Tuesday, November 24, 2009

How to satisfy a woman... Part 1





Just sneakpeak preview... Apa yg aku akan tulis dlm masa 2-3 hari akan datang...

Idea ni datang dari SMS (aka Txeet)


HOW TO SATISFY A WOMAN :
Caress, excite, cuddle, fascinate, spoil, kiss, rub, tease, pamper, console, worship, respect & love.
HOW TO SATISFY A MAN:
blow job

But aku warning awal2...

Kalau rasa takut nak baca... Jgn baca... Raya korban pun, aku takde berniat nak berenti sembelih org... But kalau berani baca... Then good... Coz apa yg aku tulis, walaupun kengkadang pahit (sapa makan cili dia rasa pedas), tapi ada sebabnya aku tulis begitu. We'll see... Sama ada aku nak kutuk sesaja atau aku berniat baik...


Sape tak baca... rugi... Coz... mungkin kau tertinggal apa yg kau perlu baiki...

So... Tunggu!

Cincin...

Ada org tanya aku, pasal cincin... maksud aku pasal lelaki pakai cincin tanda dah kahwin. Tanda ikatan perkahwinan.

Well... aku kata, aku setuju ngan x setuju. Depend...

Aku takut dia salah paham... so aku xplain...

Aku... aku dah kata awal2, aku takkan pakai cincin kahwin. Tak kisah la bakal bini aku ni nak marah ke, merajuk ke ape ke, aku takkan pakai...

Lelaki bole pakai cincin. Asalkan bukan cincin emas. Pakai la cincin platinum ke, kayu ke, gangsa ke, getah ke. Asalkan bukan bahan yg diharamkan. And asalkan kalau dia pakai tadi tak menampakkan yg dia boleh berubah 'menjadi' jantina lain.


Yg ini mungkin org ramai tak setuju ngan aku.

Sebab aku pernah tahu... ada org kita, ye org islam, yg kahwin, bertukar cincin kununnya nak tunjuk kasih sayang. MACAM ORG PUTIH. Katanya kat aku.

Kununnya kata kawqn pempuan aku tu, kalo lelaki tu buka cincim cam nak menipu, curang dan etc. So dengan ada cincin, lelaki tu takleh menipu... so semua org tau, dia dh kawin. Dia bagi pun sebab dia sayang dan itu tanda suami dia dah kawin. Cam org putih tu...

Itu yg salah. 'Macam org putih'. Satu alasan yg aku x setuju.

Of all alasan, kenapa nk ikut macam org putih? Pada aku, bagi cincin x salah. Yg salah niat.

Kenapa nak ikut org putih yg lain agama. Aku kata kat kawan aku ni, kalo laki dia nk menipu dia, curang, jgn kata bagi cincin, tattoo 'dah kahwin'  kat dahi pun dia tipu gak! Aku kata lg kat kwn aku tu, Lelagi kalo pasal sex, peduli ape 'the other women' tu kalo dia dh. kawin kebelum, kalo awek hadyai tu dpt duit tjen ok je.... Kawan aku terdiam...

Aku tak halang bagi cincin. Jgn salah paham. Cuma, make sure niat,hati kita, tujuan bukan sebab nk ikut org putih. Bukan sebab syok tgk tv perkahwinan org putih. Or apa saja yg melibatkan org putih. Nak bagi,bg je. X yah sebab nk folo org lain.

Bagi sebab syg. Itu sh lebih dari cukup... Kalo niat itu semua tak ada. X salah... Then proceed.

Sorry kat kawan aku yg tanya tu. Bukan aku halang or overprotective. Cuma aku taknak kalau niatnya tak betul apatah lagi kalau menyimpang. Aku nk perkahwinan dia n isteri bkl dia bersih dr niat terikut2 camni... sorry again...


Kalau baca blog aku dr dulu, mmg aku againts memnde camni, mcm valentines. Aku akan lawan walaupun mungkin org  yg aku bg pandangan tu jauh lebih baik dr segi agama.. Sebab aku xnk org termasuk perangkap 'org putih' yg sgt licik...

Beb, alu tak halang, just aku taknak korang salah niat... Ko nk pakai, terima je apa yg bakal bini ko kasik. But terima dan beri kerana cinta dan sayang...



Sent from my ANDROID

Monday, November 23, 2009

MAHATHIR

Sekarang pukul 250am. Nearly habis tonton Mahathir di History Channel 555.

Very, very, very nice documentary. About someone that I respect so much.

Miss him as my Prime Minister... TQ DR MAHATHIR...


I'll will find copy for my archive.


Btw - param i hate you... dr is much better than some of the lawyer burok.



Sent from my ANDROID

Saturday, November 21, 2009

New...

New book in my shelf...


Sent from my HTC

Friday, November 20, 2009

Drama sebabak, sebelum tido...


Drama pendek b4 tdo. 2nd post utk mlm ni.
Pelakon : aku, saya, I
Director : saya
Penerbit : aku


Aku : Ko dh kenape? Ko ada masalah dgn aku ke?
I : Ha'ah. Ko ada masalah dgn aku ke?
Saya : Kalo ko ada masalah ngan cakap la

I : Ntah aku nampak biasa ko ni ok. Tapi ada masa kau cam x ok. Ko x puashati dengan aku? Apahal?
Aku : Kita org x kisah beb. Cuba explain sikit. Stakat tunjuk dengan body languages je pun kitaorg dh tau. Ko ingat kita org ni x paham?
I : Ntah nye pun...
Saya : Cakap tu biar terang. X yah selindung. Kunun...

I : Kalau aku agak apa masalah kau. Nanti ko ckp salah lak. Cuba cakap terang sikit....

:.........:.........:........

Saya : ouhh itu cete kau?
Aku : Aku dah agak dah... mesti ada kene mengena pasal mende tu punya. Xde mende lainlah... power n inneed will create this.
I : Aku, ko tere la aku. Camne ko bole tau Aku?
Aku : See the leg la... Bukan susah nak agak. Time lain dia okay. Time org sebut pasal kita, pasal kuasa dia jeles. Takkan ko tak perasan I? Buta warna betul la ko ni.
Saya : Kaki kau ngan aku bukan sama ke?
Aku : Ko diamlah saya. Kita setel dulu cete ni.

