Wednesday, December 31, 2008

New Year Beb...


2008 dan fakta
  • Umur dah berubah. Sekian terima kasih. Tapi setiap kali aku shaving, terasa diri ini muda 5 tahun. Serius giler!!!
  • Though aku tak semakin kaya except bill aku yg makin byk. Tapi aku berjaya menjadi bagi tip, derma and act mcm org ada duit. Org yg byk duit patut rasa malu ngan aku skarang...
  • Berjaya kurangkan loan ASB dengan lebih byk, bayar PPZ.
  • Berjaya snap lebih kurang 10-12ribu keping gambar dlm setahun. Utk byk event. Kawin la, vacation la, raya la dan ntah ape2... yg lain. And... aku juga dpt membeli lens cap ayam yg baru. Canon 55-250 IS. (Bukan information Systems tingkat 43 ye...)
  • Dulu main guitar kapuk je. Tu pun dan berumur dekat 10tahun. 12 April aku beli amp guitar. Ape kejadah amp guitar elektrik dan gitar tong? Aku guna pickup. Bermula dari situ aku main guna elektrik. Ada la bunyi2 overdrive dan distortion. Then upgrade ke Ibanez RG321MH. Then upgrade Amp ke VOX VT30. New series... Perghhh... Terasa diriku macam Selash dari kumpulan Pistol dan Bunga Ros pulak!
  • Stakat yg aku ingat aku dah beli dekat 10 buku... Sat aku ingat... Candlestick, forex, tipping point, cerita ape ntah, the rules of life, the rules of wealth, subconcious mind dan....... 3-4 buku lagi yg aku lupa tajuknya... Total... dlm Rm500 yg boleh claim kat cukai... (Yolah... aku tak mampu lagi nak shopping bawak bakul kat Borders tu... Bukan tkade duit, tapi takde masa nak baca...
  • Setelah 4 tahun SE lama, aku upgrade ke HP baru. Yg hanya 2 bulan aku buat telefon. Selebihnya aku jadikan modem dan surfing internet. Canggih kan aku? Still HP lama jadi tmpt berbual dan sms. Yg baru, update blog. Tapi, diakibatkan jualan murah oleh arip, aku beli lagi satu HP baru. kali ni utk call dan sms. Tahun depan PDA. Mana tahu mahu lawan Ijan?
  • Perjalanan paling jauh... Sabah, Gunung Kinabalu... Walaupun tak berjaya smpi puncak... at least berjaya gak jalan 15km dlm masa 2 hari. Maybe 1-2 tahun lagi. Insya-allah...
  • Dan tahun ini juga merupakan tahun yg paling cergas. Sebab aku banyak jogging, naik tangga turun tangga dan senaman lain. Semuanya disebabkan info di atas.
  • Masih TAK BERJAYA maintainkan pembawaan kereta dibawah hadlaju 110KMJ dalam jarak 50km straight. Jalan biasa atau highway. Biasanya drive dlm 10km dh ngantuk... Tu pasal aku perlukan kereta yg boleh kene speedtrap. Kete lama takpe... Janji boleh kene speedtrap... Siapa kata berhati-hati di jalan raya tu bagus utk kesihatan?
  • Beberapa org kawan kawin, beberapa org kawan tunang, beberapa org kawan beranak, beberapa org kawan terlajak buat anak, beberapa org kawan break, beberapa org kawan couple, beberapa org kawan complicated, beberapa org kawan yg gaduh2, beberapa org kawan yg nak tambah lagi...
  • Beberapa krisis org lain yg pelik yg melibatkan aku. Stakat bawah-bawah tu ok le. Ni dah tahap kronik... smpi tahap... ermmm bahaya.... aku bukan Dr Chenta... Tolong sesikit bolehlah...
  • Tahun paling kurang aku main game. Tak kiralah main game komputer atau kat tmpt game. Bukan sebab tua, tapi sebab pc aku tak support game baru. Hampeh la...
  • 2008 tahun paling slow. Kenapa? Sebab internet slow. Ya-Allah... Celcom, kalau time slow... kau naik cipan dah smpi KL, kau baru singgah kejap kat Batu Pahat. Tu pun kalau dah gerak. Kalau stuck? Tertinggal bas lah internet kat Msia nih.
  • 2-3 kali MC disebabkan sakit mata. Paling teruk 3 hari MC and lanjutan seminggu gatal2. Maybe kene overhaul mata ni sikit. Kasik turbo ke ape ke... Or... sebab ada org dengki ngan bulu mata aku? Iskkkk...
  • Tahun paling malang untuk menjual esos. Tak percaya? Tanya scott dan bean. Tahun lepas dpt 11k. Tahun ni dpt 1k je. Tapi lot lebih kurang sama. And tahun 2008 adalah tahun pertama aku jual beli share dlm online. Guna M2u online stock. But... beli share harga 21.5sen. Tapi kene jual 18.5sen. Rugi dlm 1-2ratus. Sib baik aku cepat. Kalau tak... lagi rugi skarang ni.
  • 3 org kene marah dengan hebat. 1... Mamat cina yg parking depan BTS time jem smpi org lain maki. Aku yg berjalan kaki boleh ketuk tingkap dan suruh jalan. Terasa macam polis trafik pulak. Org tua yg parking kereta kat tempat motor belakang mebenk... "Bodoh, takde baca ke? Ini parking motor. Pasal kaulah ramai kene saman.". Minah yg bawak kete macam haram. Mau tergolek dog aku. Hambik, kali ke 2 aku tampar side mirror kereta org...
  • Speaking about duit, tahun ni juga aku belajar macam mana duit nak buat duit. Cuma... Duit tu je tgh cemburu pada aku. Sbb tu aku tak abis study forex dan saham. Mungkin 2009 lebih ada ong? Siapa tahu?
  • Tahun politik utk blog ni. Bantai Paklah, bantai Kj, bantai anwar, bantai PR bantai BN bantai ahli politik... Dungus...
  • YY dah retired... Tapi bile la org tua bising ni nak retired?
  • Tahun 2008 adalah diantara tahun 2007 dan 2009. Dah tahu?


