jgn dok pangkah semua org. Aku kau nak pangkah cakap, boss kau kau nak pangkah cakap. Last2... ngan kita org pun tak paham...

Bak kata mawar... "Ko sabar je la apis..."

Ye la... aku tgh sabar la nih... tapi kalau ari2 camnih, boleh hilang sabar aku!

Tuesday, June 22, 2010

Al-Fatihah..

Al-Fatihah utk adik Nurul Alisa Amira

Mawar... Banyakkan bersabar... Redha atas permergian Alisa. Allah lebih sayangkan dia... Kalau kau perlukan something dari kengkawan kau kat opis... Jgn segan... Kita kan macam family... Be strong...

Tuesday, June 15, 2010

In Toooooooo Deep...

Dah tengok Lagenda Budak Setan?

Ok... dlm cerita tuh, watak laki Ayu (Que Haidar) memang macam celaka. Dlm satu hal... baguslah... Dia sayang orang. But... dalam perkara yg lain. Perasaan sayang tu cam terlampau2... Yg cam lahanat nak mampus!

Aku selalu kata... Selalu tengok... Org yg jeles nak mampus kat pasangan dia ni. Sebaik mana pun dier. Sesayang macam mana pun dier... Kalau perasaan jeles tu macam lahanat... Mesti pasangan dier pun diperlakukan macam anak kambing. Tak kisahlah dia tu lelaki atau perempuan. Tengok le...

Mungkin LBS tu cuma cerita. Hakikatnya, mende ni memang berlaku dlm kisah benar. Yg ada disekeliling kita. Kengkadang, org yg kite tengok depan mata hari2 yg asyik cerita pasal pasangannya pun boleh jadi org yg macam ni. Aku pernah tengok, pernah tahu dan pernah cuba nasihat. Cuma, cerita aku tu taklah sampai tahap cam watak Que Haidar dalam LBS tuh.

Cuba tgk... Org yg bebetul sayang gile babi tahap gaban ni kan... Kengkadang senyap je. Bile menyatakan sayang tuh... Huiishhh... gile ahh... Sayang, rindu, etc etc... Tapi bile dier jeles... Hilang semua sayang. And ada tuh... Bile dah settle (fuck off la settle), dia kata... Dia buat macam tu sebab dier sayang sangat kat pasangan dier. Bullshit!

Maybe, sesikit tu aku boleh terima la kalau pasangan dier tu tak setia ke ape then dier jeles. Tapi kalau perangai kau macam babi, sendiri tak setia then kau marah n jeles sebab pasangan kau tak setia... Then nak pukul n marah (ni biasanya lelaki la nih)... then aku kata... Kepala bapak kau!

Hmm....

Macam aku kata tadi... Dah bermacam cerita aku tahu. So... aku nak cerita lebih pada Lelaki yg Jeles tahap gile baban nih...

Aku jeles... Tak dinafikan... But, aku tahu mana buruk mana baik. Kalau aku kata aku sayang, tapi aku pukul, aku maki... Itu maksudnya aku tak sayang. Mulut je kata, perbuatan tak bermaksud pun sayang. Even kalau awek or bini aku buat silap... Itu tak bermaksud aku boleh jadikan dier punching bag aku. And perbuatan macam tu, bukan bermaksud aku lelaki yg kuat... Aku lebih kepada lelaki yg penakut! That's why aku forbid bagi diri aku dari wat or jadi camtuh. Tak kisah la camne pasangan aku buat kat aku... Aku takkan pukul or maki2... Tak caya... tanya la dia org... Setinggi mana aku naik suara... Tak kire ape yg dia org buat... Tanya lah...


Kengkadang aku hairan. Sesetengah lelaki yg camnih... Ramai yg pakai songkok. Yg taraf haji. Yg jauh gile babi lebih alim dari aku. But... tahap nak mengenakan bini... Mak aihh... Jauh lagi dajal dari org yg minum arak sebotol sehari. Betul, mungkin bini kau buat silap sikit. Pernah, bini kuar rumah tak kasik tahu, dia pukul. Gile ke ape? Mungkin salah isteri, but... memukul? Kepala atok kau! Kau pakai kopiah, kengkonon ikut sunah, tapi perangai dan kesabaran kau... tak smpi 1 persejuta pun dari nabi... Buang je la songkok kau. Gi layan bapuk lagi baik... At least, kau geram pun, bapuk tu kene belasah kau, dia boleh melawan!

