Thursday, January 29, 2009

Ekonomilah Bodoh...

Kita sibuk berpolitik. Mempolitikkan apa yg tak patut di politikkan. Tak kiralah ahli politik ataupun blogger.

A sibuk menyiapkan diri utk bersara. Biar bila dia bersara, dirinya tak dibaling kasut. The other A, sibuk ngan lompat sikatak lompat. Nak jadi pembesar terbesar.

Si K pulak, kononnya memperjuangkan kaumnya, yg kononnya tertindas dan ditindas... Dari luar negara. (takde anu!). Di K yg lain pulak terjerit-jerit. Kononnya dialah pembeli kaum utama. WAlhal dialah yg memyteamkan orang yg tak sepatutnya. Sampaikan orang yg tak sepatutnya rugi, jadi rugi.

Si R sibuk kononnya sayap yg ni penyebab duit berterbangan. Si R yg lain, kata... damn youh...

Si L sibuk kata dirinya yg membawa 'kemenangan' dalam negerinya. Walaupun 'kemenangan' tadi diusahakan sebelum dirinya berkuasa. Kalau ada komplikasi kesihatan, sibuk dia kata... Si A, Si B dan Si C yg penyebabnya. Si L lain sibuk menang parti menang parti. Itu saja dia tahu.

Si B Eko, sibuk, itu tak boleh ini tak boleh. Sebab buku kata tak boleh. Buku kata nanti kesannya buruk. Si B ini pula kata... Kalau kita buat ni, nanti tak standardize...


Hoi... Bengong... EKONOMILAH, BODOH!!!

Takkan nak jadi macam ni?


With no job and 5 kids, 'better to end our lives,' man wrote

Lupoe wrote in the fax, "after a horrendous ordeal, my wife felt it better to end our lives; and why leave our children in someone else's hands ... we have no job and 5 children under 8 years with no place to go. So here we are."


Mungkin takde berita dlm Utusan, The Star. Tapi aku percaya ianya mungkin akan ada. Masalah, kalau ada pun, orang lebih suka baca pasal gossip artis kena tangkap basah. Ataupun lebih suka baca pasal politik satu tingkap.

Kalau dibiarkan kesan ekonomi Malaysia. Lelama lagi, akan ada kisah macam cerita di atas. Mungkin kita tak menembak, tapi kita lebih suka meracun. Macam mana nak menembak kalau kita pun tak mampu nak beli pistol seludup? Racun lebih murah! Tragis!!!

EKONOMILAH, BODOH...

Tak kisahlah apa pendapat agama, politik atau apa pun. Utamakan ekonomi. Bangunan nak runtuh, kita lebih sibuk pada artis, fesyen atau tingkap kita. Kalau runtuh... Satu hapah tak berguna lagi. Kau nak blame saper? Artis atau tingkap?

Bersatu. Bukan merobohkan. Kononnya dengan pendapat kita yg 'serba hebat', kita menidakkan keupayaan orang lain. Kan baik, kalau kita yg menyokong atau melawan ni, mempergunakan 'kuasa' yg ada ni utk jadikan ekonomi lebih baik. Memanglah cara kita tak sama, tapi kalau dengan kelainan kita ni boleh jadikan kesan yg diikktiarkan oleh org yg lebih ada kuasa tadi lebih baik. Kan lebih bagus.

Tak... Ini tidak. Selagi kita boleh politikkan, kita politikkan. Yg ada nak diroboh. Yg nak dibangunkan, bukannya nak diletakkan tetulang, tapi lebih banyak mencurah air dari meletak simen. Sebabnya? Org lain gagal, kita berjaya. Apa kejadahnya? Bangunan nak runtuh. Kita dlm satu bangunan. Org lain runtuh, kita runtuh. Nak membangunkan bukan senang. Itu pun kalau kita hidup lagi. Kalau dah kene tembak?

Tak kisahlah org yg berkuasa atau org yg diluar kuasa (tak dapat lagi). Bersatulah. Takkanlah smpi ada keluarga bunuh diri baru nak tersedar. Buang2kan sikap pentingkan periuk nasi sendiri. Buangkan sikap pentingkan apa yg tak penting. Bersatu. Sebab... Ianya EKONOMILAH, BODOH!!!

Yg di atas, pedulikkan lalat2 yg mengacau. Lauk dan nasi perlu dibuat. Lalat tak dapat jadikan makanan kita lebih dimakan. Tapi kalau lalat mahu jadi tikus ratatouille, tak apalah. Apa salahnya?