Harapan... 2009 menjanjikan tahun yg lebih baik walaupun keadaan ekonomi yg lebih memeritkan. Oleh yg sedemikian... Aku mengumumkan...  Tiada azam tahun baru... SELAMAT TAHUN BARU... Dan selamat bercuti lagi...

Tuesday, December 30, 2008

Tahun Baru...


Selamat Tahun Baru Hijrah...

Lupa nak ucap semalam... Harap2.. harapan tahun baru tahun lepas dah tercapai. Kalau belum... buatlah segera. Penat doa masa maghrib, tapi tak tercapai gak. Takkan nak convert ke tahun baru masihi kot? Dah kira tak logik tuh...


Again... selamat tahun baru hijrah...


Ps-sok selamat tahun baru lain lak... Macam pakat je kalender nih...

4 hari...


4 hari cuti yg...
  • Ermm dok rumah, main guitar, memekak, online bile celcom tak jadi bangang.
  • Masak spaghetti (yg tak cukup masak lalu keras sikit). Abiskan sebuku roti gardenia dengan minyak zaiton lebih dara (extra virgin olive oil) dan balsamic vinegar.
  • Tengok iza susun gambar kawin. Yg dah ada dekat 5 album tapi confirm tak cukup lagi. Tu pun baru print 400kpg! belum overall dekat 1.5k!!!
  • Tengok tv, layan tv, tengok printout A4...
  • Gi opis bringup myhr2u sebab bean nak tido agaknya
  • Lepas tu gi makan kat Italianees ngan mak, ing, iza n kiuk. Dah tentu masa ni aku yg order... Sebab ing kata aku tokey jalan-jalan cari makan.


Weken nih? Ermm... mana nak abiskan duit ASB aku aaa? mau join?


sekian warta serakah minggu lepas...

Friday, December 26, 2008

Hari yg gelap...


"Kau rindu dier eeee"

Kata kak basirah pada aku...  Rindu pada abg... Wahahahaha...

"Mana ada..."

Bukan rindu. Masalahnya opis ni senyap giler. Gile babi senyap! Suara manusia takde. bunyik keyboard menaip pun kadang-karang je kedengaran (nampak sangat semua masuk facebook). Mana tak ngantuk. Aku pun tak tahu nak wat ape nih...

Kol 12 aku nak terlelap. Kol 4.20... Aku terus lelap. Cipan. Ni takde org buat lawak ke, buat bising ke ngantuk wei...

Ok ok, cepat.. 443 dah... nak balik... so happy holiday. Nice and taking care... Balik mau tido...

Wednesday, December 24, 2008

I'm tagged!!

Tagging Game from Rabby...


THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
  • bzz
  • hafiz
  • ping


THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
  • 100478
  • 100478
  • 100478
(Selfish! I know...)


THREE WAYS TO BE HAPPY
  • No hard feeling
  • ignorance is a bliss
  • good intercourse... Muhahahaha...


THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
  • disenchanted MCR
  • with you - Sum41
  • guardian angle - RJA


THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
  • xxx
  • xxx
  • xxx
(Dont wanna miss a thing)


THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
  • blank cheque with signature from bill gates
  • unlimited voucher from ikea, borders, bestdenki and gsc
  • superpower


THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES
  • doin nothin
  • read mag
  • act stupid


THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
  • new zealand
  • africa (except zimbabwe)
  • kathmandu (everest)


THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
  • Luffy - One piece
  • Wile E. Coyote that have many acme bomb!
  • Son Goku with 7 dragonballs


THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
  • lowyat!!!!!!
  • Ikea and surrounding area
  • Midvalley


THREE FAVORITE DRINKS
  • Earl Grey Tea (suam-suam kurang manis)
  • Coffee
  • Skyjuice


THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
(you meant my backpack?)
  • Papers/books
  • pricelist
  • dust


THREE FAVORITE COLOURS
  • red
  • blue
  • pink


TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
  • gesek kapak!
  • salmon shahimi
  • paru2 goreng


TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
  • good bed for a nice sleep
  • workable atm card
  • blank creditcard statement (which I will get next 10 years)


TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
  • not boring to be with
  • on time, sharpshooter
  • independent


TOP THREE FACES YOU LIKE
  • seriuously... I don't know how to describe faces


THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
  • jamming
  • read
  • study


TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
  • thinking how to make like im busy
  • acting like im busy
  • figure out what to do to be very busy
This one, i need to learn from abg besar...