Ok... one more thing... Ni nasihat aku pada perempuan...

Bila lelaki kata sayang. Jgn la beli 100%... "I love you baby"... Dia dah tergolek dog... Sayang gile. Ikut je buta2 cakap lelaki tuh. Kena maki. senyap... Kena pukul, bila di cakap sikit I love you... Dia lupe... Ape kejadah?

Pada aku... Ramai lelaki yg cam haram ngan perangai mereka yg kononnya TERLALU SAYANG pada pasangannya... but... kalau perempuan tadi masih benarkan utk dipukul or dimaki selalu. Then silap saper? Yer, mungkin sbb taknak jadi isteri derhaka? Adakah sebab kita tak mahu jadi isteri derhaka maka kita ni sanggup jadi punching bag? Sepak terajang? Bukan aku suruh belajar menderhaka. Tapi sekurang2 nya. Pertahankan diri. Apa akan jadi pada diri kau? Apa akan jadi pada anak kau? Cuba fikir balik...

And... kengkadang dah berbuih aku kata... Ramai perempuan fall in love ngan words. Ye... betul, kata2 lelaki tu melegakan. Tapi... tengoklah juga. Aku boleh tunjuk org2 yg aku kenal. Siapa yg pernah jadi mangsa lelaki yg bermulut manis. Yg kene pukul, kene maki, kene tipu, kene blablabla... Tapi masih juga yg tak belajar... Perkataan manis tetap pahit tanpa perbuatan yg betul.

Love... is more than words... Dont judge a man by his words...


Aku tak tahu apa yg aku nak sampaikan tu berbelit ke tak... But aku nak kata... Kalau pasangan kau macam cibai... blah awal2... Kalau perlu report polis. Kenapa nak kesian? Kenapa nak terkenang kisah lalu? Kenapa nak terhutang budi? Dah dia cibai.... blah je.. Perempuan, jgn jadi mangsa lelaki kepala hotak berangin nih. Tak kisah la dier berkopiah atau bermulut emas. Buat apa yg patut. Kau akan menyusahkan org lain kalau kau masih lagi nak menghabiskan masa dengan org yg camnih. Tak kiralah siapa title dier pada mata org lain. Tahi tetap tahi walaupun dia bunga tahi ayam di mata org lain...




Ps - ok... dah abis cete... aku nk deman... chow...

Thursday, June 10, 2010

Aku Budak Setan...


Nak kata ape... cakaplah... Tapi ini bukan review... Just komen... Komen ikut sukahati aku...

1. Ceritanya bess.... Macam buku la (walaupun aku baca cuma 1 buku je)... Tapi aku tengok farid kamil ngan rambut kengkonon gile babi punya gangster tahap cipan kat kolej... aku rasa nak bakar je rambut dier... poyo!
2. Kasyah ada camera canon. Aku rasa paling best pun 500D or 450D la. Tgk body je dah tahu. And lens dier... biasa je... Kit lens kot? Tapi! Ini yg magic nih... Gambar dia... macam pakai 50mm F1.8. Bokeh ngalahkan lens ribu. And yg lagi bess.... Kit lens boleh amek gambar yg jaraknya kurang 10cm dari subject... Wahahaha... gile tipu ko amek gambar kasyah...
3. Awak saya awak saya awak saya... Aku tak kisah kalau nk bercinta n berawak saya... Tapi... aku tgk si farid kamil ni bersaya awak... aku rasa macam nak lempang je...
4. Kampung melayu dlm hutan... Yg kena naik bot lama siap masuk dlm gua dlm air... Tapi... Ada org jual labu sayong kat gerai yg guna batang kayu... Gile ahh... Aku rasa dia org buat perlancongan homestay kot kat kampung tuh... Tgk gaya, kat situ tak lebih 100 org duduk...
5. Aku harap cete tu boleh explain, camne si ayu mati. ada komplikasi ke ape ke... nak branak... mati... tu je?
6. Lelaki yg jeles gile kat org lain tahap macam sial... Tapi asik kata 'i love you i love you' to bahaya... Belasah dier, before dier belasah kau...
7. Apsal Ayu the 2nd tu tangan dier pun gelap sikit? Bukan dier kata buat pembedahan muka ke?
8. Jgn tengok wayang duduk dekat dengan matat-mamat yg kengkonon macho tapi dlm wayang asik nak bercerita je. Aku tgh tgk, tak payah la nak review on the spot. Kalau tak... Memang aku jerit je "Woiiii korang ni tak boleh senyap ke?" macam mlm tadi. Abis satu panggung dengar suara aku...
9. Mak ayu bole sakit masa dia belum kawin. Tapi masa kepala ayu terhentak and hilang ingatan. Yg lebih kritikal. Apsal dia tak sakit lagi? Apsal dia tak kene sakit jantung? Ubat ape dier guna?
10. Adakah rumah mak ayu dekat bukit yg tinggi ke? Dia kata, ayu pergi bukit belakang. Tapi pemandangan dari atas bukit... Mak aiiihhh... tingginya bukit nih... Hebat dia panjat bukit!