Lu fikirlah sendiri...

Wednesday, January 28, 2009

Pembunuh upahan


Yes, tanpa c4 dan pistol aku juga mampu jadi pembunuh.

Hanya perlukan newspaper lama yg dilipat. Ketuk2 sampai mati!

Tinggal 1 buruan lagi yg tinggal. Mungkin yg terakhir ni pernah menuntut dgn alqaeda. Itu pasal x jumpa dari tadi.


Utk pertanyaan, hubungi aku, 'the 4am killer' di -
013-309dotdotdotdot

Saturday, January 24, 2009

Adakalanya kita belajar

Adakalanya kita belajar dari guru
Adakalanya kita belajar dari keluarga
Adakalanya kita belajar dari buku
Adakalanya kita belajar dari pengalaman
Adakalanya kita belajar dari kesilapan
Adakalanya kita belajar dari kesusahan
Adakalanya kita belajar dari kedudukan
Adakalanya kita belajar dari peluang
Adakalanya kita belajar dari sentuhan
Adakalanya kita belajar dari kepahitan
Adakalanya kita belajar dari kemanisan
Adakalanya kita belajar dari kerugian
Adakalanya kita belajar dari keuntungan
Adakalanya kita belajar dari kekecewaan
Adakalanya kita belajar dari kekerasan
Adakalanya kita belajar dari kelembutan
Adakalanya kita belajar dari kerinduan
Adakalanya kita belajar dari kejelekkan
Adakalanya kita belajar dari sikap
Adakalanya kita belajar dari masa
Adakalanya kita belajar dari hati
Adakalanya kita belajar dari jiwa
Adakalanya kita belajar dari impian
Adakalanya kita belajar dari bayangan
Adakalanya kita belajar dari mimpi

Tapi...

Banyak kali kita tidak belajar dari apa yang boleh kita pelajari...

"Belajarlah walaupun sampai ke negeri Cina"

Sekali gagal, bukan bermakna, kita akan terus gagal...

Thursday, January 22, 2009

Lesson to Learn


Lesson to learn....
During this recession time....

Demoted but not defeated

"I refused to leave when the company began retrenching during the financial crisis," said the 43-year-old, who was working for a cement manufacturing company in Rawang then.

He was given two options: a voluntary separation scheme or a demotion.

"I had a family to feed and I knew if I resigned, there were no jobs outside. Since I needed the money, I accepted a job as a typist. Not only was my pay cut by half, I was also transferred to Chemor, Perak," said Kamalanathan, who was earning RM800 as a clerk.

Kamalanathan left his family for three years. "During that time, I realised the importance of education and saved up money to take up distance learning."

He said three years later, things changed for the better when he hosted a sports event here which caught the eye of his boss.

"My boss saw my performance, especially my communication skills, and offered me the same clerical position I once held."

He said the transfer did not only teach him valuable lessons about community relations and the importance of higher education but also gave him the chance to learn an additional skill.

"If I did not take up that offer, I don't think I would have started blogging or begun communicating online."

Kamalanathan leads Putera MIC and is a public relations manager with Serba Wangi Sdn Bhd.

"If you are demoted, do not let go of the job, especially during a financial crisis. There may be a skill or two that you can learn from it that would help you in the future."

Wednesday, January 21, 2009

Pinch me


"Somebody told me, they want to pinch hafidz"
" I said noo no no..."

Aku kata... Huh??? What the heck...

Kata abg... "Ouhhh... ada org nak curik kau ekkk?"...



Camne tu? Actually, dari dulu lagi camtuh... Ada org nak tarik aku ke atas...

Biasalah... Orang glamer... Baby face... Nak buat camne?
Aku harap2... Awo la yg nak tarik aku tuh. Boleh aku dok lepak2 selalu.... :-)

Bye-bye sucker...





So long... Bye-bye...


Anyway... I'm gonna miss your jokes, Bush...
Pics

'The moment of truth'

Kayo!!


Last year aku belì ipo baru. Nama comp tu Jftech.

Beli bukan sebab nk jual balik n ambik untung. Tp sebab nk activatekn online stock kat m2u. Harga pun murah. So aku angkut 200 unit. Dlm rm80 kot?

Start 2nd day, saham ni x pernah naik lagi tinggi dr harga asal. Tapi aku x kisah coz bukan nk jual pun.