I'M TAGGING:
  • budak jahat - acik, ahsuez, samurai, aumi, blankqo blank and em watashi kores shukoban
  • budak bergedul tingkat 43 and 15 - sarah seben and cheyah wat filing (tak kira, gi register blog!)
  • budak degil yg hilang - Jett d Dr, tz d becoming bride,

Tuesday, December 23, 2008

Aku mahu jadi ahli politik


Aku mahu jadi ahli politik.

Bukan kerana aku mahu makan duit politik wang, rasuah politik atau dibeli utk benarkan orang jadi PM. Tidak. Rasuah-rasuah ni tak main aaa... Walaupun seringgit itu haram. Tak baik. Berdosa dan org nampak kita ini busuk. Bila terkantoi, org tak percaya. Padah jawabnya.

Aku mahu jadi ahli politik.

Bukan sebab gajinya besar. Elaun beribu. Belanja orang boleh claim gomen. Bukan. Niat aku ikhlas. Kalau aku mahu kaya dengan gaji, lebih baik aku bukak busines. Duit itu aku yg punya

Aku mahu jadi ahli politik.

Bukan sebab aku mahu kontrak atau mahu bagi kontrak pada ahli keluarga. Tidak... Tak bagus. Bersih mana pun aku, kalau aku amalkan politik kontrak. Lama-lama orang cop aku sebagai "Bapa kasik kontrak negara". Nasib baik bukan bapa ayam. Itu tak bagus sebagai ahli politik.

Aku mahu jadi ahli politik.

Bukan untuk jadi glamer. Kamera dipetik merata-rata. Bukan juga mahu ada mem besar, kecik dan sederhana. Bukan mahu kisah xxx boleh dilenyapkan sekelip mata. Bukan juga mahu menepuk dada.

Aku mahu jadi ahli politik.

Bukan sebab aku suka makan sedap-sedap. Bukan sebab aku suka makan free. Tak... Makan maggi pun sedap juga. Asalkan aku, sebagai ahli politik diberi makan ikan keli. Sudahlah



Aku mahu jadi ahli politik....

KERANA... Aku mahu saman lawan aku dan juga akhbar perdana. Makan rasuah itu haram. Makan duit gaji pun tak seberapa. Kalau pecah amanah, aku tak ada kopiah menutup muka.  Nak bagi kontrak kat ahli keluarga pun, meraka tak ada company sendiri. Semua mengharap makan gaji. Kalau diharap menjadi glamer, lebih baik aku jadi Sarah Palin dahulu sebelum menjadi ahli politik. Kalau aku harapkan jadi ahli politik utk makan free, lebih baik aku kerja di kedai makan. Tiada tanggungjawab yg besar. Makanya... Menyaman orang adalah jalan terbaik.

Cepat kaya, wang berjuta dollar, tidak dikira rasuah, bersih lagi membersihkan nama dan juga... Aku akan dikira hero dalam ini cerita. Siapa mahu aku saman dahulu berjuta2. Biar mak bapak dia orang yg tanggung. Biar kampeni dia org bangkrap. Pekerja? Anak saudara? Apa aku kira... Aku kan ahli politik yg berwibawa???

Monday, December 22, 2008

Saya nak, saya taknak...

Sorang nak hudud
Sorang taknak hudud


Ape cete?

Ini yg bermimpi nak pimpin negara?

Hah... ape dah gila? Yg nak dah gile? Yg taknak dah gile? Karang bapak suruh pusing. Belakang taroh. Mau birat...

Tu la... lain kali, kalau nak kawinkan pun, biarlah yg logik. Ayam + Itik masih sebulu. Tapi ini nak dikawinkan buaya dengan itik. Mana lepas... Takkan terjadi...

So? Sekarang saper kasi pusing? Itu adik ka abang ka atau abang besar kasik pusing baru boleh taroh dalam?

Jenis-jenis pandai


Jenis-jenis pandai yg ada di pejabat

Pandai
- Org yg tahu buat kerjanya.

Pandai Giler
- Org yg memang hebat kepandaiannya.  Disoal tentang A, B dan C pun boleh dijawab. WAlhal org tanya 1 saja.

Sikit-sikit Pandai
- Org yg kadang-kadang tahu dalam sesuatu perkara

Memandai-mandai
- Org yg ikut sedap hati saja buat ikut apa yg dia nak buat. Bila dimarah buat muka sotong.

Pandai kepala lutut
- Org yg pandai tapi buat tak ikut perasaan orang lain. Janji diri sendiri sendiri senang

Pandai Repair Aircond
- Org yg tahu bila masa yg sesuai utk mengipas bos. Contohnya, masuk bilik dah gelak tak tentu hala walaupun boss tak panas pun masa tu.

Pandai lama, Tak pandai kejap
- Org yg macam biskut. Time pandai, semua org akan tahu dier pandai. Time tak pandai, dia cakap senyap-senyap.

Pandai kepala abah kau
- Org yg memandai-mandai sampaikan kena marah ngan org lain.

Pandai la kau tu
- Org yg kena perli dek orang lain yg rasa dirinya poyo..




Ehh.. Seben soh aku buat tag ke aritu? Baru teringat. Mesti org lainkan?

Thursday, December 18, 2008

Kerismas


Hadiah cabutan bertuah dr Alice. Dpt makan lagi.

Ok, now bekas duit syiling aku dh jd lg besar..