Ntah... aku tak tahu nak ckp ape lagi... sbb byk scene farid kamil aku cuba nak tido...


(memane yg tgh honeymoon, boleh la gi tengok!)

Wednesday, June 09, 2010

TB


Terdengar perbualan orang lain... "Bukan aku yg takut dengan dia, tapi dia yg tak takut dengan aku".... Org ni refer kat bini dier...

So... aku nak tanya... org yg telah berbini dan akan berbini... Agak2... korang ni tergolong atau akan tergolong dalam orang yg takut bini tak?

Pemerhatian aku, ada dua cara yg biasa seorang isteri gunakan utk 'menakut-nakutkan' suaminya... Satu... dengan cara menjadi garang. Which is kalau dapat laki yg 'lembek'... memang confirm la takut bini. "Abang, baik abang buat nih!"... Sambil cekak pinggang. And yg lagi satu, dengan merajuk-rajuk. Tak kiralah merajuk2 biasa or menangis atau sebagainya...

Aku pernah jumpe seorang perempuan yg mengherdik laki/pakwe dier depan orang ramai. Meninggikan suara dan memarahi. Is it good? You decide. But... pada aku, kalau kau seorang isteri (muslim), tindakkan kau marah suami kau tu tak patut dan jangan di buat. Apatah lagi kalau itu bukan salah suami kau. And, ada harapan kau dapat medal lepas kau mati nanti!

Betul, kalau suami malas, taknak tolong, taknak kerjasama then kau patut buat sesuatu. But, tak payah lah naik suara atau memarah or memaki semua. Kalau perempuan buat itu pada suaminya dan dapat pahala... Then aku kata, go aheadlah.. But masalahnya, dapat dosa!

And pada suami, takde salah pun kalau nak tolong bini tu kat dapur or kemas rumah or anything. Ringan2 tulang sikit. Ada org... Bila bercinta... Huishhh.... berlove you love you... Mulu tak berenti kata sayang. Romeo ngan Juliet pun kalah... Mulut manis mengalahkan ape. Tapi, bila dah kahwin... Bini terkontang kanting. Agree yg tugas dirumah tu sesuai utk seorang isteri yg jalankan. But tak semestinya suami tak boleh buat. Tolong, ringankan tulang dan buat apa yg penting. Tak payah disuruh. Bila tak disuruh or di marah.. Org pun tak kata kita ni takut bini. And org mungkin kata... kita ni suami yg mithali. Just... bila suami tu dah ringan2 tulang tuh, bini jgn la banyak songeh... Nanti lagi malas dia nak tolong!


Ermm....

Yg 2nd tuh... Jenis2 yg merajuk... Taknak bercakap... Takde malam jumaat selama sebulan etc... Disebabkan kemerajukkan tadi... Laki jadi takut dan buat apa yg dia nak. Taknak belikan beg, belikan rantai, beli sofa baru etc... Dia merajuk... Dah lakinya kerja macam nak mampus sebab nak penuhi kehendak bini. Kalo tak... tak dapek!

Pernah tak kita dengar cete, bila suami kene tangkap dek polis... sebab terima rasuah sebab buat salah utk penuhi kehendak isteri yg tinggi seleranya.... Aku pernah baca... Bila laki terima rasuah sebab nak penuhi kehendak bini. Dia kerja biasa, tapi bini nak semua. Taknak, dia merajuk. So... disebabkan suaminya ni kerja biasa2, maka dia kena wat 'parttime'. So akhirnya... bini dier dapat apa yg dier nak, and lakinya dapat penjara...