Arini aku dpt cek. Aikk?? Company ni bole bg dividen time gawat? Hebat!

X byk... 200 je. Dua ratus... Sen... Hehehe...

Apehal pun, walaupun seciput, tp aku x sangka, dpt gak. Mungkin 20-30 tahun lg balik la modal aku ngan dividennya..


Jom... Dapat teh-o dua ni...

Tuesday, January 20, 2009

Serban, saman dan mengong...

Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman

Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman kerana menunggang motosikal pada kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.


Dan Hari Ini

Saman pelajar berserban agar elak jadi trend

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.


Aku???

Aku tahu, 'mungkin' sunat kita pakai serban. Kenapa aku kata 'mungkin'. Sebab kita dapat pahala kalau kita ikhlas, tapi tak dpt pahala kalau kita pakai serban semata-mata taknak kena saman polis. Ya, betul... Ada org yg macam tu... Helmet takde, dia pakai serban. Tapi pakai jeans koyak2.

Aku tahu, orang Singh boleh pakai serban. Sebab serbannya tak memungkinkan dia boleh pakai helmet. Tengoklah bentuk serbannya. Bukan aku nak kata, tapi logiknya, memang begitu. Turban tak senipis tudung.

Cuma aku nak tahu gak... Katakan kita pakai serban, eksiden. Cedera otak. Tak boleh belajar, tak boleh sara anak bini. Adakah itu boleh dapat pahala? Adakah itu boleh menyebabkan kita mati syahid atau sebagainya? Bukankah Allah suruh jaga keselamatan diri utk kebaikkan orang yg kita sayang? Kalau kita tak selamat, siapa nak jaga mereka? Menyusahkan diri sendiri walaupun kita ada cara mengelakkannya pun dah kira tak baik gak...

Aku nak tahu... Boleh tak ulama katakan sesuatu utk panduan mahkamah.

Islam itu mudah. Memang betul, zaman nabi orang pakai serban. Tapi kita tak tahu zaman nabi orang pakai helmet ke tak masa naik unta. Ataupun pakai helmet masa naik kuda. Betul? Katakanlah, zaman tu dah ada helmet utk naik unta. Adakah Nabi akan suruh orang akan pakai helmet utk jaga keselamatan mereka? Mungkin naik unta tak boleh eksiden macam motor, tapi dugaan Allah ada dimana-saja. Aku tak rasa Nabi Muhammad mahu bahayakan ummatnya kalau ada cara utk menjaga keselamatan.


Then, masa perang Islam... Lebih kurang bahaya macam menunggang motor. Adakah orang islam pergi berperang dengan serban saja. Atau ada penutup atau pelindung kepala yg dapat mengelakkan dari bahaya? Baca cerita zaman kegemilangan Turki. Kalau ada pelindung, kenapa pakai kalau kita nak syahid? Kan kalau kena ketuk kat kepala kita masuk syurga? Syahid? Apakah syahidnya diterima Allah, kalau kita sengaja mengundang bahaya sedangkan kita mampu mengubahnya? Kalau zaman tu ummat Islam tak pakai pelindung, mampukah org Islam menawan kota-kota besar lain?

Balik cerita serban...

Katakanlah budak ni naik motor, jatuh motor, kene lenyek lori 30tan... mati... Mak bapak nangis... "Hah? Soss???" Dah berterabur sos atas jalan. Kepala pecah. Sebabnya, hanya pakai serban. Yelah sekolah pondok... Adakah tindakan budak tadi bijak?

Mak bapak hantar gi sekolah pondok, suruh jadi alim ulamak. Ajar ilmu pada orang lain. Berbakti pada agama. Menyebarkan agama Islam. Mendoakan ibubapa bila mereka pergi. Manfaatkan duit yg ibubapa belanja utk kebaikkan. Tapi... Kalau dah 'gol' awal2... Tak ke terlepas amalan baik semua tu? lepas... Ape jadahnya nak menyebarkan islam, kalau dah dia terbaring bawah lori. Abis... abis semua harapan makbapak, nusa bangsa dan agama... Abis...

So salahkah budak yg sekolah pondok ni pakai helmet barang 10-20 minit? Utk kebaikkan mereka. Keselamatan mereka... Untuk masa depan mereka. Untuk keluarga mereka? Tak pakai serban pun, atas motor masih lagi boleh berzikir, boleh berdoa. Boleh mengingat Allah. Betul? Kalau dia kata dia hanya boleh berzikir time pakai serban saja... Meh aku cakap sikit... "Weii balik la.. Kau gi tanam tembakau lagi baik... 24jam kau nak berseban pakailah..."