Wednesday, December 17, 2008

Vox VT30


Stelah hampir 1week tunggu n 500mtr bwk beban beban 30kg. Akhirnya dpt gak amp guitar yg baru.

'this is so damn good. Even with 15watts. 30watts much better!' kata sorang pengunjung.

Memang much better, kalo aku main lagi baik!

Ok, tgn masih mengigil kepenatan. Review coming soon... 4 d time being, aku nk minum coke... Haus n bpeluh.

A/S/L


O : Hi

M : Hey

O : asl

M : ???

O: A/S/L?

M : Ape tu?

O : Age Sex  Location

M : Ouhh sorrylah, I orang baru.

O : It's okay.

M : 20/Still Virgin/Infront of my PC

O : Ouhh okay

O : I Demak, and you?

M : I? Call me M...

O : Hi M, nice to chat with you.

M : :-)

O : You dari mana sebenarnya?

M : Ouhh I should be somewhere near KL.

O : Still Single.

M : Rahsia. Hehehe

M : Can I ask you something?

O : Yeap...  Anything dear...

M : Kalau you nak larikan diri dari org yg you tak suka. You nak cakap ape?

O : Ermmm.. wait aaa.. Still thinking the best answer for you.

M : Lambatlah you nih...

O : Ok... How about you told them... You nak kena keluar beli makanan kucing sebab mak you dah marah-marah suruh pergi beli dari tadi.

M : Wow! Im impress. Good job!

O : Biasa je... :p

M : Damak...

O : Yes dear...

M : I nak kena keluarlah. Mak I dah marah-marah sebab I tak belikan makanan kucing dier. Bye...

*** M is offline - Byebye fucker***


Tuesday, December 16, 2008

Baling Kasut



Link - Baling kasut : Tindakan Al-Zeidi 'transformasi' kebencian rakyat Iraq


Bush di baling dengan kasut di Iraq. Jelas menunjukkan rakyat Iraq benci kepada Bush. Walaupun yg melakukannya seorang. Aku kira, kalau bush berjalan di Bahgdad, mesti dia dihujani kasut.

So... Persoalan aku.

Mungkinkah transformasi kuasa di sini akan dihujani dengan balingan kasut? Siapa yang kena? Jangan ingat kita nak mengasutkan org lain, kita tak dikasutkan satu masa nanti. Hambik kau...

Ingat, jgn ingat sekarnag kita disukai (dulu rakyat iraq berpesta sebab Bush serang), selamanya kita akan disukai. Kalau tak.... Makan kasut saiz sepuluh nanti!



Shoe-thrower's brother: He wanted to humiliate 'tyrant'

BAGHDAD, Iraq (CNN) -- The brother of the journalist now famous for hurling his shoes at President Bush said his sibling's actions were "spontaneous" and represented millions of Iraqis who want to "humiliate the tyrant."

Dhirgham al-Zaidi, who sometimes worked as his brother's cameraman, described the reporter's hatred for the "material American occupation" and the "moral Iranian occupation."

Muntadhar al-Zaidi's feelings were influenced by watching the agony suffered by everyday Iraqis. Most of the reporter's stories focused on Iraqi widows, orphans, and children, said the brother.

Sometimes the 29-year-old journalist would cry. Moved by the tales he reported of poor families, he sometimes asked his colleagues to give money to them. On most nights, he returned to his home in central Baghdad -- one of the country's most violent slums and the epicenter of several of the war's pitched battles.

Terlajak perahu

Cilakak...

Ada org sini buat lawak bile dier nak setel orang lain.

"Terlajak perahu boleh diundur..... hmmmmm...."

Scene lupa... Lepas tu sambungannya ntah ape-ape... Macam cilakak. Aku rasa, cina yg dier setel tu pun tahu la ape sambungannya. Pooorahhh chit...

".... You tahu la... Kita buat betul2. Jadi macam ni....... Ini macam ada satu semangat...."

Kepala hotak dier.

Dier ingat ni sessi btn?

Abis semangat org terkejut betuk ngan pepatah melayu tak betul dier. Ngan cerita angah along ciksu ape jadah ape cete?


Skot... ko tolong ejas sikit...

Sunday, December 14, 2008

Dome


Pcfair ramai gle org dtg. Klcc jem. Tempat mkn xde.

Kena la makan kat dome.

Akhirnya, sejak 2005 aku nk mkn kt dome tercapai gak. Hehehe

Thursday, December 11, 2008

Live Acc




Selalu guna demo account je kan. Hari ni aku dh dpt Live Account aku. Dah ada 100dollar balance. Hehehe... Dia org kasik hadiah la 100usd tu. Maybe sbb aku kiut macam lindsay lohan.

Yg jadi masalah... Time aku tahu memang boleh untung dengan Live account ni. Yg boleh buat duit. Time tu lah ada error

"Common Error - Please verify parameters.... blablabla...

Ceh... Pisang panas resolusi betul la... Terbantut pulak aku nak berangan pakai GTR nih...



Ermm... modal 100usd, boleh jadik 100k usd tak ko agak2?

Wednesday, December 10, 2008

Standard la lu...

Aku baca blog member aku... (Woiii bile nak belanja aku?)

Tentang standard nak jadi pasangan hidup... abis baca aku tertanya-tanya. Perlu ke aku set standard. Perlu ke mak bapak set standard. Perlu ke high standard ala-ala standard Sandra Bullock?