Saya : Saya heranlah. Kenapa mesti kau jeles ngan aku. Ngan kitaorg.
I : I pun jeran yuuu.... ko ckp ada masa jeles, ada masa x. Macam biskut la kejelesan ko ni! Org cam kita org x sama taraf pun cam ko.
Saya : cuba ko xplen lebe sikit. Cakap macam segan2 lak.
Aku : aku geram lak tgk mata kau ni terkebil2.

:......:.....:......

Aku : aku tak kisah la pasal ape ko nk jeles. Pasal kuasa ke, pangkat ke, keje ke, cinta ke ape jadah ke. Ngan sape ko nak jeles. Sebab apa ko nak jeles. Kita org ok.
I : Siapa kau nak jeles2 lak? Kat kitaorg ni?
Aku : Kau jgn potong cakap aku bole tak I?
I : Sorry boss....
Aku : Aku x paham kenapa kau nak jeles. Aku tak ambik hak kau. Pangkat kau tak luak pun. Duit x luak. X kurang. Even, mende tu bukan hak kau pun! Kau cuma perlu jaga kejap. Takyah berlagak la yg itu hak kau. Yg kau nak jeles dah kenapa?

:.....:.....:.....

Saya : Kitaorg tau kau ngidam mende tu. Kerusi tu tak kemana. Tapi kau nak bolot 2-2 apehal. Ehh, kalau yg kau yg jadi jaga skang ni pun tak terkawal. Kibut. Org complain. Marah... Inikan pulak nak jadi boss tmpt lain?
I : Plis laa...
Saya : Aik, bukan itu ayat yg patut aku cakap le?
I : Aku nkgak ada ayat.....
Aku : Ntah la... ko jaga la unit kau tu. Takyah ko nak sibuk2 jeles kat unit orang lain. Apetah lagi nak sibuk2 jeles kat aku. Yg x patut ko jeles.
I : Ko ni dah kenape?
Aku : Aku pukul gak I ni karang. Nyampuk je...

Aku : Kit org bukan ape. Bukan nak susahkan kau. Nak buat kau sakit hati ke, marah ke, jeles ke. Tapi kita org nak ko jaga dulu unit kau. Takyah dok nak sibuk2 pasal org lain. Anak buah kau pun tak terjaga, x yah la nak pening kepala. Xyah nak tunjuk hero. Anak buah ko perlukan kau sekarang. Jadi boss kecik dulu. Xyah nak jadi boss byk2.
Saya : Tu terpulang pada ko la. Tapi, dr apa yg kita tgk. Apa yg jadi pada post ko, anak buah ko, job ko. Ko jaga la apa yg ada. Takyah dok ngendeng kat org lain. Ingat semua org suka perangai ko. 1-2 bola la. Yg x suka? Xnak kira. Jgn smpi yg dikejar x dpt, yg dikendong keciciran
I : memang kita unit ni bukan hak kitaorg. But kitaorg tahu la camne nk handle. Walaupun ko kata org sini suka kau. Belum tentu ko boleh handle ngan baik.
Aku rasa, sok ada job lagi baik. Yg ko kejar skang ni pun ko tglkan camtu je. Xyah kencing la. Aku pun boss gak.

Aku : sukati ko la..
I: Aku dh pesan, aku dh ckp. Yg lain ko tanggung sendiri. Susah2, ko wat la unit sorang. Xde sape ko nak marah, x puas hati, jeles and takde sape yg nk ko ignore lagi. Tapi, one day, kalo kene kat ko. Or anak buah ko yg satu kepala. Jangan salahkan kitaorg.
Saya : TERPULANGLAH...    


Note dari kameraman...
Sekian, drama pendek utk posting kedua ari jumaat ni. Nak tido dh. Sok cuti... selamat pagi dan selamat bekerja. Kerja dgn baik. Jgn kaco org, jgn biarkan org kaco kita. Kalau ianya x bawqk faedah utk kita.


Sent from my ANDROID







Thursday, November 19, 2009

Google Reader - Do you have one?

Dedicated to anyone who still dont have any google reader account to read blogS

Follow this step by step to make your life easier.

Register you Google Account at www.Gmail.com



Register as usual



Click Reader. Or straight to reader.google.com


Now, you are at Reader main page.


To add new subscription/blogs/etc. Click Add a subscription.
For example... This blog.

Search bzz.blogspot


The result will come out
(tak sangka ada 12 org subscribe aku!)


Click subscribe. Then you can customize it.
Add to folder or create a new folder.
Like this... my blog under IDOL



Now... you can add more. More and more.
So you can monitor hundreds of blogs under 1 roof. No need to check one by one


Here. You can view my entries by list or by full view (expanded). Certain blog will allow you to read the whole story using your reader. But for my blog, you need to click on the link to read the whole story.


View by list


Click this link to read the whole story.


That's all.

Now... No sweat. Put in your idols (like me) under one roof. No need to search all around.

One more thing... You can add me in your Gtalk (inside gmail) and contact me 18 hours a day. Without a hitch. Without cost you anything.

Cheers!

Jangan pening kepala beb

Coz ada lg org yg susah masalahnya...

The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.  --- from txeet

Ramai yg mcm ni kan? Xyah tipu aku...

sent from my android

Kaypoh...

Tetiba aku terfikir begini...

Sometimes, masalah kawan kita xdelah besar mana. Kengkadang, kalo pun besar, xlah lebih besar dari apa yg kita katakan.

Tapi manusia berbeza. Ada manusia yg berlainan had toleransinya. Hal yg kecik ternampak besar. Hal yg besar nampak macam xde penyelesaiannya.

Ada masa kita mahu tolong kawan. Tapi dalam masa yg sama kita juga susahkan kawan dalam tidak kita sedar.

SEBAB RAMAI DARI KITA YG KEPOH

Kalau mahu tolong, bincang dan buat mahu tolong. Tapi kenapa kita mesti kepoh. Bercerita, menyebarkan cerita dqn gambar dan sebagainya? Kalau tahu ramai yg mendengar cerita hanya akan membawa keburukkan. Pilih org yg kita boleh percaya yg kita tahu mampu tolong kawan kita. Masalahnya ramai yg suka jaga kain dari jaga kawan.