Bini/isteri tuh... takyah la merajuk2 sangat... Merajuk boleh, tapi jgn selalu. Semua kehendak kita, kalau tak dapat kita nak merajuk... payah lah... Merajuk ni cam ubat. Bila sakit, laki kasik ubat... sembuhlah lepas tu. Tapi kalau dah selalu sakit... Org yg kasik ubat ni yg jadik sakit. Or maybe.... org yg bagi ubat ni yg bosan!

Org yg asik ikut je cakap bini pun... Org kata... kene queen control. Tak bagus la kalau disebabkan isteri, org gelar suami kita ni kena queen control...


Welll.... kalo aku  cete kat mawar ni... sah jadi issue! Hahaha... Mesti dia akan kata... Macamlah ko dah kawin kau tahu camne...

Hah... ni yg aku nak kasik tahu nih! Walaupun aku belum kahwin... aku dah tahu camne aku nak wat... Sayang camne pun aku kat bini aku... Sayang aku ada had. So take note aaaa.... Kalau aku rasa bini aku ni nak menggarang2 semacam. Nk buat aku takut... Then jgn mimpi aku nak takut. Nak jerit2? Dipersilakan. Aku independent. Mcm aku tak boleh cari rumah lain utk elak dari kene maki hamun setiap hati nak penuhi cakap bini. Rumah lain boleh bermaksud bermacam jenis, right?

And utk yg second tuh.. Jenis yg merajuk... Dont worry, aku ni bukan le pemalas sgt. So tak payah sikit2 nak merajuk etc. Sesikit boleh. But, kalo selalu sangat... Aku jadi bosan. Well, being me... aku memang cepat bosan. Lelagi kalau aku rasa macam aku ni jadi kuli. So again... take note...

Bukan aku kata dia takleh merajuk or kene selalu independent. Just harap, jgn la sampai mengada-ngada... Aku tak suka org yg mengada2... Nak merajuk2 tiap2 hari. Nak kene pujuk selalu. Nak dibelikan hadiah bila nak pujuk etc... Merajuklah, tapi jgn over. Aku kata... Aku takkan takut bini. Aku hormat. But... aku ada limit. Bila aku rasa dah terover sangat... Aku shutdown. HANG... Pc aku ni slow... Tak cam org lain. Bila hang, lambat la aku nak boot balik. And ada harapan aku lak merajuk. Bila aku merajuk... aku senyap... or maybe aku marah. Tu ok.... but... kalau org cuba nak reprogram aku dengan cara paksa... Then, kalau aku corrupted... jgn salahkan aku...

So harap maklum... Aku bukan jenis org yg takut bini. Aku hormat and aku boleh layan. But jgn over...


And... sesape bini org kat sana... Jgn buat laki kau org takut kat kau. Byk cara lain utk buat dia org hormat dan ikut cakap kau. Selain dari pada jadi garang or merajuk. Lagipun... mende tu tak baik... And aku nak ingatkan... Buat memane bini yg suka sangat marah lakinya tuh... or merajuk tak tentu pasal tu... Jgn buat laki korang HANG... Nanti dier reboot balik... padan muka korang! Aku just memperingatkan je...







Wednesday, June 02, 2010

Selamat Bakal Pengantin Baru...

Ada seorang kawan... dia bakal kahwin weekend nih... So as kawan.... aku taip nih... utk takutkan dia...
Muhahahaha... serius nih... nak takutkan dia... Ok... ceritanya bermula sekarang!

Well, cerita pasal kahwin.. Its not about 'main', geli2 etc je kan... Kahwin lebih dari tu. But... Aku nak jugak cete sikit pasal tu... Yg perempuan akan kata... Nak kawin nanti... sakit..... takut... Pasrah je la... Then dia org kata, lelaki senang la.... mana ada sakit. So yg lelaki akan reply balik... Sakit sikit je.... Tapi... dlm diam... lelaki pun takut gak. Manalah tahu... Kalau belum cukup nafas, cerita dah tamat. Org yg beli tiket menyumpah2 sebab cerita takde klimaks! Adoiii... anti klimaks betul la laki aku nih!

Ehhh.... kesitu lak aku cerita...


Mawar pernah ckp kat aku... Kehidupan sebenar bermula lepas kau bekeluarga. Ye, aku byk belajar dari apa yg Mawar hadapi. Kalau korang2 ni ckp nk hadapi perangai laki/bini or anak nakal korang tu buat iman korang tercabar... Kena bersabar... Tunggu hingga kau dengar cerita Mawar...