Kalau ada standard pun, apa piawaiannya? Sirim? Kalau terkeluar tune sikit, kene check kat Puspakom ke? Or pergi service kat pusat service Proton? Biar standard terkawal. Tapi kalau standard dah ikut, eksiden jugak, macam mana? Boleh saman Puspakom? Proton? Sirim?

So apa standard korang cari pasangan? Ada yg letak standard melampau-lampau. Bini mesti cun melecun. Gile ahh slim nya. MEsti anak datuk. Tapi dier sendiri perut boroi takde duit. Gi mamak pinjam duit member. Ukur kain pelikat perut sendiri lah... Ada yg letak standard lelaki mesti macam shah rukh khan. Macam Johnny Depp. Kalau tak... Boleh jalan la korang nak jadik pakwe aku... Tapi kau tu, suruh bermekap taknak. Rimas. Ape cerita? Bayangkan Johnny Depp couple ngan ahso jual buah. Kena ke? Mesti la dier taknak tekel punya.

Letak standard patut-patut la.... Kalau tadi aku kata ukur kain pelikat perut sendiri. Kali ni biar aku kata... Kalau diri sendiri geli pakai G String, jangan minta orang lain pakai G String utk kamu. (ada kene mengena ke?)


Ini standard aku, kalau aku nak letakkan standard dari dulu. Kalau la nak letak...
  • Putih gile babi. Tapi bukan sebab dia albino.
  • Muka comel nak mampus
  • Pakai cermin mata ala-ala cikgu tadika balik sekolah (tapi belum berpeluh lagi)
  • Nampak ayu di bawah matahari, nampak garang sikit dibawah bulan. Bawah bulan ayu sgt + plus putih... Macam puntianak!
  • Pinggang ramping. 34-26-34. Tapi tak mahu macam kerengga
  • Kulit, jari jemari halus... Macam tak buat kerja. Tapi dier buat kerja. Mungkin dier simpan losyen baby johnson 2-3 botol kat rumah. (iklan)
  • Aktif. Tapi taknak aktif sangat. Smpi asyik berpeluh 24jam. Wekkk, masin!
  • Pandai masak. Masak nasik, masak lauk, masak manisan, buat air bess.
  • And kena macam kehendak Mawi... Tahu mengurut. Tak kisah la urut apa bahagian pun!
  • Tahu bercakap and tahu nak berhenti cakap. Kalau aku cakap sorang-sorang. Mau cramp mulut aku. Kalau dier asyik cakap, telinga aku pulak cramp.
  • Tak suka membebel 24jam.
  • Tak mahu yg tergedik-gedik macam pelakon tak cukup kontrak mau cari job. Dh 6 bulan tak berlakon.
  • Tak mahu yg manja tak sudah. Sampai semua nak... "Abaanngggg... Aaaayyaaangg nak... tuuuu...".
  • Tahu berdikari. Tak perlu nak minta tunjuk ajar. Kalau aku mati cepat, dier nak mintak tolong sape?
  • Pandai berfikir. Tak pandai macam professor takpe. Tapi nak berfikir.
  • Ada kereta BMW or EVO IX. Kereta manual please!
  • Rumah ada. And dah ada perabut. So aku masuk macam tuan rumah.
  • Bukan minah rempit mahupun minah hisap ganja. Hisap poteng takpe.
  • Mak bapak dier bukan kaki complain and sporting. You all rock la ayah, mak! Peaceee!
  • Adik beradik kamceng. Takde seorang pun yg macam haram.
  • Belajar tinggi. Setakat sekolah tahap ground floor or lower ground tak main. At least sekolah 4-5 tingkat ke atas.
  • Kalau boleh tahu main alat music dan alat permainan lain.
  • ... Baik dan jujur...


Ok ke standard aku? Korang rasa aku boleh capai? Mampus la aku nak tercapai. Not even 30% pun. Yelah, aku ukur spender badan sendiri. Tak suruh Johnny Depp ukurkan...


Tu lah... Aku tak setuju bila org kata. Mak bapak kene set standard. Even aku. Kalau aku jadi mak bapak. Standard aku senang.
  • Kau gi merempit tak?
  • Kau isap ganja tak?
  • Kau ni sayang dier kenapa? Sebab dier ke sebab muka dier?
  • Aku bagi kau 100k, ape kau nak buat?
  • Siapa tuhan kamu???

Cukup... Itu standard procedure aku. Maybe ada tambah2 sikit. But aku tak kisah. Bukan aku yg kawin. Anak aku yg nak kawin. Sukahati dier nak kawin camne. Yg penting. Dia org sayang antara satu sama lain.

Apa gunanya standard kalau yg takde standard itu lah yg buat kita lagi seronok gunakan? Right? Semoga berbahgia...

So... Apa standard korang? Ada standard?

Oh gitar...



Aku baca forum ni kat lowyat.

> My Nightmare Has Turn Into Reality~!, what a tragedy...what to do.. >_<

Kesiann...

Arinih aku nak cete pasal kisah hidup aku dengan pembabitan muzik..

Masa kecik, aku tak main muzik. Except, kalau tak silap aku, aku ada satu drum kecik. Kecik gile. Yelah. Utk budak umur 2-3 tahun. Kalau sekarang ni, besar2 mangkuk tingkat kot?