Kerana mulut kawan binasa.

Sometimes, masalah tak besar mana. Tapi bila semua org tahu n xcitrd, yg terasa makin terasa.masalah x juga selesai.

So jgn kepoh2. Mahu kepoh pun, biarlah berpada. Pada org yg boleh mbantu. Bukan sebar satu dunia. Kawan pening kepala.

Kita, as kawan, mahu kawan bahagia. Mungkin x dpt bantu sentiasa. Tapi cukuplah kalau dapat tunjukkan jalannya. Bukan jalan keneraka (sebab kita kepoh), tapi jalan ke syurga.


Ada masa, biarlah tuan punya bdan yg cerita. Pada semua. Bukan kita kita pembawa berita tanpa makna dan sia2... kerana mulut si badan binasa. Mahukah kitabertanggungjawab ke atasnya?


Kita pun xnk org lain kepoh2 masalah kita kalau ianya tak membantu kan?



Sent from my ANDROID

Wednesday, November 18, 2009

Between Two Mirror



Semalam, aku borak2 ngan kawan aku pasal ada kisah org ni. Pasal pasangan dier lah... Bukan pasangan kawan aku, tapi pasangan kawan kepada kawan aku which is sikit2 kawan aku juga! A part of it aku kurang setuju dengan apa yg org lain setujukan.

Mungkin disebabkn pengalaman aku. So kat sini aku bincangkan kenapa aku kurang setuju dalam beberapa perkara dalam cerita ni. 1st...

Remember this thing 1st... Dulu, ada kawan aku kata cakap kat aku... "Kenapa aku perlu hormat dan ikut cakap kau? Kau bukan pakwe aku. Kau boleh kata sayang, but kau bukan pakwe aku. Aku hormat kau, tapi kau tak boleh arahkan aku itu ini. Kalau kau pakwe aku ke, laki aku ke lainlah cerita! Aku kenelah hormat kau...". Bila fikir balik apa yg kawan aku cakap. Siapa aku nak suruh org lain ikut cakap aku kalau aku CUMA KAWAN. Sayang tetap sayang, but cuma kawan... Rite?

Mungkin yg di atas ada kene mengena dengan yg cerita dibawah. Mungkin... (Even aku pun taknak dengar nasihat boss org lain pasal kerja aku, kan?)



Know more

Dulu aku ada kawan. Ceritanya lebih kurang sama dengan cerita kawan kepada kawan aku tadi. Satu pihak tak puashati dgn pihak lain. Dan menceritakan pada aku dan kengkawan yg lain. Pakwe dier camnih. Pakwe dier blablabla. Ada je yg tak kena. Last2, cerita tu menjadi buah mulut org. Dan yg tak besnya, pakwe dier ni jenis bendul dan jenis tak kisah. Dia jenis org yg wat ape je yg dier suka. Tak dengar dan tak paham.


So, lelama cerita tu, cam kawan aku je yg betul. Aku hairan gak. Kalau dier je betul. And pakwe dier je salah. "Apsal kau stick lagi ngan pakwe kau?". Muskil kan. Kalau sayang pun, ada hadnya. Pakwe kau tak betul, cari je la yg baru. Jauh lagi baik.

Then aku selidik. Tanya personally. Korek sesikit. Barulah aku tahu. Cerita dua belah pihak.

Actually, pakwe dia takde le salah mana. It's just dia taknak admit kesilapan dan kelemahan dia. Malah, ada juga kesilapan dia yg dier tak pernah nampak walaupun pakwe dier dah cakap. Susahlah... And dia jugak tak pernah nak admit yg dia berada di pihak yg salah dalam sesuatu perkara. So, kalau dia sendiri taknak admit, camne pakwe dier pun nak perbetulkan diri dia.

In the end, bila aku tahu, kisah dedua pihak, baru aku dpt sekolahkan dedua pihak. Keadaan berubah sikit. Sebab, kawan aku baru dpt tengok cermin yg ada di depan muka dia. Bukan asyik suruh org lain tengok cermin dan perbaiki diri sendiri.


Cikgu Sekolah

Selalu kita dengar ayah report polis pasal cikgu sekolah pukul pelajar. But cikgu sekolah salah sepenuhnya ke?
Selalu kita dengar pelajar ponteng sekolah, pelajar kurang ajar dengan cikgu. Cikgu salah ajar ke?

Mungkin ramai mak bapak kata. Cikgu sekarang tak cam cikgu dulu. Cikgu sekarang takde kualiti. But tengok pada diri sendiri. Aku tahu dulu ada mak bapak yg sanggup datang sekolah. Sebab nak marah cikgu. sebab anak dier kene rotan. Anak dier kene rotan sebab tak buat kerja or buat kesalahan yg lain. Ingat, BUAT KESALAHAN.

Kengkadang aku terfikir. Adakah anak dia org ni ceritakan semuanya kepada mak bapak dier org bila budak2 ni kena denda kena rotan? Adakah mak bapak dia org ni dapat terima yg anak dia org memang takleh pakai? Or tak kisah la anak dier ni macam setan pun, cikgu tetap silap dalam mengajar anak mereka? Mungkin juga mak bapak anggap sekolah ni cam tempat jagaan budak2! Or mak bapak sibuk di opis cari duit tapi tak peduli anak dia org jadi apa. Kecuali, anak dia dah bengkak2 kene rotan cikgu yg menjalankan tugas.

Aku? Anak aku buat silap... Cikgu... dipersilakan. Rotan je. Anak aku banyak songeh? Meh... biar aku tambah lagi sedas dua lagi. Aku akan dengar dari cikgu. Apa alasannya. Aku dengar dari anak aku. Apa alasannya. Then kita decide apa yg buat. Kalau cikgu over then cikgu kena. Kalau anak aku over, dia kena lagi.

Kalau betul anak aku kene tangkap hisap rokok dlm sekolah. So be it kalau dia kene sebat atau rotan. Kalau dia kene gantung skolah sebab kena tangkap ponteng sekolah seminggu. So be it. Aku akan tambah lagi.