Walaupun kawan aku ni ada masanya risau pasal nak kahwin. Aku rasa, tak perlu la dia risau sgt. Apa yg tersurat akan tetap datang. Yg penting dia pandai hadapinya.. Hidup ni macam ombak. Ada ombak kuat, ada ombak yg tenang. Kita perlu belajar kenal ombak. Org yg pandai berenang belum tentu selamat. Yg penting kita kena bijak mengenali ombak, apa yg ada dlm diri kita dan sekeliling kita. Ye lah... i dont say, kalau ombak kuat, kita tak boleh mintak tolong org yg ada di bot sebelah tu kan? Everything is possible in live! Pusing la sikit... mana tahu, belakang ada ikan lelumba yg sudi menolong ke? Jgn cari jerung dah la! (hah, jgn lupe kenali jerung utk selamat!)

Well... masalah tetap masalah. Tapi kawan kan ada... So cari kawan utk bercerita. But, aku percaya. Dia takkan ada masalah. And aku percaya, dia akan happy. Asalkan dia tak hilang ketawa dia. Selagi manusia ni bole ketawa, banyak masalah akan selesai...

Iskk... cete pasal masalah je... Cete pasal yg baik... Yelah... Kalau dah berkahwin, org biasa cete masalah je. Kalau nak ngumpat org pun, mesti pasal masalah. Takde org nak ngumpat org lain pasal laki bini saling hormat2i. Kan?

Hidup takleh nak cari masalah je. Jgn asik fikir pasal masalah. Ada sesetengah dari kita, belum kahwin, dah ape yg buruk bakal jadi... Sok susu anak nak carik camne? Baju anak mana nak cekau? Laki aku ni ada duit ke? Last2 jadi masalah, jadi gaduh. Belum kahwin lagi. Kau tak kahwin, mana tahu ada masalah ke tak?

Jgn la risau sgt... Ada anak tuh... ada la rezeki utk dia. Allah kan lagi mengetahui. Tapi, kita ni jgn berhenti berusaha. Kalau bapak goyang telur je, takkan la boleh dapat duit. Kalau mak asik tekan keyboard je... nasik tak masak. Pepandai la... Lagipun, Allah kan dah janji, setiap org ada rezekinya. Rezeki anak kita, mana kita tahu? Mungkin jauh lebih baik dari kita sejak dia kecil lagi! (Jgn tunggu lelama, sharpshooter takkan lambat kot?)

Bukan semestinya org yg perfect tu yg akan bahagia. Org yg less perfect pun akan tetap bahagia. Terima seadanya. Jangan mintak lelebih. Accept apa kelebihan yg dia ada dan apa yg kekurangan yg dia ada. But... kalau pasangan kita dah kata tak suka sesuatu perkara tu... takyah la memandai nak asik cabar je kan... Nanti org kata, kita ni bijak bebenor... So, sama jugak, dia org pun kena la buat yg sama kan? Kalau dia tak paham... pahamkan b4 kahwin. Dah kahwin baru nak bergaduh... terlewat...


Apa lagi aku nak cakap? Entah... tapi aku rasa, byk entry sebelum ni yg aku rasa bole kawan aku ni buat panduan. Hormat menghormati. Memahami. Respect. Bersabar. Terima. Jujur. etc etc... So pepandai la dier sesuaikan utk diri dia... Well, kawan2 dia sentiasa ada... Kan?


Ok le.... tu je... dah kol 1245... Aku nak ucap...

Selamat Bakal Pengantin Baru... 
"Sakit tu sikit je... Lelama sedap.... 
Ada masalah tu sikit je... Settlekan, bahagialah!"... 
Cheerss...



Btw--- Ramai org kata... Nanti aku nangis, menahan perasan, sedih or maybe marah sebab kawan aku ni kawin. Ye... Aku ngaku.... aku sedih, nak nangis... and marah bile dier kahwin nanti... Abis... kalo dah dia cuti sebulan, sorang lagi ke mydin. Yg ada resign... Yg lain ntah kemana arah... Takkan aku nak gi lunch sorang2 pusing keliling satu KL! Mana aku tak sedih dan marah! Iskkkkkk..... Marah nih... Abis kahwin, balik opis la weeiiii!!!

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...