Then, masa au darjah 1-2. Uncle aku balik dari mengajar di Sarawak. Dier bawak gitar. Rajin gak dier main. Mostly lagu scorpion atau yg seangkatan dengannya. Tercengang2 aku bila dia main. Apsal aku petak tak sama bunyik macam uncle aku petik. Bunyik sengal je...

Then masa sekolah rendah. Ada gi rumah member. Bukan member aku yg main. Tapi abang dier. Dengan rambut panjang mengerbang, seluar jeans ketat berlubang di lutut. Kemudian singlet berlubang nampak ketiak... Aku tengok dier main... Rockkkkk kapak gua cakap lu... Dier ajar gak aku main. Taknaklah... Sbb aku tak lagi sanggup pakai baju macam tu... At least kalau macam gambar search kat bawah ok gak! (mana dok kat HR, sila pinjam gambar abg sani zmn memuda. Macam tu le lebih kurang abg member aku tuh. Cuma bulu ketiak panjang la kan... Rockkk la katakan)




Then masuk sekolah. Form 1. Ada battle of the band... Fuiiyooo.. senior aku hebat2... Metallica lah. Scorpionlah. Wings lah. Search lah. Macam-macam lagi. Tapi disebabkan kita org form 1. Tengok je lah. Bayar tiket. Tak silap

Tuesday, December 09, 2008

Naik tocang

Makin naik tocang la jawabnya lepas nih.

Makin ramai la bebudak yg di bawak kehulur kehilir menagih simpati. Masa raya, masa parlimen masa ape je. Human shield kot nanti dibuatnya?


Abis...

Yg mempertahankan hak melayu nih... Takde dapat anugerah? Ape ingat takde org melayu yg tertindas? Termundur dan terkebelakang? Apa dah lupa yg keluar tv, keluar tu semua bukan org melayu? Ape dah bingai yg kerja bawah2... Yg gaji kecik. Yg tak boleh cakap bahasa dialek lain tu tak dijemput kerja tu bukan org melayu?

Abis yg mempertahankan nih... takde hadiah dan penghargaan... Pigidah...

Ape kejadahnya suaram nih...

Korban keobsessan pada diri sendiri

1st.... Peace!!!

Aku nak tanya. Kenapa ada sesetengah orang yg terlalu obses pada mengambil gambar diri sendiri? Yg ada handphone berkamera tu, di ambil2. Kalau hp takde function yg membolehkan kamera berpusing. Sanggup di pusingkan hp. Bila habis tekan, dipusingkan kembali hp, dan tengok hasilnya.

"Ehhh sengetlah"...

Ambil lagi sekali. Kalau boleh. Sampai la 'peace' tadi bebetul melekat comel di gambar. Itu kalau sorang. Kalau ramai2 dengan kawan... Lagi parah. Mahu berbelas kali kamera tadi berpusing. Yelah... penat2 member buat pipi montel warna merah, tetiba, yg kuar, cuba jari jemari dengan 'peaceee....' Ambik semula.

Pernah aku tengok semasa merdeka lepas. Segerombolan awek yg suka buat 'peaceee...'. Asik menelek muka memasing dalam kamera. Sudah berminit2 aku pandang tempat lain. Tapi ambil gambar diri sendiri tak abis-abis. Kejap peaaaceeee... kejap yoooo... kejap lagi sengih... Ntah ape-ape... Walhal, secara logik. Backgroundnya cuma jalan tar gelap depan ikea tu je. Bukan ada gambar bungaapi pun.

Ermmm... mungkin nak update facebook kot? Lepas tu pakat tag reramai...


Ok... Tu bukan cete utama.

Cete utama ialah aku nak menasihatkan... Golongan aweks-aweks yg tergedik-gedik terlalu obses dengan diri sendiri. Tak kiralah utk gedik-gedik atau tidak. Tak kiralah pakai hp, kamera mahupun kalau buat gila, tangkap gambar sendiri guna slr smpi berpuluh snap. Tak kiralah gambar atau video 3GP.

Nasihat aku... Kalau nak ambil gambar pun... Jgnlah terlalu obses... Jgn sampai lupa daratan. Semua mahu diambil. Bukan setakat peace, piss pun mahu diambil!

Why? Manalah tahu, org curi hp or kamera, kita bagi pinjam memori card, pinjam hp, hantar kedai kamera etc... Posibility dia org 'curang' tu tetap ada! Sebab... walaupun kita fikir gambar kita ni dah delete, sebenarnya kita boleh kembalikan gambar yg kita delete. even dah format pun boleh jumpa gambar tadi!

Yup serious shit!

Kini dlm internet. Dah banyak tersebar gambar porno aweks yg obses macam ini. Tak tahulah. Mungkin mahu cek. Gemuk ke tidak, kiri ke kanan lagi besar. Macam mana gambar belakang. Tengok rambut sendiri. Live takleh tengok. Kalau tgk pakai cermin pun, mau tergeliat kepala. Isk la...

Atau mungkin... ghairah tak sudah pada diri sendiri!

Jangan... Jangan buat kerja bodoh.

Aku tahu. Dengan cara berbogel di depan cermin, mereka tak rasa puas hati. Yelah, kita cuma nampak skala 1:1. Tapi... Kalau ambik gambar guna HP yg ada 2-3MP tu. Kita boleh zoomkan. Or ambik shot yg tak nampak. Dari belakang, atas, bawah etc. Mole yg ada di dada pun boleh jadi besar macam duit 20sen! (kalau pakai SLR la kan...).