Anyway... terpulanglah... Keselamatan diri sendiri pada tangan masing2. Bukan aku kene pegang helmet kau pun time kau masuk bawah lori...



Cerita lain yg takde kene mengena... Cuba bayangkan ini. Aku diajar... Kalau kita berpuasa sunat... Then tetiba ada orang beriya-iya mengajak kita makan. Nak belanja. Tak kiralah saper. Kita digalakkan berbuka puasa sunat tadi.... Aku tanya cikgu, puasa sunat tu kan baik? Kenapa nak buka? Cikgu kata... Niat kita puasa kita dah ada. Tapi ajakkan orang, gembirakan orang tu pun sama juga besar pahalanya. Esok2... Kita boleh berpuasa lagi... Lagipun, cikgu kata... Niat kita puasa pada awalnya saja dah buat kita dapat pahala. Apatah lagi kita niat puasa, sukakan orang dan puasa lagi esoknya?


Lu fikirlah sendiri...

Tunggu


Perkara yg aku malas,

Aku perlu tunggu... Aku perlu tunggu... Aku perlu tunggu...

Aku malas menunggu... Menunggu memerlukan kekuatan dan kesabaran.

Itulah masalahnya, kerana kekuatan aku untuk bersabar tidak sekuat orang lain. Kalau aku penat menunggu, aku geram. Bila aku geram, mesti ada yg lari. Malasnya menunggu. Menunggu signal, menunggu situasi yg aku tak tahu.

Tapi kalau aku tak tunggu, nanti pergu pula. Tapi masalahnya, aku bukan ada masa sebebas orang lain utk menunggu. Aku bukan penjaga masa mahupun lines man yg memegang nombor untuk ditunjuk... "Masa dah tamat!"

Bila kita tunggu, kita perlu buat sesuatu. Ada kala sesuatu itu sesuai, ada kala sesuatu itu tak sesuai. Lihatlah keadaan, lihatlah situasi. Situasi yg menyesakkan pasti membuat aku lebih malas menunggu. Situasi yg nyaman juga belum tentu membuat aku lebih tahan menunggu.

Penat kan menunggu?


Tapi apa nak buat. Adakalanya, kita perlu tunggu juga untuk dapat sesuatu yg bernilai. Kalau tidak... Alamat tepuk dahi la jawabnya...

Monday, January 19, 2009

Over The Weekend


Tak banyak yg berlaku weekend lepas... But ini kesimpulannya...

Piliharaya
BN Kalah! Seperti yg di jangka oleh org yg tak relevan (Tun), BN ada harapan besar kalah. Manakala si mamat sombong cuba mentaichi balik isu sebenar kepada orang lain. Katanya... "Bukan salah calon"... Penyokong2 kuat kaki taichi ini pulak mentaichi balik kepada orang yg tak relevan. Kononnya, orang yg tak relevan tadi yg menyebabkan kekelahan BN di Kuala Terengganu.

Bengong. Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang lembu mengembok... Tapi kalau dah tahu mengembok atau mengembek pun... biarlah masukkan kambing dan lembu yg betul. Kambing dan lembu yg 'wangi'... Dia org taknak terima.


MU
MU naik ke tangga teratas liga. Bean geram sebab Liverpool kat bawah sekarang. Takpe bean... Kalau kau lebih satu permainan, dan menang, sure kau boleh potong MU balik... Jgn marah aaa...


Angin
Aku tak makan angin mahupun berjalan2 minggu nih. Lepak je. Maybe 'mood' kocek aku tak baik kot. Tu la berabis kat metrojaya. Sib baik la perfume yg aku beli tu lagi mahal kat luar. Nearly 90% lebih mahal dari yg aku beli. So betul la minah tu kata, diskaun 50%... Nyesal lak aku tak borong 18kotak. Kalau tak, aku boleh bisnis raya cina ni kat kampung. Kot2 atok aku nak pakai CKin2U for Her ke? Ehhh... rock jugak atok aku...


Angkut
Disebabkan si pengemas dah sound aku. Terpaksalah ambik kotak diopis. "Kalau tak saya bakar nanti"... Huishhh banyak rete dlm kotak tu. Kena bakar... Abis la rete aku... Ni la payahnya kalau salah tuning bos ngan staff... Cuba fikir, secara logik... Jarangkan jumpa orang sistem yg pengemas? Dia org tahu 01010101010101010101010101... Itu je. Kalau kemas pun... Still tak sama ngan org lain. (alasan...)