Then... Aku pun nak tahu gak, apa alasan anak aku kenapa dia buat camne? Mungkin... sebab salah aku yg lebih pentingkan kerja dari family. Betul tak? Kalau aku cuma dengar yg sedap. Then the whole picture akan hilang. Masalah akan cuma selesai sekejap. Mungkin salah aku, salah bini aku atau siapa lagi. Kalau tak, takde lah kita dengar anak2 yg jadi setan sebab mak bapak keberantakkan... Salah cikgu ke?


Anakku Sazali

Tengok cerita ni. Salah siapa?

Ini bukan blame game. Tapi kita kena juga tengok. Adakah salah Sazali je? Tak... Ayah dia pun bersalah. Sentiasa betulkan anaknya. Sentiasa bagi anaknya apa yg anaknya nak. Anaknya macam raja. Sampaikan tak boleh dibentuk!

Melentur buluh dari rebung. Tapi Sazali dah jadi buluh. Kenapa ayahnya tak lentur dari kecil? Sayang anak, tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan...


Life - Mirror

Pada aku, sometimes kita tak boleh salahkan satu pihak lain sebelum dengar dari pihak yg lagi satu. Kalau ada 2 pihak, at least aku kene tahu sedikit sebanyak tentang kisah lagi satu. Kalau tak, cete yg satu, kurang valid. Aku tak boleh kata, org ni macam ni, org ni macam ni sebelum lengkap cerita aku. Aku takleh la nak tuduh satu pihak buat silap je.

Even judge pun dengar hujah dari pendakwa dan yg didakwa.

Mungkin pihak lagi satu degil dan keras kepala. But, sure ada reason kenapa dia keras kepala. Sure ada reason kenapa apa yg kawan kita kata tadi, dia taknak dengar. Sure ada reason kenapa kita perlu juga ubah org yg bercerita so that baru boleh berubah semuanya.


Sometimes kita kene tahu, kenapa dia buat silap. Kenapa dia buat macam tu. Baru kita paham apa cerita sebenarnya. Barulah kita boleh selesaikan masalahnya. Kereta yg baru tukar plug memang boleh start. Tapi takkan boleh pergi jauh kalau minyak tinggal sikit! Kengkadang kita tengok yg 'nampak' saja sampaikan terlupa yg lebih penting. Takkan nak kayuh kereta kot?

Berbalik pada cerita tadi.

Aku tak kata apa yg aku dan kawan aku dengar itu salah. Banyak mende yg betul tindakkan kawan kepada kawan aku tadi. But sometimes, kita yg mendengar ni tak boleh la hanya dengar dari satu pihak. Kita kene dengar the whole picture. TErmasuk dari pihak lagi satu. Baru kita boleh pergi selesaikan lebih jauh. Kalau cuma satu pihak yg nak betulkan satu pihak yg lain. Then masalah cuma selesai dari segi satu pihak. Pihak lagi satu macam mana? Macam cete tadi, kereta mungkin boleh tukar plug. But kalau masalah sebenarnya kereta tadi tak ada minyak. Tukar plug banyak mana pun kereta takkan boleh pergi jauh.


Org sakit gaot, kita bagi tongkat, boleh la jalan, tapi esok sakit lagi.


Just imagine kita macam Doktor

Kalau doktor cuma mahu dengar apa yg ibu kata tentang sakit anaknya. Sedangkan DR tak mahu dengar sendiri apa yg anak tadi rasa. Adakah DR tadi dapat ubati sakit anak kecil tadi dengan baik? Mungkinkah DR tadi akan tersalah ubat sebab dengar cakap ibunya saja?

Betul kan apa yg aku kata?

So imagine diri kita as a doktor. Tanya ibu tanya anak... Tanya apa sakit anaknya kemudian checklah anaknya. Bukan tanya ibu apa yg dia RASA-RASA anaknya punya penyakit then bagi ubat.


It's me anyway...

Aku, bukan nak menasihat. Tak layak pun menasihat atau beri pendapat. Tapi ini aku. Kengkadang, aku rasa kita perlu tengok cerita sebenar. Bukan satu cerita, bukan dua cerita. Tapi cerita yg ada disepanjang siri. Nur Kasih takkan kita boleh paham kalau tengok seminggu dua. Kan?


Kengkadang, aku takut, kalau ubat yg kita beri sebenarnya racun yg akan membunuh... Sebab kita salah check di awal sakitnya... Kalau bukan sekarang, mungkin akan datang...

Buat kawan aku tadi... Sorry kalau apa yg aku katakan ini nampak keras. Or mungkin tak bersetuju. Tapi aku ikhlas utk bercerita.


Apa kata, pesan kat kawan kamu tu... Cuba tanya2 bzz. Kot2 bzz boleh bantu. Bzz bukan cikgu, bukan Dr, bukan Wali atau pemenang anugerah. Tapi at least bzz boleh tunjukkan jalannya. So that kereta boleh jalan. Tak kira sama ada dia mahu tukar plug mahal, murah, cantik, baik atau mahu tambah minyak atau sebagainya. And i'll do it becoz I care and i want everyone to be happy... I'm your guardian angle...


Between two evils, choose neither
Between two goods, choose both
-- From Txeet


Sent from my ANDROID

Tuesday, November 17, 2009

YY Lam, Nik Aziz & Wang

YY

Dulu, aku ada seorang boss. Namanya Lam Yoo Yuen. Seorang Cina beragama Buddha.

Apa yg menariknya tentang YY (YY Lam), dia tidak menerima rasuah atau apa2 juga yg boleh dikira ada kaitan dengan rasuah. Hatta sekotak limau mandarin sekali pun yg diterima dari org yg ada kepentingan dengan keputusannya tidak akan diterima!

Tak pernah aku tahu dia ambil apa2 dari orang lain. Sejak 2003 hingga 2008, tak satu pun aku tahu dia terima pemberian org lain terutamanya dari org yg dpt contract dari Maybank. WALAUPUN, yg anugerahkan kontrak tadi adalah orang atas. Alasannya tetap sama. KERJA dan integriti.