Tapi apa gunanya... Kalau gambar tadi boleh diambil dan disebarkan oleh orang lain di internet? Apa gunanya kalau kamera dan HP yg berporno diri sendiri tadi boleh dicuri? Berbaloikan obses pada diri sendiri sampai macam itu? Berbaloikah... Org nampak ada kurap kat belakang kita. "Muka je cun.. Ada kurap ada panau!"


Hmmm...

Cukuplah kalau nak obses pada diri sendiri di depan cermin. Nak buat ape pun, sekurangnya... Kalau cermin tadi dicuri. Pencuri tadi tak mampu kembalikan 'gambar' awal. Tu pun dah cukup bodoh bila tgk sembil tersengih2. "Cantiknya body aku". Cheiiitttt...

Oleh itu... Kalau aweks kat Universiti yg bijaksana ni pandai. Sepandai mereka masuk U. Dan dapat biasiswa lalu beli hp lagi mahal dari org yg kerja.

Maka letaklah otak kat kepala bukan dilutut. Tak payahlah terlalu obses smpi mahu ambil gambar ghairah pada diri sendiri. Takut-takut kalau nanti, ada org lain yg turut sama ghairah. Mana nak letak muka? Nak jadi burung unta?

Fikir-fikirkan... Kalau gambar polaroid pun boleh tersebar, apatah lagi gambar digital. Hari ini hilang handphone dan kamera. Esok gambar porno kita sudah ada di tangan penduduk madagascar!




Note - Mahu cuba? Ambil gambar 'obses' kamu tadi. Dan poskan memory kat pada aku. Aku akan cuba kembalikan gambar tadi. (Bab aku jujur tengok ke tak tu aku tak brani jamin la kan). Tapi aku yakin, aku boleh kembalikan gambar yg dah didelete. Rahsianya? Adalah...

One more thing. Sila kepilkan kan sekali gambar asal. Kalau rasa diri macam nenek gunung ledang, takyah la nak suruh aku cek memory tu. Mau muntah darah karang kalau aku dah crack!

Friday, December 05, 2008

Matematik, sains n english


Ok, ini antara rak ribuan buku math n sains di borders times sp.

Sila cari buku yg ada dlm bahasa melayu. Or cari rak buku math n sains utk bhs melayu.

Jumpa?

Berapa byk yg dh ditranslate? Byk mana yg dbp dh cek perkataannya?

Macam mana kita nk kejar org kalau sumber ilmu yg lebih ke dpn pun kita x faham n x dpt translate?

Math n sains dlm english bukan utk menyusahkn org melayu. Tp utk kebaikn kita juga. Susah masa belajar tp senang masa keje.

Apa guna pekse dpt A+ tp keje dpt D-?

Thursday, December 04, 2008

Sessi bersama boss kecik...


"Do you have anything to say?"

"Ouhh ok... Before I forget. You know la. Something I ada family problem or something like that. Make me stress. But then, you know that I don't really like *** attitude, sometimes. Noisy. So I tell you first. Incase... I get mad with him. You know la, sometimes because of the pressure or other things. But I kena bagitahu you awal-awal. Incase la I marah ***... Then atleast I've already told you."

"Itu biasa la... Tapi you jgn gaduh lama-lama. Jgn sampai tak bertegur pulak"

"Don't worry. Kalau maybe 2-3 days. As long as we can talk each other. Then I think tak lama. Skarang, I rasa nak marah or sakit hati ngan sesaper, I keluar office awal2. So that I can control myself."


Hahahaha... Tu (lebih kurang sama ayatnya) conversation antara aku ngan boss kecik pasal org yg anggap dirinya boss lagi besar. At least aku dah warning awal. So... Ermm kalau boss besar tanya. Aku akan cakap mende yg sama. Hahahaha....

Baik-baik... Sabar-sabar... Sure ada sampai satu tahapnya... Over limit... Byebyebye...

Wednesday, December 03, 2008

Secondhand Serenade - Fall For You


Ps - Mlm ni kita training aaa...

Secondhand Serenade - Fall For You
The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start

Ohh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible

So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep

Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find

Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
Lyrics provided by LyricsMode.com

Tuesday, December 02, 2008

10sen


Fuel prices down another 10sen

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/2/nation/20081202171959&sec=nation


Ok... now lagi murah dari sebelum naik. Ada puas hati ka?

KWSP 17A (AHL)


Ok... Gomen announce last month. ahli KWSP akan ditolak percentage potongan gajinya dari 11% ke 8%.

Ramai yg bangkang. Ada juga yg menyokong. Ramai yg kata... Ini cara kerajaan utk naikkan cukai. Sebab dengan kenaikkan 3%, maka gaji bersih naik. Dan cukai pun naik. Kemungkinan tanggagaji cukai tu dah berubah. Well terpulanglah pada individu. But pada aku. Tujuan ni adalah utk menolong orang ada duit lebih banyak. And pekerja boleh belanja. Menyimpan pada masa ni pun bukan boleh wat ape.