Butter
Skot, Sarah tengok Butterfingger. Memula nak gak gi. Tapi fikir2 balik. Takpelah... Lagipun, weekend ni aku banyak terButterkan diri aku atas tilam. Hehehehe... balas balik hutang tidur.


Lain2...
Takde cete... Tunggu weekend nih. Balik kampung ada kenduri... Raya cina nih, kenalah dungdungcer...

Friday, January 16, 2009

Syy, surprise


Syy, surprise utk mak. Bday dia lama lagi. Tp sebab kt opis ada sale metrojaya, aku beli la.

Katanya mahal, 3rat lebe. Tp sale jd murah. Ape lagi. Beli la. Perfume aku yg lg murah. Ni pakat borong Burberry ni...

Thursday, January 15, 2009

sayangnya

Sayangnya....

masih ada banyak lagi negara islam yg tak dapat bertindak lebih drastik dari tindakan ini. Bukan saja tindakan, malah mereka tidak bersatu padu...

Whylah... malulah kat bukan negara islam

Venezuela putuskan hubungan diplomatik dengan Israel
15/01/2009 11:16am

CARACAS 15 Jan. - Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel semalam sebagai memprotes keganasan tentera Zionis di Genting Gaza.

Kerajaan Presiden Hugo Chavez mengambil keputusan tersebut seminggu selepas ia mengusir Duta Israel di sini, Shlomo Cohen serta tujuh kakitangan kedutaan bagi membantah tindakan rejim Yahudi itu di Gaza.

“Venezuela mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan penindasan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan Kementerian Luar semalam. - AP

Tuesday, January 13, 2009

Boikot 100%


Perkara yg perlu difikirkan


Kita boikot... Tapi kita amat memerlukannya. Ini kerana kita tak hasilkannya

Dapatkah kita boikot 100%

Apa kata kalau begini.

Kita boikot... Dan tak kisah kerana kita tak perlukannya. Kerana kita juga turut menghasilkannya.

Dapatkah kita boikot 100%????

Monday, January 12, 2009

Siap!


Dkt 2 minggu nk pinjam drill abg sani, x jadi. Last2, ayah beli trus drill. Hehehe

Sebelah kanan nanti aku akan isi ngan gitar lain. Skang ada tong. Ada ibanez rg321mh. Pasni cari fender. Kalo dpt no ekor, aku beli gibson yg harga 20k.

Tp gibson sure x dpt. Mana nak dpt. No ekor pun x belì.

Sib baik amp aku tu berat. Kalo x, aku nak gantung gak.


Okay, nk layan A. Rahman Hasan... Parap-parap...

Anak dara tak kawin lagi?

Korang risau?

Usia dah lanjut tapi tak kawin lagi? Pakwe takde dan takde yg sudi? Kalau yg ada pun, dah lari lagi atau mungkin kita yg terlalu hebat melarikan diri. Yang akhirnya kita yg gigit jari?

Berapa umur anda? 25? 28? 30?

Itu masih anak dara. Zaman sekarang ramai anak dara kawin lama.

Jangan ambil pusing masalah keluarga yg terkecoh-kecoh tentang kita. Kita yg kawin, bukan mereka. Kamu yg meneran, bukan mereka.

Tapi...

Janganlah sampai begini...


Kalau dah tahap ni... Lupakan saja. Jangan kata nak buat anak. Program pembuatan anak pun tak berjaya... Secara logiknya... dah gile?

Melayu Perak perlu tuntut pajakan 999 tahun

Aku minta ayah Wyda dan orang kampungnya mendahului senarai yg meminta tuntutan ini. Kalau mereka boleh dapat 999 tahun, kenapa kaum yg lebih lama tinggal di sini tak boleh tuntut lebih dari itu?

Melayu Perak perlu tuntut pajakan 999 tahun

"Oleh itu, Perkasa menggesa orang Melayu di Perak memohon supaya tanah masing-masing dilanjutkan kepada 999 tahun, 'sediakan payung sebelum hujan' jangan pula nasib yang menimpa kepada rakyat Palestin akan berulang di negeri ini.

"Orang Melayu harus sedar tanpa tanah, hilang tanah maka hilang negeri seperti rakyat Palestin hilang negeri kepada Zionis," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.