CNY 2007... Syarikat consultant bagi CNY gift kat kita org. Termasuk YY. YY diberi Chinese Wine (mahal kot?), sekotak snack cina (daging babi salai agaknya) dan sekotak besar limau mandarin yg baik mutunya.

Aku ingat, aku yg mengangkat dari kereta boss consultant ke biliknya. Sebaik saja YY tahu itu pemberian org yg mendapat contract dari Maybank, dia kata "I cannot accept this. Hafidz, you pulangkan balik."... Then aku kata, macam mana nak pulangkan, org tu pun dah takde. Then YY berfikir sekejap. Kemudian dia kata, bagi siapa saja. Tapi dia taknak terima. Ingat lagi katanya... "Saya taknak kalau saya ambil this gifts, im afraid if my decision about them will be different because of these"... Sambil tunjuk jarinya pada gifts tadi dan suruh aku keluarkan dari biliknya.

NAH!!!! Itu YY. Cina berkepercayaan Buddha!





Nik Aziz

Bezakan dengan Nik Aziz! (Mana yg tak tahu, sila search blog politik tentang Nik Aziz terima sumbangan RM65K (seorang) untuk pergi Haji! Atau pergi sini. RBF

Mungkin Nik Aziz lebih Muslim dari YY and aku tak sealim Nik Aziz.

But, pada aku, kalau terima sumbangan (tak kiralah apa alasan pun!) dari org yg dapat kontrak (eksklusif) dari org yg ada kaitan dengan kuasa yg kita ada, then kita tak patut terima. Duit tadi mungkin halal, but cara kita terima mungkin akan meragukan orang lain. Adakah mereka ikhlas beri atau membalas 'budi' baik kita yg memberikan keuntungan pada mereka. Atau mungkin, mereka mahukan sesuatu yg lain pada masa akan datang?

Aku tak tahu kalau itu dikira rasuah atau tidak. But, pada aku, pemberian yg Nik Aziz terima (tak kisahlahlah ape alasannya), kurang baik utk gelaran yg dia ada. Apatah lagi kalau pergi menunaikan haji dengan kos RM65000 (Enam Puluh Lima Ribu Ringgit) seorang!

Pada aku, kalau betul, Nik Aziz kata, org yg memberi sumbangan tadi mahu pergi dengannya untuk mendapatkan berkat yg lebih. Apa salahnya dia mintak (Nasihatkan) syarikat/orang tadi sponsor lebih ramai org. So that mereka pergi dengan tiket biasa (Kata kerajaan rakyat yg prihatin). So that orang tadi, Nik Aziz dan isteri boleh pergi dengan lebih ramai org.

Mungkin, kalau yg pergi tadi CUMA 7 org, kalau mereka gunakan tiket biasa. Mereka boleh pergi 20 orang! (RM12K seorang*35 org) = (7*RM65k = RM455k). Malahan, ada lebih lagi duit untuk berbelanja... dan menderma. Bukankah itu lebih berkat dan baik? Mungkin dia mahu selesa, apa salahnya ambil tiket yg sedikit baik berbanding yg biasa, RM23k yg sama dengan Tun Dollah ambil pun masih baik. Masih lagi boleh sponsor 24 orang (miskin) pergi haji!

Aku tak tahu sama ada betul atau tak pergi Haji guna tiket mahal atau VVIP. Tapi pada aku, kat sana kita sama saja. Tak ada org pergi haji dengan blink2. Mungkin kita boleh selesa sedikit. Tapi kita pergi mengelilingi Kaabah yg sama! Tak ada kaabah khas utk VVIP!

Mungkin org (penyokongnya) boleh kata, org nak bagi, apa salahnya! Tapi masih lagi patut Tn Guru ni elakkan dirinya dari menjadi bahan fitnah (kalau perbuatan itu betul). Bukankah menjauhkan diri dari fitnah itu lebih baik? Berbanding menerima sesuatu yg baik dari bakal mendatangkan masalah?


Betul atau tak, tindakkan Nik Aziz... Biar Allah tentukan... Tapi pada aku, aku harap Nik Aziz dapat jauhkan perkara sebegini lagi pada masa akan datang. Apatah lagi dia dikenali sebagai Tok Guru dlm parti Islam. Dan aku harap, next time, bila dia menjawab soalan wartawan (atau mungkin dakwaan kaum Quraisy Malaysia - read, UMNO), jawablah dengan nada dan jawapan yg lebih merendah diri. Sesuai dengan gelarannya. Tok, jgn lah terlalu angkuh bila menjawab seakan2 tok lebih alim dan berpengetahuan dalam agama Islam berbanding orang lain. Itu harapan saya. So that tak hilang segala perasaan hormat saya pada tok.


Berbalik pada nama... And now... comparekan antara tindakkan YY and N. Aziz... Alangkah bagusnya YY yg merendah diri dan tahu mana baik dan buruknya tadi percaya pada Allah dan Nabi Muhammad.


Harapan : Tok Guru... Masa dah time. Berhentilah time org lain masih sayangkan dan hormat tok lagi...

I love you...

Don't just say "I LOVE YOU" to someone if you really don't love the person, because sometimes it may hurt people!   - from txeet

It's true rite? Sometimes even saying SAYANG will cause more problems to someone else. And maybe will relate to other people. So becareful when you wanna say sayang n love. They might haunt you back!

sent from my android

Monday, November 16, 2009

Finally...

Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful. - from txeet

sent from my android

Saturday, November 14, 2009

Dinner n gifts...





Hari ni pergi Dinner setelah bertahun tak gi (takde!) dinner Mebenk.

Saya dapat Mug mebenk... As a door gift..

And saya juga dapat Pen Sheafer, Organizer beso (yg aku rasa tak pakai) and buku Up Your Service ngan signature writer dier. As an award for Best staff... in my category... Ok le... Thanks buat sesape yg ucap tahniah... Wish, next year dpt bonus 4 bulan la pulak!


Still Kecewa... tak dapat gambar ngan amoi tuh... :( Huhuhuuhu...

Thursday, November 12, 2009

Ribut...

Bila hujan... tidur sajalah di rumah....

Sent from my ANDROID

Kadang-kadang

Just got this one... Fikirkan...