3% mungkin sikit. Tapi gandakan, kalau semua ahli epf ada 3% tambahan utk dibelanja. Apa kesannya? Berpuluh malah beratus atau berbillion akan mengalir dalam pasaran. Dan kesannya. Adalah rantaian kenaikkan ekonomi. Tak silap aku. Dari rm 10 yg kita belanja. Kesan rantaian tadi akan jadi rm25. Contoh, kita beli makanan. Toke kedai makan beli bahan modal. Dia untung dier bagi anak. Anak beli jajan. Dia jugak beli baju bini. Ok toke kedai jajan beli barang.  Toke kedai baju beli pc, upgrade kereta, beli ikan dan sebagainya. Itu kesannya...

But ramai yg nak simpan. Well Itu terpulang. Kita bukan macam yg dulu. Dulu kita memang dikehendaki. Takde option. Semua potong. So semua boleh belanja. And kerajaan dpt kurangkan duit utk bantu peniaga. Dah pembeli nak bantu... watpe nak bantu lagi?

Aku? Ramai2 opis nih. Aku tak sign. Aku nak potong. Why?

Sbb aku nak simpan asb. 100-200 tak byk. Tapi kalau aku simpan asb. dividen lagi byk. Kalau terdesak boleh keluar. And kalau aku suka, aku buat loan asb. kenapa aku nak pilih option 4% dividen yg aku tak boleh kuar time terdesak kalau aku boleh dpt 8-9 maybe 10% dividen? Then kalau aku suka... Smpi penghujung 2010... Kuarkan semua modal. Masuk dlm epf.

Tak susah kan?

So apa option korang?


Nak borang? aku boleh tolong email...

Mukhriz bodoh?

MIC urges A-G to take action against Mukhriz


Ouhhh... bila org lain kata. Suruh kurangkan NEP. Tiada ketuanan. Buat orang melayu marah. Dia kata org melayu tak ok? Melayu taknak maju. Tak demokrasi. Ape jadah lagi???

Tapi bila Mukhriz bagi cadangan yg menasabah. Yg tak mintak pun dia kurangkan harta. Tak mintak pun dia bagi sumbangan etc. Malah kesannya lebih baik utk kestabilan. Malah ikut cara cara pendidikan dunia... Obama menang. kata org negro pun boleh jadi PM. Di US, dia org buat 1 skolah. TAkde sekolah cina, india, melayu. Satu jenis sekolah. Takde sekolah utk certain kaum.

Kalau kata obama boleh. Apsal nak ikut cara pendidikkan pun tak boleh??? Cuba cete sikit macha...

Ini, dia kata... Gi Report? AG buat tindakkan!


BullMFshit... Dah tua... tak laku dah... Jalan tar pun taknak...


Yg dollah pun satu. Senyap. Buat bodoh.
Dolah SIL... Si Kj... Biasalah... Kaki Jilat(Kj). Janji up sket...


So sekarang. Nak bagi org lain pijak kepala kita. Bila kita mintak dia serahkan part dia org utk bagi lebih adil. Taknak. Bila dia org mintak kita serahkan, kita taknak... dia kutuk. CAkap melayu tak bagus....

Babi...

Monday, December 01, 2008

Teka-teki teka-tekuk... 6 ekor ular mati atas pokok

Ape dier???


Aku tunjuk gambar klue... korang jawab apa jawapannya... Kalau betul... Aku belanja karaoke... (Satu lagu je)....... Dlm karaoke box tu...



Nota - (Org yg terlibat pembabitan teka-teki tak dibenarkan menjawap. Kalau jawap gak. Next year buat lagi teka-teki, tapi org tu bagi modal)

-Ular kena ikat


-ular ada spring. pakai domdom


-ular punya mata


-surat beranak dia


-No plat dier...





Dah fikir dah ape jawapannya...
Ular2 tu mati atas pokok....


Takk..
bukan maggi...
bukan mee goreng
bukan kicap masin
bukan apam balik
bukan tali bra
bukan rantai emas
bukan dawai penyidai baju
bukan rantai basikal


bukan... bukan... tu semua takleh jadi ular mati atas pokok...
.
.
.
.
1.....
.
.
.
.
2.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3......
.
.
.
.
.
.
.


Abis... takde saper menjawab ngan betul... Jadi... hadiah karaoke kita tangguhkan ke tahun2 akan datang. Sekian... terima kasih.

Ini jawapannya...

-Dlm kotak.


-dah bukak kotak


-belakang


-posisi mereng


-posisi mereng dari depan


posisi atas...




Inilah yg gambar semalam...



Maap - background tak cantik. Kene bukak cadar tu. Baru nampak tilam ikea... Hahahaha... Congratulation lah bzz... Lepas ini anda boleh main lagu R Mizan... Dino iki kuew teko guyu...

Smlm ke arini yg ok?


Guitar smlm tu cantik,

Tapi x bunyi x menarik. Iza yg ngandung pun tahu bunyi x best. Apetah lg ing.

Kalo nk wat display ok le. Mhl lak tu. Seingat aku, dlm 1.4k kot?

Ada satu memang best. X slp aku, las week ada aku tunjuk. Yg ada graphic2 oren. Bunyik lg sedap. Tp harga lg sedap! Dkt 1.8k.

Yg ini lg murah. Bunyik ok. Jauh lg baik compare gtr smlm. Harga pun 1k je. Cuma body dia kilat la. Tu je. Yg lain... Good value.

Lg baik? Ada. Yg 9k. Nk?


So yg mana satu?

About me

My photo
Between Reality and Fantasy...