Sekarang aku nak tahu, ape kata Nizar... Kalau hampir semua orang Melayu minta. Tak kiralah sama ada mereka itu penyokong mereka atau tidak. Mampu atau tak kau melayan. Ape kata mu? Utk rakyat jugak. Sekolah bukan nasional boleh dpt. Org kampung baru dapat. Takkan org 'nasional' dan org lama tak dapat kot? Apa cete?

Don't worry bro... Pasti Jimat utk kerajaan negeri... Lepas ni. jangan kata kereta Camry... Semua boleh exco pakai Brabus lepas ni. Kereta buatan luar negeri kan lagi jimat! Kan kan kan?



Nota - Bodoh... kalau ikhlas sangat nak berjimat duit rakyat. Pakai la motor. Takpun Viva. 1km baru 10sen. Kalau GTi 1km 21sen, inikan pulak Camry? Jimatlah sangat. Tak pernah jugak aku dengar Viva servis smpi rm1k sebulan. Tak jimat? Nak jimat lagi? Suruh driver hantar naik basikal macam dalam iklan tuh... Confirm jimat. Think Rakyat. Or Rakyat to Think again...

Friday, January 09, 2009

Spat!

Don't worry bro, I need my saliva now. I will save it for you next time. Incase you need it one day...



Anyway...This one guy should not dare the rakyat to spit on his face... Remember this?



I want my Rakyat allowance. Not a pigfarm...

Thursday, January 08, 2009

X bersih lagi!!!


X bersih!
X cukup bersih!
Mana ada bersih?
Kena bersih lagi!
Bersih lagi!
Gile punya bersih!
Gile babi punya bersih!

Hah... Dh bersih dan tersusun pun masih gile babi punya komen.
Giler ahh...

Tuesday, January 06, 2009

Zionis haram


Zionis, Israel... Haram gampang tujuh keturunan korang. Mati la hendaknya Pm Israel...

Boikot Israel, boikot USA.

Free Palestine...

Stop the genocide...
Stop killing the children...
Stop the madness!!!

paling pendek dan paling panjang


cantuman 2 huruf apa yg paling panjang, tapi dlm masa yg sama paling pendek...

cepat... jawab cepat...






jawapannya.... :-



A to Z

A-b-c-d-e-f-g-h-i-j-k-l-m-n-o-p-q-r-s-t-u-v-w-x-y-Z

Dan A to Z juga paling pendek... tak percaya?

Tgk keyboard korang.......



kenapa ye?

Monday, January 05, 2009

Ape ni dbkl?


Dah 8 jam teksi parking sini. X kena saman pun?

Papan tanda parking 'motorsikal sahaja' ada kt dpn teksì ni. Ini jelas tindakan yg kurang sopan!

Saman la org macam ni. X kan nk saman org yg nk berjimat n takde duit je?


Save IJN



Save IJN...

Save IJN

Save IJN...


Save IJN dari tangan-tangan rakut yg macam...


Save IJN....

Dbkl, saman teksi ni!


Kepada encik dbkl...

Saya mahu kamu saman teksi ni.

Tarikh - 5 jan 09.
Time - 828 am.
Tempat - parking motor belakang menara maybank.
Kesalahan - parking kt tmpt motor

Jangan dok sibuk saman penunggang motor takde duit. Bukan dia orang suka2 parking kat atas sidewalk. Kalo takde teksi ni, brape byk motor yg boleh parking kat tmpt yg betul? Sila jawab...

Ps- kalo nk dpt income pun, carilah punca sebenarnya. Byk lagi sumber bole dpt...

Saturday, January 03, 2009

My Nuffnang

Uiskkk....

Tak sangka pulak nuffnang aku dah boleh kuarkan... Hahahaha.... Boleh la gi makan kat Apartment camnih...



Terasa macam micro kennysia pulak!

Eppy Birthday Doc!


Selamat Hari Lahir ke .... dotdotdot... buat

Jett

Semoga diberkati dan ditunjukkan jalan terbaik yg akan kamu lalui.
And last but not least... Jadilah Dr yg baik! Walau dimana jua kamu berada...
B4 enjett, kasik salam sikit kat pesakit tu... "pakcik, tumpang lalu..."


Sorry la Jettkan, lambat 3 hari wish...

Thursday, January 01, 2009

Happy new year


Happy New Year...

Gudluck n Godbless...

Cheerzzz...