Kdg2 kta x sdr, org y kta x pdulikn, syg gla kt kta.
Kdg2 kta x sdr, kta tlmpau syg kt org, sdgkn dia slalu sakitkn hati kta..
dan kta xpnh sdr, kta bknnya sempurna, utk mndptkn org y sgt2 smpurna dlm hidop kta..
dan kta bkn sapa, utk buat org mnyayangi kta...
sbb kta, cuma manusia biasa



So persoalannya adakah kita sedar? Dulu? Sekarang? Atau masa akan datang???

Tuesday, November 10, 2009

Kopycat # 2

Baca ni... Kalau baca pun kau malas aku tak tahu le...


Penulis Blog Perlu Berintegriti - Blogger

KUALA LUMPUR: Penulis blog perlu mengamalkan sifat integriti bagi memastikan hasil penulisan mereka sentiasa dihormati.

Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Ibrahim Yahya berkata, seseorang penulis blog harus berani memperkenalkan dirinya kerana ia akan mempengaruhi kredibiliti karya yang disiarkan.

"Sesetengah blog ada wajah (maklumat penulis), ada juga yang tak ada wajah.

"Seperti saya sendiri, saya perkenalkan siapa diri saya, latar belakang saya... ini penting supaya bila kita tulis ada integriti, orang tahu siapa kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog Penerangan yang bertajuk 'Antara Penulis Blog dan Berita - Suatu Pembohongan atau Realiti' di sini hari.....


Datuk...

Itu cerita integriti. Kenalkan diri kita datuk.

What if, kalau dia perkenalkan dirinya. Orang dah tahu siapa dia... Tapi apa yg dia tulis... adalah fakta orang, cerita orang, idea org... Cuma tukar nama saja.

Apa kata Datuk tentang ini? Integriti ke sekuriti atau menipu follower mati-mati?

Contohnya Datuk, kat bawah nih. Bukan blog saya. Ni blog org lain, yg dicopy oleh blog yg berwarna kelabu. Adakah pengopi (tak layak jadi penulis blog) ni ada integriti???

Blog Asal

Blog Tipu

Blog Asal

Blog Tipu
Publish Post

Happy Birthday

SELAMAT HARI LAHIR
buat


FATMAWATI SHAARI



Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan hidup

May Allah Bless you Always!

Monday, November 09, 2009

Ini dah lebih...

Ini dah lebih...

Kalau blog friendster kau pun kau copy aku punya... melampau la tuh...

Aku percaya... ini ISI pertama yg kau ambik dari aku kan? Walaupun ayat lain, idea, gambar sama...



And... ini percubaan pertama kau copy cete aku kat blog friendster kau...




Aku tak tahu nak cakap ape... Kenapa la dalam dunia ni ada org macam kau?

Alim-alim Kucing : Copycat!

This is my post #1881 for this blog.




Last friday, seorang komenter, farahana bagitahu aku. Ada org copy cete blog aku utk jadikan cete blog dia. Well, memula tu, tak fikir la copy macammana. Maybe copy sikit then ubah idea... Then maybe juga dia buat link idea aku ke camne...

Pagi Sabtu, aku takde masa nak cek. Sampai la malam semalam. Baru aku cek sepenuhnya...

Aku tak tahu, memula tu sama ada aku nak marah atau nak gelak atau nak jadi psiko kejap. JAdi blur... You know blur... kejap2 ketawa, kejap2 marah. Pegang kepala... "Ape sebenarnya aku tengok ni? Blog aku ke blog orang lain?" Even, lepas satu tahap, aku tak perlu search isi blog mamat nih kat google, baik search kat blogadmin aku je. Tengok ayat, aku dh tahu itu aku!

Out of 44 entry dia... 25 adalah hak milik aku! 25/44!

And.... walaupun 25/44 tu adalah cerita aku, boleh dia ngaku yg itu blog dia? Siap bagi title blog, ".....ITU LAH AKU...... ". WTF? Biar aku besarkan lagi... Itulah aku? WHAT THE FUCK? Siapa aku...kau ke aku? Tu baru cerita aku. Cerita org lain yg dia kebas yg aku tak jumpe tuannya? Kau copy blog org lain, then ngaku itulah aku. Dah mereng ke ape?

Maybe ada reason kenapa org copy cete aku kalau aku rajin buat cete. Mungkin cete aku panjang. Mungkin aku buat reasearch, mungkin aku tak buat sama ngan org lain. Aku tak tahu... But kalau dah ucapan raya aku pun nak copy jadi ucapan kau, setakat tukar gambar... Cibai abis! Kau ingat ni SMS ucapan raya?

Ok... sampai satu tahap tu aku memang angin gile. And... yg buat aku lebih marah... Bila dia copy idea aku yg berapa line tuh, then ubah gambar Irfan jadi ntah gambar org lain... Tu... aku memang marah giler... Serius marah... Kalau dia duduk sebelah aku, hidung dia dah berdarah! Tak kisah la dia tinggi 172cm ke. Kasut saiz besar ke. Ape lancau pun. Aku marah gila!

But... Walaupun aku marah... Aku masih ada rasa kesian. Aku tunjuk contoh apa yg aku marah tapi still aku tutup muka org lain to org tak kenal...

Entry 06/08/09 - Gambar Irfan. Update guna HP, SE W880. Gambar ambik pada 03/08/09

NOW Compare!

Tu baru satu... How about this!

Entry 13/08/09 - Gambar Irfan. Update guna HP, SE W880. Gambar ambik pada 03/08/09



Boleh tengok tak? Just tukar nama. Kalau guna MS Word... >Find: Irfan >Replace:Adok... >find:Uncle >Replace:Abg....

Itu cuma 2 dari apa yg dia ambil... Want more? Nanti aku akan tunjuk satu persatu... So now... ini utk dia...


TO MY KOPYWRITER

So.... Aku tak kira la apa alasan kau pun. Ko nak tunjuk hebat ke, nak buat follower kau or org lain suka baca 'blog kau' ke. Nak rasa pelik ke, hensem ke ape jadah haram sekalipun...

Ni aku kasik amaran... DELETE KESEMUA entry aku yg ada dalam blog kau, tak kiralah kalau cuma 3 ayat sekalipun kau cilok. Delete entry org lain yg juga kau cilok. Then aku kasik masa b4 hujung bulan utk kau tulis satu entry/post yg kau kata sorry... (kalau aku tahu ini pun kau copy org lain, lagi teruk la kau kena).

Kalau tak buat......

Saturday, November 07, 2009

To you, my imposter!

I dont give a fuck kalau kau Fan no 1 aku sekalipun...

I dont give a fuck kalau kau buat aku glamer...

And

I dont give a fuck kalau kau nak mengulang apa yg aku kata....

Aku tak tahu sama ada nak marah atau nak gelak...

BUT... KALAU DAH 9 posting awal dlm blog kau, 5 posting kau copy dari aku, hampir langsung takde ubah... SIAP SIGN NAMA KAU



THEN... SIAL PUNYA ORANG!!!


Friday, November 06, 2009

Perompak, penyamun... Mat Rempit!!!


Babi babi babi... Lari... haram... haram... perompak itu haram. Lagi mengharamkan. Sial dan haram... Ada otak, letak kat lutut. Muka tak tahu malu. Penyamun...

Well... Ini cuma salam perkenalan aku pada si perompak... Perompak yg merompak dan menyamun posting aku ala2 mat rempit yg tak ada duit nak beli dadah lepas tu tendang org ngandung dan buat muka tak malu kononnya hebat bila hisap dadah!

Nak kenal siapa perompak? Ok.. baca posting aku ni...

Bila orang lain ada, aku pun mahu ada!


And now... Copy memana part (ayat) dalam posting tuh. Then search kat google... Insya-Allah... Korang akan jumpe perompak yg lonely tadi. Aku tak tahu mende ni. But tgk pada komen posting yg sama. Farahana yg bagitahu aku. Thank you.

And this perompak ada follower! Hahaha... follower yg ditipu kaw-kaw... Kencing lebat. Hancing...

Bullshit! Kalau kau mengaku itu tulisan atau idea kau. Then double fucking bullshit! Aku tak marah kalau kau nak ikut idea aku or nak tiru cara penyampaian aku. Or maybe copy dan letak link aku sebagai rujukan. But copy tanpa kebenaran... Then you're going down... Hard... Aku tak tolerate pada orang yg tak tahu malu macam ni...

So... Kalau la perompak nih tak delete entry aku dalam blog dia... Entry org lain yg dia copy dan buat macam harta toknenek dia. And tak minta maaf pada org yg dia copy... BY MONDAY... I know what to do lah...

So stay tune... MORE TO COME ON THIS!

--- aku dah copy semua entry dia as a prove!

33 Facts about Guyz

33 Facts about Guyz

Girls are surely going to read it

---Got this from my email... Bzz comments in italic...


1. Guys don't actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls. - Betul betul betul...

2. Guys hate flirts. - Depend

3.When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is. - nearly betul betul betul

4. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about. - betul....

5. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad characteristics. - betul betul betul

6. Guys go crazy over a girl's smile. - No comment

7. Guys will do anything just to get the girl's attention. - depend lahh...

8. When you touch a guy's heart, there's no turning back. - nearly betul betul betul

9. When a girl says "no", a guy hears it as "try again tomorrow" - maybe

10. You have to tell a guy what you really want before he gets the message clearly. - so motherly betullah...

11. Guys love their moms. - jangan tak percaya lak!

12. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses. - Errrr... No comment from me

13. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn't mean that the guy likes her. - maybe

14. You can never understand him unless you listen to him. - betul betul betul

15. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does. - betul...

16. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of the earth faster than girls can. - ;)

17. Like Eve, girls are guys' weaknesses. - Unless he's a gay!

18. Guys are very open about themselves. - betul betul betul

19. It's good to test a guy first before you believe him. But don't let him wait that long. - betul betul betul

20. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot. - For me... Sooo True!

21. Guys really admire girls that they like even if they're not that much pretty. - yup

22. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice - betul betul betul

23. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you. - should be like that lah...

24. Guys keep secrets that girls tell them. - sure la...

25. Guys think too much. - Depend

26. Guys fantasies are unlimited. - No need to explain... okay?

27. Girls' height doesn't really matter to a guy but her weight does! - But not too thin.

28. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. So watch out girls!!! - i guess soo...

29. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls. - Hahaha... so true!

30. You can truly say that a guy has good intentions if you see him praying sometimes. - yup!

31. If a guy says you're beautiful, that guy likes you. - maybe!

32. Guys hate girls who overreact. - No need to explain. True!

33. Guys love you more than you love them IF they are serious in your relationships. Doesn't this all make sense? - should be like that

Thursday, November 05, 2009

Pasta Santan...



  • Pasta Santan ciptaan aku time lapar...
  • Amek lebihan pasta yg ada kat dalam peti sejuk. Walaupun sebulan tapi mesti nampak lagi ok.
  • Tumis bawang, garlic. Campak la ape yg kau nak. In my case, aku campak ketamball yg aku dah masak ngan fettucini.
  • Masukkan santan. Aku letak sekotak kecik santan. Biar nampak lemak.
  • Masukkan garam and perisa lain. Sesambil tu campak la rempah apa yg ada kat dapur. Aku letakkan ape mende ntah. But rempah tu tak rasa citrus. Lebih cam rasa woody. Kalau rasa cam tak balance. Letak la lebihan cili dlm paket yg dpt masa order domino pizza utk pedas. Then oyster sos utk masinkan sikit. Asam jawa sikit. And maybe...lebihan cheese
  • Masak smpi nampak pekat.
  • Then masukkan fettucini dan gaul sampai rata...
  • Nahhh... Siap!!!

Memang tak sama cam Italianies, tapi boleh la buat kenyang perut... hehehehe... Pasta Campak ala jawa...

Wednesday, November 04, 2009

test on android

hello 123...

Tuesday, November 03, 2009

Woohooo... 50k!

akhirnya... (walaupun nearly 10k tu cam tipu je...)

Bersih, Kemas dan Ceria

“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,” katanya.


For some, criteria dia nak cari isteri adalah cantik, comel, my taste, berharta, ada kerjaya, pandai simpan duit, alim dan etc. Sama ada pilihan dia atau pilihan keluar.

Well this is mine. Bersih, kemas dan ceria.

Aku tak kisah kalau dia tak berapa cantik (tapi takde le cam kambing), tak kisah kalau dia tak berapa alim, tak pandai simpan duit sangat, tak berharta sangat or apa saja. Yg penting... 3 elemen kat atas tu ada...

Tapi tak adalah aku mahu yg pembersih sampai tahap menyusahkan aku. Kemas sampai tak ada silap salahnya. Or ceria sampai terlupa dunia.

Dalam 3 perkara kat atas tu. Aku takde le perfect kat situ. But aku titik beratkannya.

Pembersih... Aku takde le bersih mana. But aku tak suka mende yg kotor. Jiran aku dah kene sound sebab pengotor. Aku pernah sound org sebab campak sampah depan aku. Even aku tak suka pergi camping or hiking sebab nanti aku bawak baju yg byk. Sebab tak selesa pakai baju sampai 1-2hari yg sama. Biarlah bersih. Nampak kotor, dibersihkan. Tak perlu berkilat. Tapi bersih. Bersih tu kan baik. Nampak perkara yg kotor, kalau itu dalam lingkungan kuasa kita, bersihkan.

BTW... aku slalu tgk awek yg jalan. Kengkadang kecewa... Muka cantik. Gaya ada... Tapi kuku kaki panjang tak potong... Pengotor... Yup... sampai tahap tu aku boleh tgk awek tu pembersih ke tak...


Kemas... Aku bukan pengemas. kalau tengok meja aku. Berterabur gak. Bilik aku pun takde le cam bilik anak dara. Bilik bujang. But aku tak suka kalau tempat yg org lain boleh tengok, boleh nilai kita itu tak berkemas. Pada aku bilik adalah privacy aku. Tapi, ruang tamu utk tetamu. Utk org melepak. Utk org lain. So make ruang tamu as ruang utk tetamu. Tersusun. Walaupun tak cantik, tapi biar la kemas. Walaupun tak canggih, tapi mata tak penat tengok. Kalau dah tonggang langgang... sakit kepala!

Dulu aku dok umah bujang. Aku je yg dok bilik. Yg lenlain nk tido depan tv. Aku tahu bilik aku gelap dan rasa sesak. But... aku taknak, sebab aku tido luar, aku jadi tak pengemas. Aku marah la housemate yg buat camtu. Sbb aku tahu... sah2 kalo ada tetamu datang, rumah nampak gile tak berkemas. Yup, betul aku kata, byk kali parents yg dtg... memasing kibut nak kemas. Tilam, bantal, surat khabar, majalah semua bersepah. Confirm parent tu kata... "Anak aku duduk dengan org yg pengotor..." WAlaupun anak dia pembersih...


Ceria... Org tu mesti ceria. Taknak mandom. Taknak sedih or cerita masalah je. Kalau tak ketawa, at least tersenyum. Bila ada masalah, boleh berfikir dengan waras. Boleh berbincang. Bukan nak maki hamun semua orang. Bukan nak nangis 24jam. Bukan nak tu semua. Dia kene ceria. Tapi taklah sampai mende yg patut sedih pun dia nak gembira gak. Pepandai la.

Org yg ceria ni menyenangkan kepala. Meringankan masalah. Mengembalikan semangat. Dan mungkin buat kita ceria juga!


Ermmm... aku sambung lagi pasal ni nanti... Baca artikel tu sepenuhnya di bawah...

KUALA TERENGGANU: Memang sukar untuk dipercayai tetapi kini percayalah - bau badan (body odour), adegan seks dan baju tidur yang membosankan (boring pyjamas) telah dikenalpasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri ini.

Untuk itu, Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin di antara suami-isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin.

Paling utama dalam senarai inisiatif baru ini ialah untuk menjemput syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan bau-bauan yang eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah.

Malah kerajaan negeri juga ingin mencadangkan supaya pasangan suami-isteri lebih kerap bermandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh percaya, langkah ini akan mampu mengurangkan kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kalangan pasangan muda.

Bercakap kepada akhbar The Star semalam, beliau mendedahkan bahawa apa yang membimbangkan sekarang ialah setiap tiga dari 10 perkahwinan di negeri ini berakhir dengan perceraian.

Beliau menambah, perpisahan kini menjadi satu trend yang sangat ketara di kalangan pasangan yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun.

Muhammad Ramli berkata, apa yang mengejutkannya ialah apabila beliau mendapati, pasangan yang telah berkahwin di bawah lima tahun dan kini berada diambang perceraian menyatakan bahawa perlakuan seks yang rutin dan bau badan yang keterlaluan adalah punca utama mengapa mereka hendak bercerai.

Malah beliau juga terkejut apabila dimaklumkan oleh para kaunselor nikah kahwin, yang terdapat juga suami-isteri yang mengadu mereka jemu melihat cara pasangan mereka mengenakan baju tidur yang tidak memberansangkan malah pada kebanyakan masa hanya mengenakan kain sarung dan kemeja t sehingga menjemukan sehingga membawa kepada hilangnya keghairahan untuk mengadakan hubungan kelamin.

“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Keluarga Negeri akan meminta bantuan syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan pewangi khas untuk pasangan-pasangan yang bermasalah ini dengan harapan ini akan membantu mengekalkan perkahwinan mereka.

“Saya juga ingin menggalakkan pasangan yang baru bernikah ini supaya mengamalkan mandi bersama kerana saya pernah bertemu dengan satu pasangan dari Kelantan yang masih lagi mandi bersama walaupun mereka telah menjadi datuk dan nenek dan perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Mungkin, katanya, semua pengalaman ini patut dijadikan satu daripada kurikulum yang perlu diperkenalkan kepada pasangan yang akan menghadiri kursus perkahwinan di Negeri Terengganu.

Muhammad Ramli turut menambah bahawa pihaknya juga sedang mencari konsultan yang dapat memberi tunjuk ajar kepada pasangan yang telah berkahwin mahupun yang akan berkahwin bagaimana hendak menghias diri agar kelihatan menarik dan segar mata memandang.